4 WAYS OF HAPPINESS

NO 1 – TAKE CARE YOUR BODY. DO EXERCISE SO THAT YOUR BODY IS HEALTHY AND STRONG. YOU CAN DO A LOT OF HAPPY THINGS IN LIFE WITH A HEALTHY BODY. YOUR MIND IS REFRESH AND ACTIVE ALL THE TIME.

NO 2 – TAKE CARE YOUR EMOTION. BAD FEELING IS LIKE A RUBBISH, KEEPING THE RUBBISH INSIDE YOUR MIND AND BODY IS NOT HEALTHY SO YOU HAVE TO THROW OUT THE BAD FEELING. TALKING TO SOMEONE THAT YOU TRUST WILL MAKE YOU FEEL BETTER. FEELING DOWN OR STRESS IS KILLING YOU SLOWLY SO BE AWARE OF THAT AND DEAL WITH IT DAILY.

NO 3 – TAKE CARE YOUR INNER SELF. PRAY TO GOD ALL THE TIME, DONT BLAME GOD WHEN BAD THINGS HAPPEN IN YOUR LIFE. THANKS GOD FOR HIS BLESSING YOU WILL HAVE PEACE AND JOYS IN YOUR LIFE.

NO 4 – TAKE CARE YOUR THOUGHT. POSITIVE THOUGHT COME FROM WISDOM, KEEP ON LEARNING INSPIRE THINGS. POSITIVE THOUGHT WILL MAKE YOU FEEL GOOD AND DO HAPPY THINGS IN LIFE.

HEALTHY  BODY, EMOTION, SOUL AND MIND = HAPPINESS

sunset14

IMPAK EMOSI NEGATIF MURID SJKC DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Guru sjkc adalah guru yang paling rajin di kalangan guru-guru kerana sering memberikan kerja sekolah  dan latihan yang banyak untuk anak murid mereka. Sekolah sjkc menekankan prestasi akademik murid dan secara tidak langsung  guru-guru sjkc mempunyai tekanan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik di sekolah. Mengikut tradisi pendidikan asal guru sjkc disiplin dan ketegasan adalah penting dalam membentuk anak murid yang cemerlang di sekolah. Malangnya ramai murid sjkc emosi terjejas dengan ketegasan guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereke.  Murid menjadi cemas dan tidak berani meluahkan perasaan mereka. Setiap kali dihukum apabila lupa membawa peralatan, salah ejaan atau membuat kesilapan. Murid mempunyai perasaan yang takut dan risau apabila menghadapi guru-guru yang garang di sekolah. Adakah ini suatu keadaan dan persekitaran yang sihat bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah  ?

Seorang anak murid sjkc menangis sepuas-puasnya pada suatu malam dan memberitahu ibunya bahawa guru sering memarahinya sepanjang tahun yang lepas  dan perasaan yang sedih hanya disimpan di dalam hati sepanjang tahun. Bagaimana anak murid dapat belajar dengan cemerlang dalam keadaan sedemikian? Hati yang luka siapa yang perhatikan dan siapa yang membantunya?  Bukankah  sjkc mempunyai guru bimbingan dan kaunseling? Sedihnya apabila dapat tahu emosi anak murid telah diabaikan.

Beberapa orang ibu menghadapi masalah dengan anak murid takut pergi ke sekolah kerana guru yang garang. Atas nasihat pihak sekolah, ibu bapa telah membawa anak mereka ke hospital untuk mendapat rawatan psikiatri . Ubat diambil dan emosi pelajar dikawal dengan menggunakan ubat rawatan hospital. Adalah punca masalah pelajar ialah sakit mental sehingga perlu mengambil ubat pihak hospital. Anak murid masuk ke sekolah menengah dengan keadaan emosi yang kurang stabil, menangis berjam-jam apabila menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Melalui perbincangan dengan ibu dan memahami latarbelakang masalah anak murid, maka sesi kaunseling dibuat dengan murid tersebut. Tingkahlaku muird berubah yang mana pembelajaran murid bertambah baik, emosi bertambah stabil dan murid tersebut tidak perlu mengambil ubat lagi.

Hukuman dan dendaan guru sjkc memberi kesan negative kepada pelajar bukan sahaja dari segi emosi tetapi mental dan tingkahlakunya. Murid hilang keyakinan diri, takut, tidak berani meluahkan perasaannya dan konsep kendiri yang negative.  Murid yang mendapat straight A dalam SPM tidak berani menghadapi temuduga dalam permohonan biasiswa JPA. Peluang murid terlepas disebabkan oleh kurang keyakinan diri dan Kemahiran berkomunikasi.  Impak negative dapat dilihat dalam personaliti seorang murid sjkc. Sekiranya murid tidak melibatkan diri dalam kokurikulum, sukan, atau Persatuan sekolah, anti-sosial, maka murid tersebut tetap menghadapi masalah tersebut di masa hadapan.  Impak negative akan terbawa sehingga ke alam kerjaya di masa depan.

