MENGAPA GOLONGAN REMAJA MELAKUKAN JENAYAH?

Berita sedih tentang adanya kes pelajar tercicir membakar sekolah kerana balas dendam. Ramai nyawa yang terkorban akibat perbuatan jenayah tersebut yang  disebabkan oleh individu yang berfikiran negatif dengan perasaan yang benci dan melakukan jenayah. Salah siapa dalam perkara tersebut?  remaja , ibu bapa atau sekolah?

Pelajar yang tercicir disebabkan oleh tidak minat dalam pelajaran, ibu bapa yang kurang tegas dalam didikan keluarga dan ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin anaknya. Pelajar yang tidak minat belajar sering dimarahi oleh guru dan akhirnya hilang semangat dan berhenti sekolah.

Peranan Ibu bapa adalah penting bagi mengenal pasti anaknya mempunyai hala tuju kerjaya yang jelas dengan berbincang dengan guru kaunseling di sekolah. Ibu bapa juga perlu memerhatikan perangai dan tingkah laku anaknya supaya tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Ibu bapa perlu tegas dengan anak dari segi keagamaan dengan melibatkan anak dalam kerja amal. Ibu bapa yang membiarkan anak melepak dan bergaul dengan rakan sebaya yang tidak baik maka berlakunya perbuatan yang jahat dan terlibat dalam penagihan dadah atau jenayah.

Didikan keluarga adalah penting dalam membentuk sahsiah anaknya sama ada ibu bapa yang berpendidikan atau tidak. Ajaran agama yang lebih kepada kerja amal dapat membentuk jati diri anak yang berakhlak mulia.

Pelajar yang bermasalah kadang-kadang disebabkan oleh kurang ketegasan dalam didikan keluarga dan pelajar bebas bergaul dengan rakan sebaya yang tidak baik seperti merokok, mengambil dadah atau melakukan perbuatan jenayah.

Ada yang disebabkan oleh ibu bapa yang bermasalah seperti suka memukul atau memarahi anaknya. Anak akan menjadi agresif atau pasif, sistem bela diri yang kuat dalam diri anaknya maka anak akan menjadi agresif dan menjadi pembuli di sekolah, sistem bela diri yang lemah, anak menjadi penakut dan dibuli oleh rakan di sekolah.

Peranan guru kaunseling di sekolah adalah penting bagi membantu pelajar yang bermasalah dan memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar agar pelajar mempunyai kesedaran diri dan mengubah menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Guru yang menyayangi dan mengambil berat terhadap pelajar di sekolah dapat memerhatikan pelajar yang bermasalah, membantu pelajar mengatasi rintangan hidup dan membimbing pelajar ke arah yang positif serta membantu pelajar membuat perancangan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti dan minatnya.

Pelajar yang bermasalah bermula dari sekolah rendah, tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam pelajaran, kemungkinan anak ‘slow lerner’ atau ‘autisme’ . pemerhatian guru di sekolah adalah penting supaya dapat membantu ibu bapa mendapatkan pemeriksaan doktor di klinik kesihatan dan belajar di aliran pendidikan khas atau aliran Perdana yang memerlukan perhatian guru, pemantauan guru kelas dan guru kaunseling.

Apabila pelajar memasuki sekolah menengah , pelajar mengalami masalah dalam pembelajaran dan hilang minat belajar, seterusnya ponteng sekolah atau kelas. pelajar yang suka ponteng sekolah sering menghabiskan masa di cybercafé yang boleh memberi hiburan kepada mereka dalam permainan komputer atau menonton video lucah di internet.

Pelajar yang minda tercemar dengan permainan komputer yang agresif seperti membunuh orang bagi mendapatkan markah yang tinggi atau video lucah, maka pelajar sedemikian akan terpengaruh dengan perbuatan yang tidak baik seperti perbuatan sex bebas , merogol apabila tidak dapat mengawal nafsu , membunuh orang apabila marah dan benci, membuli pihak yang lemah, saiz  badan yang kecil atau gemuk.

