CABARAN GBK / KAUNSELOR DI SEKOLAH

Ramai dalam kalangan guru tidak memahami peranan penting kaunseling di sekolah, bagi mereka semua guru mampu memberi kaunseling kepada pelajar. Guru mata pelajaran beranggapan bahawa Guru Bimbingan & Kaunseling hanya memberi nasihat sahaja dan mereka juga mampu membuat demikian.

Cabaran utama gbk / kaunselor di sekolah ialah ada guru yang tidak merujuk pelajar yang bermasalah kepada gbk / kaunselor ( berlesen) kerana telah menguruskan sendiri pelajar tersebut  dan menganggap pelajar telah tenang dan tidak perlu dirujuk kepada gbk lagi. Guru yang menguruskan pelajar dan tidak memberitahu kepada pihak pentadbir atau gbk/kaunselor sebenarnya perlu bertanggungjawab terhadap pelajar tersebut sekiranya ada kes bunuh diri atau kes yang membahayakan orang lain. Guru tersebut perlu membuat catatan tempat, masa dan isu yang dibincang . Guru tersebut juga seharusnya merujuk pelajar tersebut kepada gbk / kaunselor agar sesi kaunseling akan dibuat seterusnya dengan pelajar tersebut.

Proses kaunseling bukan hanya menjadi pendengar yang aktif tetapi perlu ada ilmu psikologi yang membolehkan klien / pelajar memahami emosinya yang tidak stabil. Ada klien yang tidak sedar tentang masalahnya, Gbk / Kaunselor perlu mengemukakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang keluarga, ibu bapa, hobi klien, pergaulan klien, sejarah klien waktu kanak-kanak sehingga di sekolah menengah. Melalui perbualan sedemikian, gbk / kaunselor mampu mengesan punca masalahnya.

Ada klien yang tidak suka bercakap. Expressive /Art / Play / Sandtray / Muzik/ Terapi boleh digunakan untuk membantu pelajar yang beremosi terpendam dapat diluahkan.

Gbk / kaunselor perlu mempertingkatkan profesionalisme dalam bidang terapi atau teknik & kemahiran kaunseling agar dapat membuat sesi kaunseling dengan lebih berkesan.

Tindakan yang diambil oleh klien adalah penting dalam mengambil langkah permulaan untuk berubah dan berfungsi semula dalam masyarakat. Klien perlu mencari kekuatannya untuk mengatasi rintangan hidupnya.

Perubahan tingkah laku, pemikiran dan perasaan klien mengambil masa dan bukan sekali sesi atau dua kali sesi  kaunseling . Guru Mata Pelajaran atau Pentadbir sangat mengharapkan perubahan tingkah laku klien dalam masa yang singkat. Inilah cabaran gbk / kaunselor. Kritikan guru yang melemahkan semangat gbk / kaunselor ialah sesi kaunseling yang tidak berkesan. Sedangkan mereka tidak memahami bahawa masalah klien telah lama wujud dan terpendam dalam hati dan mindanya .

Gbk / Kaunselor yang tidak mendapat kerjasama daripada guru mata pelajaran yang tidak membenarkan pelajar berjumpa dengan gbk / kaunselor pada waktu pdpc. Mereka kurang memahami emosi pelajar yang tidak tenang susah memberi tumpuan dalam pelajaran dan guru mata pelajaran mengharapkan pelajar cemerlang dalam mata pelajarannya. Guru beranggapan bahawa pelajar boleh mengetepikan masalah mereka dan memberi fokus dalam pelajaran sedangkan pelajar masih belum cukup matang dalam menangani masalah mereka.