RADIO IFM

Tuhan memberikan manusia satu mulut dan dua telinga agar manusia menjadi pendengar yang baik. Saya merupakan pendengar yang baik bukan sahaja dari segi kaunseling tetapi kepada radio station. Saya akan mendengar radio IFM pada waktu pagi di dapur setiap hari semasa saya membuat persediaan sarapan pagi bagi keluarga. Bersyukur kerana dapat belajar pelbagai ilmu dari radio station yang merangkumi bidang kaunseling, kesihatan, perundangan, politik , berita penting, bidang muzik , bacaan artikel yang baik dan nilai moral dalam agama islam . Satu keisitimewaan radio kini ialah dapat berkomunikasi dengan pendengar melalui whasapp. Komunikasi dua hala menjadi radio station lebih menarik.

Saya sering menggalakkan pelajar saya mendengar radio terutama berita dunia agar mereka sedar apa yang berlaku di persekitaran dan dunia pada hari ini. Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang penting yang mana pelajar perlu mempunyai ilmu yang luas tentang negara dan dunia luar. Syarat khas dalam Program Undang-undang di Universiti Malaya ialah mata pelajaran Pengajian Am sekurang-kurangnya A-.

Bidang yang paling saya minati ialah bidang kaunseling dan kesihatan. Bidang tersebut dapat membantu saya mempertingkatkan kemahiran saya dalam bidang kaunseling dan penjagaan kesihatan yang baik. Alangkah baiknya semua orang dapat menggunakan masa dengan lebih berfaedah dengan mendengar radio station pada bila bila masa. Banduan yang berseorangan dan murung di penjara boleh program minda mereka ke arah yang positif dengan memberi peluang kepada mereka mendengar radio station. Bidang kaunseling dapat memberi kesedaran kepada mereka dan membantu mereka membuat perubahan yang positif dari segi mental dan fizikal.

Anak remaja kini yang ketagih dengan permainan internet dan hidup dalam dunia digital yang asing dari dunia luar jika dapat didedahkan dengan berita dulu sebelum bermain ‘games’ dapat membantu mereka menerap ilmu yang penting tetapi malangnya permainan komputer diterap nilai-nilai yang negatif dan mencemarkan minda anak remaja. oleh yang demikian, sistem pendidikan kita sangat penting perlu mendidik pelajar mendengar berita dari radio station dan mata pelajaran psikologi amat perlu diterapkan ke dalam jadual belajar harian agar pelajar dapat belajar mengurukan diri, menguruskan emosi, membina sahsiah diri , menguruskan stres dan sebagainya . Tokoh yang sangat dihormati oleh dunia iaitu Nelson Mandela masih boleh belajar dan menghasilkan sebuah buku ‘Long walk to freedom’ walaupun beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun. Pelajar kita patut mengambil iktibar dan teladan tokoh yang memberi impak kepada dunia, tokoh yang memberi inspirasi kepada dunia patut dicontohi.

Radio station memainkan peranan yang penting terutama di dalam tempoh covid 19 , lagu bukan sahaja dapat memberi hiburan kepada orang ramai, malah dapat memberi ilmu yang penting kepada orang awam. Jemputan tetamu IFM perlu profesional dan berkualiti. Harapan IFM dapat memilih lagu yang lebih bermakna dan sebab-sebab lagu tersebut dihasilkan dapat memberi makna kepada orang ramai. Salah satu contoh penulis lagu yang bermakna ialah Erik Moo. Lirik bermakna dan lagunya dapat menyentuh perasaan orang ramai. Anak jati Melayu Firdhaus Farmizi berumur 22 tahun dapat menyentuh hati orang ramai terutama di negara China dengan lagu ciptanya berjudul ‘Gulf of Alaska’ tular menerusi aplikasi Tik Tok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan. Kejayaan beliau patut dijadikan satu dorongan kepada anak muda kini. Wawasan, usaha dan sikap positif yang membawa kejayaan kepada anak jati Melayu ini.

Program yang dirancang dalam IFM menentukan betapa penting dalam membuka minda orang ramai kepada perkara yang positif dan menenangkan jiwa manusia yang cepat murung terutama dalam tempoh pandemik Covid 19 ini, oleh yang demikian, semoga radio station harus sentiasa mengemaskini maklumat penting dan perkara penting dalam kehidupan manusia yang boleh memberi rangsangan, semangat dan harapan kepada pendengarnya sepanjang masa.