Minda yang negatif akan menyebabkan perasaan yang tidak baik dan seterusnya melakukan tingkah laku yang salah dari segi agama dan undang-undang negara.

Pusat agama sama ada masjid, gereja atau kuil perlu memainkan peranan penting dalam menjaga komuniti terutama golong remaja dalam kawasan persekitaran. Pihak golongan beragama perlu memberi didikan kepada ibu bapa agar mereka dapat mendidik anak ke arah yang positif. Ibu  bapa perlu diajar agar anak tidak melakukan jenayah dan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara.

Guru kaunseling boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yang lemah dalam akademik dengan membantu pelajar memahami personalti dan minat diri agar dapat mencari kerjaya yang diminatinya, pelajar perlu membentuk matlamat agar dapat mencari makna dalam hidup dan berwawasan. motivasi perlu bagi menggalakkan pelajar berusaha dan bersikap positif. Guru di sekolah dan ibu bapa perlu memberi dorongan dan galakkan yang positif agar anak bersikap positif dan bertingkah laku baik .

Pelajar yang bermasalah dari segi sahsiah perlu diberikan didikan agama yang betul dengan meluangkan masa yang lebih dalam kerja kebajikan, diajar menguruskan emosi dengan baik, mencari bantuan bimbingan dan kaunseling sekiranya emosi tidak stabil, melibatkan diri dalam aktiviti sukan, persatuan dan permainan serta badan beruniform, mengajar pelajar Teknik belajar yang bijak dan berkesan. memberi anugerah kepada pelajar yang menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif  atau peningkatan dalam akademik .

Ibu bapa yang tidak mampu mendidik anaknya dengan baik perlu mencari bantuan dari guru , pihak kebajikan masyarakat, pusat agama atau persatuan belia agar anak dapat dibimbing menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Guru di sekolah perlu membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap pelajar yang bermasalah dan berbincang dengan ibu bapa serta memberi sumber rujukan yang boleh membantu pelajar lemah menguasai kemahiran agar anak tidak tercicir dan terpengaruh dengan pihak yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Negara yang berjaya dan maju adalah negara yang mempunyai masyarakat penyayang dan membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama . Semua pihak memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab dalam membantu anak remaja menerap nilai kepercayaan kepada Tuhan, menguruskan emosi dengan baik, aktif dalam sukan, mencintai ilmu dan  seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

RAHSIA KEJAYAAN DI TINGKATAN ENAM

Perubahan sistem  tingkatan enam kepada sistem Penggal  dapat menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan. Sistem Penggal Tingkatan Enam yang mempunyai tiga penggal dapat memberi peluang kepada pelajar memberi tumpuan kepada topik tertentu dan mengambil peperiksaan pada akhir setiap penggal.

20% kerja kursus dan 80% peperiksaan bertulis dapat membantu pelajar mendapat keputusan STPM yang lebih baik jika dibandingkan dengan 100% peperiksaan bertulis. Guru dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang cemerlang dan juga memberi peluang kepada pelajar belajar membuat kerja kursus dengan melawat tempat, membuat soal selidik , menjalankan temubual dengan komuniti di luar dan sebagainya.

Matlamat mesti jelas dan sentiasa mengingatkan diri tentang kehidupan di university yang memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan keluarga.

Pelajar perlu mengubah cara belajar seperti di aliran Perdana yang sering belajar sendiri, bergantung kepada guru tuituion, ponteng kelas atau belajar pada saat akhir musim peperiksaan.

Belajar di tingkatan enam perlu memahami topik yang diajar oleh guru, pelajar perlu memahami dahulu dengan membuat persediaan awal sebelum cikgu mengajar. Pelajar tidak boleh belajar dengan cara yang hafal tanpa memahami sesuatu topik yang dipelajari. Pelajar perlu mengaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan realiti dunia luar

Pelajar perlu membuat persediaan awal sebelum guru mengajar. pelajar perlu  banyak membaca pelbagai buku rujukan, sama ada dari youtube atau google. Mendapatkan sumber bacaan selain daripada buku rujukan tempatan dengan membeli buku rujukan dari luar negeri terutama bagi mata pelajaran Sains. buku-buku tersebut dapat memberi penerangan yang lebih jelas dan lebih senang difahami.

