RAHSIA KEJAYAAN DI TINGKATAN ENAM

Perubahan sistem  tingkatan enam kepada sistem Penggal  dapat menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan. Sistem Penggal Tingkatan Enam yang mempunyai tiga penggal dapat memberi peluang kepada pelajar memberi tumpuan kepada topik tertentu dan mengambil peperiksaan pada akhir setiap penggal.

20% kerja kursus dan 80% peperiksaan bertulis dapat membantu pelajar mendapat keputusan STPM yang lebih baik jika dibandingkan dengan 100% peperiksaan bertulis. Guru dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang cemerlang dan juga memberi peluang kepada pelajar belajar membuat kerja kursus dengan melawat tempat, membuat soal selidik , menjalankan temubual dengan komuniti di luar dan sebagainya.

Matlamat mesti jelas dan sentiasa mengingatkan diri tentang kehidupan di university yang memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan keluarga.

Pelajar perlu mengubah cara belajar seperti di aliran Perdana yang sering belajar sendiri, bergantung kepada guru tuituion, ponteng kelas atau belajar pada saat akhir musim peperiksaan.

Belajar di tingkatan enam perlu memahami topik yang diajar oleh guru, pelajar perlu memahami dahulu dengan membuat persediaan awal sebelum cikgu mengajar. Pelajar tidak boleh belajar dengan cara yang hafal tanpa memahami sesuatu topik yang dipelajari. Pelajar perlu mengaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan realiti dunia luar

Pelajar perlu membuat persediaan awal sebelum guru mengajar. pelajar perlu  banyak membaca pelbagai buku rujukan, sama ada dari youtube atau google. Mendapatkan sumber bacaan selain daripada buku rujukan tempatan dengan membeli buku rujukan dari luar negeri terutama bagi mata pelajaran Sains. buku-buku tersebut dapat memberi penerangan yang lebih jelas dan lebih senang difahami.

Rajin menjawab soalan tahun lepas setiap hari dan sentiasa menyemak format STPM yang terkini dengan guru yang berpengalaman.

Pelajar perlu membuat peta minda setiap topik yang dipelajari dan rajin bertanya kepada rakan atau guru sekiranya kurang jelas atau tidak faham tentang topik tersebut.

Pelajar perlu belajar berkumpulan dua orang atau tidak lebih lima orang , berbincang dan menyoal sesama sendiri tentang tajuk yang dipelajari. Belajar Bersama rakan dapat membantu pelajar membaiki kelemahannya atau sedar tentang kesilapannya dan pada masa yang sama pembelajaran secara dua hala adalah lebih berkesan.

Kecanggihan internet pada zaman kini dapat membantu pelajar mencari jawapan melalui youtube atau google yang memberi pelbagai contoh nota penting dalam bentuk yang menarik.

Menjadi guru muda kepada rakan-rakan dengan mengajar rakan yang kurang faham dalam topik yang diajar oleh guru dan ini akan dapat menambahkan ingatan dan pemahaman tentang ilmu yang dpelajari.

Pelajar tidak digalakkan ponteng kelas atau ponteng sekolah kerana ponteng kelas  akan membantu pelajar ketinggalan dalam topik yang diajar oleh guru atau tidak dapat mengaitkan semula dengan topik sebelumnya.

Pengurusan diri dan masa adalah penting di tingkatan enam agar pelajar sentiasa menghargai masa dengan menyiapkan kerja kursus atau membuat persediaan awal atau membuat nota ringkas selepas selepas sekolah.

Pelajar tidak sedar bahawa kebanyakan masa terbuang dengan media social sama ada ‘facebook’ atau ‘whasapp’ Ketagihan dalam internet atau telefon bimbit akan menyebabkan pelajar tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja kursus atau membuat ulangkaji pelajaran

Matlamat mesti jelas dan sentiasa mengingatkan diri tentang  kehidupan di university yang memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan keluarga.

Aktif dalam Kokurikulum dapat membantu pelajar meluahkan tekanan atau perasaan yang negatif. Gaya hidup yang sihat , kesihatan mental dan fizikal dapat membantu pelajar memberi tumpuan 100% dalam pelajaran . 10% Markah Kokurikulum adalah penting bagi pelajar mendapatkan tempat di Universiti tempatan.

Aktiviti kerohanian dapat membantu pelajar berfikiran positif dan mengikuti ajaran yang baik dengan membuat kerja amal. Kerja amal dapat mengubah peribadi dan personaliti seseorang individu.

Pengurusan emosi yang baik juga adalah penting bagi seorang pelajar di tingkatan enam kerana pelajar tidak dapat mengelakkan tekanan dan cabaran dalam hidup harian. Kesedaran tentang adanya emosi yang negatif perlu mendapatkan bantuan bimbingan dan kaunseling daripada guru atau kaunselor yang bertauliah.

Pada kesimpulannya, pelajar yang berjaya dalam STPM adalah pelajar yang berusaha dan mengikuti langkah-langkah rahsia kejayaan seperti yang disebutkan di atas. Susah-susah dahulu pendapatan , susah kemudian tidak berguna.  Usaha, Berwawasan, Bersikap positif , Kerohanian, Pengurusan Emosi, Kecergasan Badan dan Minda serta Rajin Membaca  akan membawa kecemerlangan kepada pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah diri yang unggul.

 

Tinggalkan komen