KAPAL TENGGELAM DI TINGKATAN ENAM

Pelajar  yang minda negatif sering memberi pandangan negatif terhadap tingkatan enam. Berego tinggi dan tidak ingin menerima bimbingan orang lain telah melakukan kesilapan yang merugikan dirinya dengan memberi pandangan dan luahan yang negatif secara terbuka dalam media sosial. Salahkan semua pihak tanpa perasaan bersyukur terhadap Pendidikan percuma di tingkatan enam.

Pendidikan di tingkatan enam memerlukan pelajar yang berdikari, mencari penyelesaian masalah, berkomunikasi dengan guru atau rakan-rakan, bekerjasama dengan rakan yang lain, bertanya, menyoal, rajin membuat  latihan soalan peperiksaan tahun lepas dan memahami format STPM.

Pendidikan di tingkatan enam menguji kematangan minda pelajar, tidak lagi seperti di tingkatan lima yang bergantung kepada guru tuisyen, belajar sendiri, hafal nota, ponteng sekolah dan  belajar di rumah tanpa didikan guru di sekolah.

Minda pelajar negatif disebabkan oleh latar belakang keluarga dan pengaruh persekitarannya seolah-olah sebuah kapal yang akan tenggelam di dalam lautan, kapal yang berat dan beban kerana penuh dengan benda -benda yang tidak baik perlu dibuang ke dalam lautan, jika masih simpan benda-benda yang tidak baik, maka kapal tersebut pasti tenggelam. Minda pelajar yang tenggelam tidak bersemangat dan hilang motivasi diri.

Pelajar hanya memikirkan masalah yang sebesar sebuah kapal tetapi lupa tentang berkat Tuhan yang sebesar lautan , berkat tentang usaha guru yang memberikan kelas tambahan dan mendoakan kejayaannya.  Segala kemudahan dan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma untuk mengenalpasti pelajar berpeluang masuk ke Universiti Awam, menjadi manusia yang berintegriti, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan baik hati.

 

 

PELAJAR ISTIMEWA

Adalah mencabar untuk menangani pelajar istimewa di sekolah sekiranya pelajar tersebut belajar di Aliran Perdana bersama dengan pelajar lain yang normal. Pertama kali berdepan dengan pelajar istimewa ‘Asperger’ atau dikenali  sebagai ‘Mild Austism’. Pelajar dan guru sering menghadapi tekanan apabila berdepan dengan pelajar tersebut kerana tidak memahami sifat pelajar istimewa. Ibu bapa yang berego tinggi dan tidak ingin melabelkan anak mereka sebagai anak istimewa telah memberi tekanan kepada semua pihak sama ada guru atau pihak pentadbir kerana meletakkan anak mereka di aliran Perdana.

IQ pelajar ‘Asperger’ ini adalah lebih tinggi dari orang lain tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan rakan yang lain kerana pelajar istimewa ini biasa bersendirian dan tidak memberi tumpuan kepada orang lain.

Setiap sesi bimbingan dan kaunseling, pelajar diberikan peluang untuk meluahkan perasaan yang negatif terhadap keluarga, guru dan rakan yang lain. anak tersebut tidak dapat mengaitkan maksud tersirat dalam setiap perbuatan yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya. Setiap tingkah laku orang lain adalah menentangnya, benci dan tidak menerimanya.

Peranan kaunselor untuk menerangkan situasi yang sebenarnya dan memberi komen yang baik terhadap tingkat laku positif yang dilakukan seperti melibatkan diri dalam aktiviti.  Pelajar sedemikian sangat memerlukan perhatian perseorangan dan penerangan yang jelas tentang sesuatu situasi yang berlaku di persekitarannya.

Menurut Tony Attwood, terdapat lapan cara untuk membantu pelajar istimewa.

  1. Memberi kemahiran yang praktikal seperti berinteraksi dengan orang lain contoh mengajak pelajar tersebut bergaul bersama atau bermain bersama dengan rakan yang lain.
  2. Mengalakkan anak tersebut memerhatikan tingkah laku rakan-rakan yang lain , mencontohi anak-anak lain. Adalah lebih senang memahami  dengan meniru tingkahlaku rakan yang lain melalui pemerhatian, mendengar atau melibatkan diri dalam permainan .
  3. Mereka cipta cerita pendek setiap hari contoh masuk ke dalam kelas, ,memberi salam kepada rakan dan guru, letak barang di dalam kelas, dan sebagainya. Setiap peristiwa yang dilakukan setiap hari  contoh melihat wajah guru, pandang mata guru dan mengucapkan selamat pagi kepada guru.
  4. Pandang mata , pelajar Asperger tidak ada hubungan mata atau memandang mata orang lain, pandang mata merupakan kemahiran yang boleh dipelajari dan dicontohi di dalam rumah.
  5. Mengenalpasti situasi yang baik apabila pelajar menggunakan kemahiran social yang betul contoh memberi komen seperti’ ‘anda telah membantu adik beradik anda’ atau ‘adalah bagus mengatakan sesuatu yang baik’.
  6. Perbincangan tentang perasaan dan pemikiran tentang sesuatu situasi yang telah berlaku agar anak istimewa memahami keadaan sebenarnya dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan terpendam.
  7. Mengajar mereka memahami maksud tersirat, pelajar Asperger sering keliru dengan tingkah laku orang lain, apa yang mereka nampak dengan mata mereka adalah apa yang difahaminya.
  8. Frasa keselamatan dengan mengatakan bahawa ‘saya kurang pasti atau keliru apabila tidak faham tentang sesuatu atau keliru tentang sesuatu. Cara ini dapat mengurangkan kerisauan pelajar apabila pelajar tidak kenalpasti apa yang berlaku.