Rajin menjawab soalan tahun lepas setiap hari dan sentiasa menyemak format STPM yang terkini dengan guru yang berpengalaman.

Pelajar perlu membuat peta minda setiap topik yang dipelajari dan rajin bertanya kepada rakan atau guru sekiranya kurang jelas atau tidak faham tentang topik tersebut.

Pelajar perlu belajar berkumpulan dua orang atau tidak lebih lima orang , berbincang dan menyoal sesama sendiri tentang tajuk yang dipelajari. Belajar Bersama rakan dapat membantu pelajar membaiki kelemahannya atau sedar tentang kesilapannya dan pada masa yang sama pembelajaran secara dua hala adalah lebih berkesan.

Kecanggihan internet pada zaman kini dapat membantu pelajar mencari jawapan melalui youtube atau google yang memberi pelbagai contoh nota penting dalam bentuk yang menarik.

Menjadi guru muda kepada rakan-rakan dengan mengajar rakan yang kurang faham dalam topik yang diajar oleh guru dan ini akan dapat menambahkan ingatan dan pemahaman tentang ilmu yang dpelajari.

Pelajar tidak digalakkan ponteng kelas atau ponteng sekolah kerana ponteng kelas  akan membantu pelajar ketinggalan dalam topik yang diajar oleh guru atau tidak dapat mengaitkan semula dengan topik sebelumnya.

Pengurusan diri dan masa adalah penting di tingkatan enam agar pelajar sentiasa menghargai masa dengan menyiapkan kerja kursus atau membuat persediaan awal atau membuat nota ringkas selepas selepas sekolah.

Pelajar tidak sedar bahawa kebanyakan masa terbuang dengan media social sama ada ‘facebook’ atau ‘whasapp’ Ketagihan dalam internet atau telefon bimbit akan menyebabkan pelajar tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja kursus atau membuat ulangkaji pelajaran

Matlamat mesti jelas dan sentiasa mengingatkan diri tentang  kehidupan di university yang memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan keluarga.

Aktif dalam Kokurikulum dapat membantu pelajar meluahkan tekanan atau perasaan yang negatif. Gaya hidup yang sihat , kesihatan mental dan fizikal dapat membantu pelajar memberi tumpuan 100% dalam pelajaran . 10% Markah Kokurikulum adalah penting bagi pelajar mendapatkan tempat di Universiti tempatan.

Aktiviti kerohanian dapat membantu pelajar berfikiran positif dan mengikuti ajaran yang baik dengan membuat kerja amal. Kerja amal dapat mengubah peribadi dan personaliti seseorang individu.

Pengurusan emosi yang baik juga adalah penting bagi seorang pelajar di tingkatan enam kerana pelajar tidak dapat mengelakkan tekanan dan cabaran dalam hidup harian. Kesedaran tentang adanya emosi yang negatif perlu mendapatkan bantuan bimbingan dan kaunseling daripada guru atau kaunselor yang bertauliah.

Pada kesimpulannya, pelajar yang berjaya dalam STPM adalah pelajar yang berusaha dan mengikuti langkah-langkah rahsia kejayaan seperti yang disebutkan di atas. Susah-susah dahulu pendapatan , susah kemudian tidak berguna.  Usaha, Berwawasan, Bersikap positif , Kerohanian, Pengurusan Emosi, Kecergasan Badan dan Minda serta Rajin Membaca  akan membawa kecemerlangan kepada pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah diri yang unggul.

 

TRANSFORMASI TINGKATAN ENAM PADA ALAF KE-21

Tal Ben Shahar, seorang pensyarah yang  telah memperkenalkan Positif Psikologi,  kursus yang paling terkenal dan digemari di Harvard Universiti.

Pelajar Tingkatan Enam perlu belajar Positif Psikologi yang berfokuskan 3 perkara iaitu Minda Positif, Motivasi dan Penghargaan Kendiri.