Guru-guru sjkc yang menghadapi tekanan dengan memikul beban yang berat dalam urusan kerja sekolah yang semakin meningkat, kertas kerja, laporan dan bilangan anak murid yang hampir 3 ribu orang di kawasan sekolah yang sempit dan kecil. Yang menjadi mangsa ialah anak murid sekolah yang tidak dapat mengikut arahan guru dan tidak mencapai keputusan peperiksaan yang  diharapkan.

Pengajaran dan pembelajaran yang terlalu mementingkan bahasa Cina di sjkc menyebabkan bahasa lain terutama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terabai.  Usaha guru BM/BI perlu dipertingkatkan lagi dengan aktiviti yang menarik dan menggunakan program ICT yang canggih pada zaman kini. Anak murid yang tidak biasa dengan bahasa tersebut sering menghadapi masalah pembelajaran di sekolah menengah kelak.

Ibu bapa yang tidak mampu membantu anak mereka di sekolah menengah  akan putus asa dan kawalan terhadap anak mereka menjadi lebih sukar disebabkan anak mereka telah menjadi  anak remaja. Guru sekolah menengah akan menghadapi masalah membentuk dan mengajar anak murid dalam bidang bahasa kerana guru sekolah menengah terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran. Bagaimana murid dapat berfikir secara kritik dan kreatif sedangkan mereka tidak memahami bahasa  yang diajar dalam pembelajaran.

Murid yang pernah mendapat A dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina di sjkc  gagal dalam Kedua-dua subjek tersebut di sekolah menengah.  Anak murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR gagal dalam PMR / PT3 / SPM. Faktor kemerosotan pembelajaran murid sjkc bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja tetapi pelbagai faktor dan penyebab.

Kawalan  dan disiplin ketat di sjkc dapat dilakukan kerana anak murid di sekolah rendah masih merupakan golongan kanak-kanak. Emosi negative yang terbawa dari sekolah rendah dapat dilihat di sekolah menengah. Kawalan dan disiplin yang ketat tidak dapat dilakukan di sekolah menengah kerana murid telah menjadi remaja yang mempunyai pemikiran tersendiri, berani memberontak sekiranya dicabar. Generasi strawberi ini mudah putus asa dan patah semangat sekiranya tidak dibimbing dan diberi perhatian yang secukupnya.

Aktiviti kokurukulum di sjkc kurang ditekankan, aktiviti tersebut dapat membentuk pemimpin masa depan, Kemahiran berkomunikasi, Kemahiran penyelesaian masalah, Kemahiran membuat keputusan. Kemahiran kepimpinan dapat dikuasai melalui aktiviti tersebut.  Murid diberi tugasan belajar modul ‘ I think’ dan mengajar anak murid yang lain. Emosi negative murid dapat dikurangkan dengan aktiviti kokurikulum yang menyeronokan.

Kerohanian dan nilai moral harus ditekankan dalam sjkc melalui aktiviti aplikasi dan amalan harian murid di sekolah. Murid yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan akan sentiasa membuat baik dan berdisiplin. Kerohanian dan nilai moral dapat membantu murid mengawal emosi mereka dengan baik.

Bilangan anak murid sjkc seharusnya dikawal  dengan keluasan kawasan sekolah yang sesuai dengan bilangan murid. Hukuman dan dendaan diubah dengan menggunakan cara yang positif, contohnya murid yang salahlaku perlu menyanyi lagu BM/BI di depan kelas,  mempersembahkan cerita yang direka atau dibaca dan aktiviti sebagainya untuk memimpin murid ke arah kepimpinan yang berkualiti. Membentuk keyakinan diri, konsep kendiri yang positif dan Kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Maka sahsiah diri yang positif anak murid sjkc dapat dibentuk dan menjadi modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 527849_10151119516062685_120528075_n

PROFESION GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH

Setiap kali berlaku kes bunuh diri di kalangan pelajar sekolah menengah, akan kedengaran soalan yang tertanya-tanya tentang apa yang guru kaunseling buat di sekolah. Soalan yang dikemukakan seolah-olah guru kaunseling di sekolah menengah tidak menjalankan tugas atau peranan sebagai seorang profesion guru kaunseling sepenuh masa di sekolah. Mungkin orang yang tidak memegang jawatan tersebut kurang memahami tugas dan peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah atau dikenali sebagai GBKSM.

setiap GBKSM mempunyai kelayakan yang berlainan dalam memegang jawatan tersebut sama ada guru tersebut mempunyai ijazah muda kaunseling, kursus pendek bidang kaunseling atau kursus psikologi  yang membolehkan mereka memegang jawatan tersebut.

