Pelajar perempuan yang kurus tinggi dengan senyuman manis masuk ke dalam bilik kaunseling. Sebenarnya pelajar ini telah lama berada di luar bilik dan akhirnya beranikan diri masuk berjumpa dengan kaunselor.
Air mata mengalir apabila menceritakan tentang keluarganya dan rasa tertekan dengan kurang persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun yang tidak lama lagi.
Bukan semua pelajar berani datang berjumpa dengan kaunselor kerana pengalaman mereka berada di aliran Perdana yang pelajar bermasalah disiplin sahaja yang akan berjumpa dengan kaunselor. Budaya orang Asia ini malu hendak menceritakan tentang hal peribadi atau keluarganya. Dua sebab tersebut yang menjadikan kaunselor kurang popular di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun , ada juga pelajar yang mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kaunselor dan meluahkan perasaan yang negative dan memahami diri dengan lebih baik, mengatasi kelemahan diri dan seterusnya menangani kelemahan diri dengan cara yang lebih berkesan.
Pelajar perlu kesedaran bahawa adalah perlu untuk meluahkan perasaan yang negative agar mereka dapat meneruskan perjuangan mereka dengan lebih baik.
Pelajar yang berbadan besar dengan latar belakang keluarga yang berpendidikan tinggi datang dengan masalah tingkah laku negative terhadap rakan sebaya. keluarga yang mempunyai konflik, rapat dengan datuk dan kehilangan sokongan moral kedua orang ibu bapa kerana sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah sejak di sekolah menengah. Akademik semakin merosot sejak datuknya meninggal dunia kerana datuk merupkan orang yang signifikan kepada pelajar ini. Pelajar ini berkelakuan nakal dengan pengaruh kawan yang tidak baik di sekolah menengah. Pelajar beritahu kaunselor bahawa dia tidak akan mengikut perangai rakan yang tidak baik. tetapi tanpa disedari bahawa rakan nya telah mempengaruhinya secara tidak langsung. keluar malam karaoke sehingga lewat malam. Minda sedar bahawa perangai rakan yang tidak baik. Minda tidak sedar bahawa dirinya telah dipengaruhi tanpa disedari. Bertindak kasar terhadap rakan apabila marah. Bercakap kasar , merokok dan kurang minat dalam pelajaran.
Pelajar yang berbadan kurus tinggi dan suka menyanyi. Hidup dalam keluarga yang kedua ibu bapa bercerai semasa dia masih kecil lagi. Duduk dengan bapa yang berpendapatan rendah. Menjaga bapa yang sering sakit dan meninggal dunia pada waktu sebelum peperiksaan . Hidup keseorangan sejak bapa meninggal dunia. Teman yang sering datang ke rumah menemannya dan keluar pada waktu malam. Bangun lewat pagi dan datang ke kolej lewat tenghari. akademik merosot semenjak bapa meninggal dunia. Kehilangan orang yang signifikan dalam hidup adalah satu kesedihan yang sukar diluahkan. Pakcik yang pernah menjaganya tidak dapat dikesan. Tidak sanggup hidup Bersama ibu yang telah kahwin semula.
Tiga orang pelajar yang suka senyum hidup dalam kemurungan yang tidak ada orang sedar dan memahami mereka kecuali berkomunikasi dengan mereka dari hati ke hati. Mereka perlu sokongan moral dan dahagakan kasih sayang. Harapan dengan luahan mereka dan juga kesedaran tentang realiti hidup agar mereka dapat menguatkan semangat untuk menghadapi cabaran dan rintangan hidup yang seterusnya. Kesedaran tentang kepentingan akademik dan kepentingan menguruskan diri dengan baik dapat meneruskan perjuangan hidup mereka dengan lebih baik.