Jadual waktu Tingkatan Enam yang padat dengan pembelajaran akademik dan kerja kursus menjadikan pelajar tertekan dan patah semangat.

Pelajar perlu ada satu waktu yang tetap dalam seminggu agar pelajar berpeluang belajar positif psikologi, belajar mencari kegembiraan dalam hidup dan belajar melepaskan perasaan yang negative.  Pelajar yang gagal dalam Tingkatan Enam adalah pelajar tidak  memahami bagaimana minda menjadi negative, perasaan murung dan tingkahlaku yang tidak baik. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kemurungan, kegagalan dan kekecewaan berlaku, maka positif psikologi harus diajar bagi mengatasi kelemahan pelajar di Tingkatan Enam.

Jack Ma menyentuh tentang ‘Artificial Intelligent’ boleh menggunakan robot bagi menggantikan manusia tetapi bahagian yang tidak boleh dipelajari oleh robot ialah Sikap, Sahsiah dan ‘Soft Skill’ manusia. Oleh yang demikian, bahagian ini tidak boleh diabaikan terutama kepada pelajar Tingkatan Enam yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Positif psikologi membolehkan pelajar mencari ‘positive energy’ dan mampu mengatasi cabaran dan rintangan hidup di Tingkatan Enam. Pelajar boleh mendapatkan kekuatan dan mengatasi kelemahannya bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

Jadual waktu perlu ada masa untuk mendengar Muzik yang tenang agar pelajar belajar mencari ketenangan jiwa. Minda yang ‘relax’ dapat membantu pelajar memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Muzik juga dapat memberi pelajar berpeluang menggerakkan badan mengikut irama muzik yang tenang. Pemilihan muzik yang bermotivasi boleh memberi semangat dan dorongan kepada pelajar.

Pelajar perlu menguji ketahanan fizikal dengan mendaki bukit yang berdekatan agar pelajar bukan cergas dari segi fizikal tetapi dapat membentuk minda yang sihat dan tabah. Mendekati alam semula jadi membolehkan pelajar menikmati keindahan alam  dan minda akan merasa ‘relax’. Semangat gigih dan tidak putus asa dapat disemai dalam jiwa pelajar semasa pelajar mendaki bukit.

Pelajar diajar berkayuh basikal dari Utara ke Selatan atau dari Timur ke Barat agar pelajar dapat menghayati alam sekitar dan bekerja sepasukan. Khidmat Masyarakat boleh dilakukan dengan mengadakan program Kayuhan Amal. Nilai tanggungjawab dan cinta kepada Negara dapat disemai dalam jiwa pelajar melalui gotong royong membersihkan kawasan persekitaran.

Pada kesimpulannya, Transformasi pelajar Tingkatan Enam dari segi minda, nilai, fizikal dan sahsiah  dapat dilakukan dengan adanya positif psikologi, muzik, mendaki bukit atau gunung, dan Kayuhan Amal. Pelajar sedemikian telah bersedia dan mampu bersaing dengan  dunia luar di peringkat Antarabangsa yang membawa kecemerlangan kepada masyarakat dan Negara.

CABARAN DI TINGKATAN ENAM

Ramai pelajar lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana tidak ada halatuju dan matlamat, ingin belajar di college swasta, masa pembelajaran yang longgar, tidak perlu terikat dengan peraturan yang ketat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, belajar di tingkatan enam mempunyai keistimewaannya iaitu personaliti dan sikap akan berubah kerana cabaran dan rintangan di Tingkatan Enam dapat membentuk minda pelajar menjadi lebih matang.

CABARAN DI TINGKATAN ENAM…..

1. Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan Sistem 3 Penggal di Tingkatan Enam, pelajar perlu menduduki peperiksaan STPM pada setiap Penggal. pelajar perlu menguruskan stress dengan baik pada setiap penggal.

2. Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan masa yang panjang dan balik pada pukul 3:00 atau 4:00 petang. Pelajar yang tidak biasa akan berasa letih dari segi mental dan fizikal.