Sekiranya GBKSM diberi kuasa untuk menjalankan program bimbingan dan kaunseling mengikut keperluan pelajar di sekolah tersebut, maka tugas dan peranan GBKSM menjadi lebih mudah dan senang dirancang. malangnya kerja dan tugas bukan sedemikian, kebanyakan diarahkan mengikut program sekolah dan pihak atasan.

contohnya kes ponteng di sekolah, memang ada sebilangan pelajar yang ponteng sekolah disebabkan kurang minat belajar, tidak memahami apa yang diajar oleh guru di sekolah dan rasa bosan dengan pengajaran guru di dalam kelas. Pelajar sedemikian, menghadapi masalah kelemahan bahasa  Melayu atau bahasa Inggeris sejak di sekolah rendah.  Punca masalah pembelajaran bermula di sekolah rendah lagi dan ibu bapa yang kurang mengambil tahu tentang masalah anaknya dan tiada tindakan dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila pelajar telah masuk ke sekolah menengah, ditambah lagi dengan pengajaran guru yang laju dan fasih dengan bahasa melayu, maka pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Masalah ponteng sekolah bukan disebabkan satu faktor sahaja tetapi faktor keluarga, faktor kawan, faktor cyber café, faktor guru dan sebagainya. Kadar ponteng  pelajar juga meningkat pada musim perayaan, musim ganti sekolah pada hari Sabtu sekolah, musim peperiksaan yang pelajar tidak ada peperiksaan dalam jadual waktu peperiksaan.

Guru mata pelajaran adalah penting dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah. Sekira guru mata pelajaran dapat membuat aktiviti dengan pelajar, tidak membuang masa atau biarkan pelajar buat kerja sendiri. Pelajar dapat dibimbing dan diberi motivasi oleh guru yang mengajar mereka. Peranan GBKSM ialah mehubungi ibu bapa mereka dan memberi maklumat kerjaya vokasional kepada pelajar tidak minat belajar secara akademik dan mempunyai pilihan belajar kemahiran di luar sekolah. Menetapkan matlamat pelajar agar pelajar mempunyai halatuju dan perancangan kerjaya di masa hadapan.

Kebanyakan GBKSM dijadikan guru kelas ganti dengan alasan  tidak cukup guru di dalam kelas, sama ada guru cuti bersalin, cuti rehat khas, cuti sakit, berkursus atau urusan rasmi di luar sekolah. GBKSM tidak dapat mengikuti perancangan program sendiri tetapi terpaksa masuk kelas yang diberikan oleh guru yang membuat kelas ganti. Bagaimana GBKSM  dapat menjalankan tugas secara profesionalisme di sekolah. Kalau tiada gangguan kelas ganti, GBKSM boleh menjalankan  program mengikuti keperluan kelas, membuat kajian tindakan dan sebagainya mengikuti masa dan waktu yang dirancang pada awal tahun dan melihat perubahan positif pada akhir tahun. GBKSM banyak diarahkan menjadi urusetia program, setiausaha AJK, penyelaras program dan sebagainya mengikuti keperluan sekolah dan bukan keperluan pelajar di sekolah. Dimanakah profesion GBKSM dan bagaimanakah mereka dapat memainkan peranan dengan berkesan di sekolah.

GBKSM perlu mendekati setiap pelajar secara personal di sekolah agar pelajar dapat berfungsi sepenuhnya sebagai modal insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Disinlah GBKSM seharusnya menguasai kemahiran kaunseling dan mengaplikasikan kemahiraan tesebut dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling yang setakat ‘touch and go’ sahaja, maka bidang GBKSM tidak akan menjadi profesion yang cemerlang dan gemilang di masa hadapan. setiap individu mampu dan akan berubah pemikiran, emosi dan tingkahlaku ke arah yang positif  sekiranya mereka diberi perhatian sepenuhnya dengan menggunakan kemahiran dan terapi  kaunseling yang sesuai dan tepat pada individu tersebut.

GBKSM seharusnya menyampaikan mesej kepada semua pelajar di sekolah tentang emosi yang tidak  terurus akan menyebabkan matlamat dan cita-cita di masa hadapan tidak tercapai. Pelajar yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga akan mencari-cari kasih sayang, perhatian dan penghargaan  daripada orang lain terutama jantina yang berlainan. Kehilangan kasih sayang ini menyebabkan emosi tidak terurus dan menamatkan nyawa  sebagai suatu  jalan penyelesaian masalahnya. GBKSM membantu pelajar mencari kekuatannya untuk mengatasi kelemahannya. Perhatian  secara personal dan penghargaan diberikan kepada pelajar yang patah semangat dapat menyelamatkan nyawa mereka.

Malangnya GBKSM tiada program mentor mentee,perbincangan kes, rujuk dan belajar antara satu sama lain untuk menjadikan bidang bimbingan dan kaunseling suatu profesion penyelamat pelajar di sekolah. GBKSM  sibuk sepanjang tahun dengan urusan kertas kerja, laporan , dokumentasi dan penyelaras program sekolah. Kes disiplin pelajar tetap meningkat di kalangan pelajar sekolah menengah. Bidang profesionalisme GBKSM patut dikaji semula.

543822_10151590166393564_1286102040_n