3. Pelajar masih terikat dengan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ketegasan dari segi ketrampilan diri, kehadiran, ketepatan masa dan penglibatan kokurikulum.

4. Pelajar perlu belajar bersama dengan rakan, perbincangan, pembentangan dan menjadi guru muda kepada rakan-rakannya. Cara belajar berseorangan, hafal dan belajar pada saat sebelum peperiksaan, tidak membuat nota, tidak Tanya guru atau rakan dan pasif  akan menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan STPM.

5. Pelajar perlu penglibatan yang aktif dalam Kokurikulum bukan sahaja di dalam kolej tetapi juga pada peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan. Markah Kokurikulum yang tinggi akan memberi peluang yang baik kepada pelajar dari segi pemilihan program , pemilihan university dan pemohonan biasiswa.

6. Pelajar perlu mengamalkan sikap suka membaca kerana ini akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kematangan pelajar dalam pembentangan kerja kursus dan penulisan akademik.

7. Pelajar perlu bertindak dan mencari penyelesaian apabila berdepan dengan masalah peribadi, keluarga atau akademik.

8. Pelajar perlu membuat Ulangkaji mata pelajaran dan latihan yang banyak agar dapat memahami soalan, menjawab dengan tepat dan  mengikut skema jawapan STPM

9. Pelajar perlu menguruskan masa dengan baik, mengawal diri dari segi penggunaan internet dan telefon bimbit.

10. Pelajar perlu tabah apabila menghadapi rintangan atau halangan hidup di Tingkatan Enam sama ada bermasalah peribadi, sosial atau keluarga dengan berbincang dengan kaunselor atau orang yang boleh dipercayai dan yang dapat memberi sokongan moral kepadanya.

Pada kesimpulannya, cabaran di Tingkatan Enam adalah suatu ujian hidup yang menjadikan pelajar seorang yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi menjadi seorang modal insan yang mulia dan berpersonaliti unggul.

 

KEJAYAAN DI TINGKATAN ENAM

Tidak ramai pelajar yang berminat belajar di tingkatan enam kerana mereka dapati bahawa tingkatan enam adalah susah, tidak dapat university pilihan atau program pilihan. Sebenarnya STPM setaraf A Level ( Universiti Swasta). Peperiksaan STPM disemak oleh wakil dari Cambridge Accessment Board untuk memastikan kualitinya dan boleh diterima oleh Universiti lain di seluruh dunia.

Kejayaaan pelajar STPM adalah bergantung kepada usaha, sikap positif dan wawasan.

Usaha dan rajin merupakan faktor yang penting di tingkatan enam. RAJIN..

  1. Tanya soalan sekiranya tidak faham bahagian mana, topik apa, cara menjawab soalan.
  2. Berbincang dengan rakan-rakan tentang akademik
  3. Mengulangkaji mata pelajaran
  4. Membuat persediaan awal sebelum guru mengajar
  5. Mengambil peluang masa belajar pada masa cuti sekolah atau cuti awam
  6. Mengajar kawan yang kurang faham atau lemah
  7. Tanya guru mata pelajaran , guru tuisyen, Dr google, YouTube
  8. membuat latihan soalan STPM tahun lepas
  9. usaha mencari penyelesaian masalah dalam akademik
  10. berbincang dengan gbk atau kaunselor sekolah
  11. Disiplin diri yang ketat ( 1 tahun 6 bulan) dari segi penggunaan telefon bimbit
  12. Pengurusan masa yang baik ( keutamaan kepada akademik)
  13. Pengurusan stress yang baik melalui sukan, senaman, muzik dan sebagainya

Sikap yang positif memberi semangat dan dorongan untuk berusaha tanpa putus asa apabila menghadapi cabaran di tingkatan enam.

  1. Tidak putus asa apabila menghadapi cabaran di tingkatan enam
  2. Menganggap rintangan / halangan itu satu cabaran hidup
  3. Memikirkan kesenangan hidup selepas cabaran
  4. Mendapatkan tenaga positif dari sukan, senaman, muzik dan sebagainya
  5. Kemenangan perlu pengorbanan
  6. Tanamkan sikap tabah, ‘saya boleh..’
  7. Memberi tumpuan kepada Universiti yang diminati
  8. Berdamping dengan rakan yang rajin
  9. Mendengar pandangan orang lain yang positif
  10. Mendengar atau menonton video motivasi
  11. Membaca bahan motivasi dan simpan dalam minda
  12. Berdoa setiap masa untuk mendapatkan ketenangan jiwa
  13. Mengelakkan rakan yang negative atau bahan yang melemahkan semangat

Wawasan adalah penting bagi pelajar tingkatan enam. Jika pelajar tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam, maka tiada usaha yang dilakukan dan akhirnya akan menemui kegagalan.

  1. Matlamat/ wawasan menjadi pegangan hidup
  2. Tumpuan menuju wawasan
  3. setiap saat dan setiap minit fikirkan wawasan yang ingin dicapai
  4. Tanpa wawasan adalah tiada halatuju
  5. Tidak terpengaruh dengan kawan yang lemah semangat
  6. Mengenalpasti kebolehan, kemampuan  diri  dan keinginan diri
  7. Memikirkan dan merancang kerjaya masa hadapan
  8. Keutamaan diberikan kepada wawasan yang ingin dicapai
  9. Meneroka wawasan yang ingin dicapai
  10. Berbincang dengan orang lain tentang wawasan yang ingin dicapai

Akhir kata, pelajar di tingkatan enam boleh Berjaya dengan cemerlang sekiranya dapat mengawal disiplin diri, pengurusan masa, berwawasan dan bersikap positif serta usaha yang gigih.

KES LESBIAN

Seorang pelajar perempuan telah pindah keluar dari sekolah menengah perempuan ke sekolah lain kerana sedih melihat kakak menjadi ‘lesbian’ dan suka kepada rakan sebayanya. Kakak telah berubah semenjak masuk ke sekolah tersebut dan pengaruh budaya lesbian yang kuat dari rakan-rakan sebayanya. Masalah sedemikian berlaku kerana factor menarik dan factor menolak.

factor menolak kerana latar belakang keluarga pelajar tersebut dipengaruhi oleh ibu nya. Ibu tidak sayang kepada bapanya dan sering membawa teman lelaki balik ke rumah semasa bapa tiada di rumah. Bapa adalah seorang yang sabar dan beragama. keadaan  ini menyebabkan anak tidak puas hati dengan tingkah laku ibunya dan benci terhadap teman lelaki ibunya.

Pelajar menjadi lesbian disebabkan oleh hubungan keluarga yang tidak mesra dan  perangai ibu yang tidak baik. Pelajar perlu kasih sayang, perlu perhatian, perlu teman dan anggapan bahawa perasaan sedemikian boleh dapat dari teman yang sama jantina.

Factor menarik ialah pengaruh barat yang kuat dan  juga merupakan sebab anak remaja perempuan yang cantik boleh menjadi lesbian dan bercinta dengan teman perempuannya. Budaya lesbian di barat adalah berleluasa sehingga boleh berumahtangga, mengambil anak angkat dan hidup seperti sepasang suami isteri.

Anak remaja kini tidak minat agama dan senang terpengaruh dengan perkara yang negatif dalam hidupnya. Didikan agama yang kurang menyebabkan anak remaja tidak mengikut ajaran moral yang mulia. minda tidak mendapat input yang positif  tambahan pula dengan persekitaran yang negatif, maka tingkah laku berubah ke arah yang negatif.

Anak remaja yang tidak bersukan dan kurang bersosial  juga merupakan sebab senang dipengaruhi oleh budaya yang tidak sihat. Apabila anak remaja menjadi sunyi dan berseorangan maka pemikiran menjadi murung dan perasaan yang tidak gembira akan menyebabkan tingkah laku  turut menjadi negatif.

Anak remaja yang tidak suka membaca. Ilmu pengetahuan yang terhad menyebabkan pemikiran senang dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi telefon pintar dan internet, maka mudahlah anak remaja terperangkap dalam dunia digital yang kurang sihat.

Lesbian yang tidak suka diri seorang perempuan maka ada yang berjaya mengubah jantina menjadi seorang lelaki. Akibat beberapa perbedahan telah menyebabkan emosi dan fizikal mengalami penderitaan kerana masih tidak sempurna seperti semulajadi yang dikurniakan oleh Tuhan. Perhubungan berpasangan secara rahsia dan tidak dapat dilakukan secara terbuka. Pengorbanan dari segi jumlah wang yang banyak dalam perbedahan dan perubahan fizikal badannya kerana terpaksa makan ubat hormon. Emosi sering tidak stabil akibat perubahan organ badan yang kurang sempurna dan perhubungan sulit yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Melalui sesi kaunseling yang professional dan mengikut ajaran agama yang betul, anak remaja masih boleh diselamatkan dari penderitaan sedemikan. Didkan keluarga adalah penting dalam menentukan masa depan anak remaja. Pusat agama memainkan peranan yang penting dalam komuniti persekitarannya agar anak remaja didorong bagi mengikuti ajaran agama yang betul. Ajaran dan aktiviti agama perlu diubah suai dengan zaman generasi muda yang minat digital dan muzik.

 

 

CABARAN GBK / KAUNSELOR DI SEKOLAH

Ramai dalam kalangan guru tidak memahami peranan penting kaunseling di sekolah, bagi mereka semua guru mampu memberi kaunseling kepada pelajar. Guru mata pelajaran beranggapan bahawa Guru Bimbingan & Kaunseling hanya memberi nasihat sahaja dan mereka juga mampu membuat demikian.

Cabaran utama gbk / kaunselor di sekolah ialah ada guru yang tidak merujuk pelajar yang bermasalah kepada gbk / kaunselor ( berlesen) kerana telah menguruskan sendiri pelajar tersebut  dan menganggap pelajar telah tenang dan tidak perlu dirujuk kepada gbk lagi. Guru yang menguruskan pelajar dan tidak memberitahu kepada pihak pentadbir atau gbk/kaunselor sebenarnya perlu bertanggungjawab terhadap pelajar tersebut sekiranya ada kes bunuh diri atau kes yang membahayakan orang lain. Guru tersebut perlu membuat catatan tempat, masa dan isu yang dibincang . Guru tersebut juga seharusnya merujuk pelajar tersebut kepada gbk / kaunselor agar sesi kaunseling akan dibuat seterusnya dengan pelajar tersebut.

Proses kaunseling bukan hanya menjadi pendengar yang aktif tetapi perlu ada ilmu psikologi yang membolehkan klien / pelajar memahami emosinya yang tidak stabil. Ada klien yang tidak sedar tentang masalahnya, Gbk / Kaunselor perlu mengemukakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang keluarga, ibu bapa, hobi klien, pergaulan klien, sejarah klien waktu kanak-kanak sehingga di sekolah menengah. Melalui perbualan sedemikian, gbk / kaunselor mampu mengesan punca masalahnya.

Ada klien yang tidak suka bercakap. Expressive /Art / Play / Sandtray / Muzik/ Terapi boleh digunakan untuk membantu pelajar yang beremosi terpendam dapat diluahkan.

Gbk / kaunselor perlu mempertingkatkan profesionalisme dalam bidang terapi atau teknik & kemahiran kaunseling agar dapat membuat sesi kaunseling dengan lebih berkesan.

Tindakan yang diambil oleh klien adalah penting dalam mengambil langkah permulaan untuk berubah dan berfungsi semula dalam masyarakat. Klien perlu mencari kekuatannya untuk mengatasi rintangan hidupnya.

Perubahan tingkah laku, pemikiran dan perasaan klien mengambil masa dan bukan sekali sesi atau dua kali sesi  kaunseling . Guru Mata Pelajaran atau Pentadbir sangat mengharapkan perubahan tingkah laku klien dalam masa yang singkat. Inilah cabaran gbk / kaunselor. Kritikan guru yang melemahkan semangat gbk / kaunselor ialah sesi kaunseling yang tidak berkesan. Sedangkan mereka tidak memahami bahawa masalah klien telah lama wujud dan terpendam dalam hati dan mindanya .

Gbk / Kaunselor yang tidak mendapat kerjasama daripada guru mata pelajaran yang tidak membenarkan pelajar berjumpa dengan gbk / kaunselor pada waktu pdpc. Mereka kurang memahami emosi pelajar yang tidak tenang susah memberi tumpuan dalam pelajaran dan guru mata pelajaran mengharapkan pelajar cemerlang dalam mata pelajarannya. Guru beranggapan bahawa pelajar boleh mengetepikan masalah mereka dan memberi fokus dalam pelajaran sedangkan pelajar masih belum cukup matang dalam menangani masalah mereka.

 

 

IT’S BETTER TO LIGHT A CANDLE THAN CURSE THE DARKNESS

 

Dunia sekarang semakin mencabar dengan teknologi yang canggih dalam internet dan telefon bimbit. Perhubungan dan komunikasi jarak jauh telah menjadi semakin rapat dengan adanya kecanggihan teknologi cyber dan telefon bimbit . Berita atau segala maklumat boleh diperolehi dengan sekelip mata di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Ego dan kejahilan manusia sering mencaci atau mengkritik orang lain. Kita boleh lihat dari media atau suratkhabar harian yang memaparkan berita negatif pada setiap masa. Emosi bagi orang yang terbaca berita tersebut akan menjadi murung atau marah. Emosi yang kurang stabil akan menyebabkan manusia bertingkahlaku negatif.

Prinsip Rukun Negara yang meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat pertama, malangnya tidak ramai orang yang percaya kepada Tuhan walaupun beragama. Jika manusia memegang prinsip tersebut dan mengamalkannya maka hati mereka akan merasa tenang dan emosi boleh dikawal. Kesilapan manusia yang berfikiran sempit akibat kurang membaca dan kurang menghayati ajaran agama sering bercakap dan bertindak mengikut emosi. Kadang-kala mengeluarkan kata-kata yang boleh menghancurkan harapan orang lain tanpa disedari.

Semua agama mengajar kita membuat baik kepada orang lain dan tidak membuat jahat. Manusia kini sibuk mengejar kebendaan, kekayaan dan keseronokkan dunia, telah mengabaikan amalan dan didikan agama yang dipelajarinya. Segala kejahatan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan didikan ajaran agama yang betul . Agama bukan mengamalkan sahaja tetapi mengaplikasikan apa yang dipelajarinya. Segala nilai-nilai murni dan akhlak mulia ada pada ajaran agama tetapi tidak ramai yang mengaplikasikan amalan tersebut. Nilai-nilai murni tersebut adalah input positif kepada pemikiran kita yang menjadikan hati dan perasaan kita tenang dan seterusnya akan menyebabkan kita bertingkah laku baik sama ada kepada diri sendiri atau orang lain.

Mengikut ajaran Islam, membuat baik kepada orang lain adalah membuat baik kepada diri sendiri, ajaran Buddha pula mengatakan bahawa jangan menyimpan perasaan negatif, harus melepaskan atau membuangkan pemikiran dan emosi yang tidak baik, manakala ajaran Kristian pula mengajar kita menyayangi orang lain termasuk musuh kita. Input positif inilah yang menjadikan hati kita tenang, gembira dan dapat melakukan perkara-perkara yang baik dan betul. Tepat kata Peter Benenson, ‘Lebih baik memberi sinaran cahaya daripada mengutuk kejahatan orang lain.

love22

 

TUGAS SEBENAR SEORANG GURU KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH

Mungkin ramai dalam kalangan guru-guru tidak memahami tugas sebenarnya seorang guru bimbingan dan kaunseling (gbk) di sekolah sama ada sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Tugasan seorang gbk bukan sahaja menjalankan program dan aktiviti di sekolah malah program dan aktiviti di Jabatan dan Kementerian. Bagi sekolah yang sering kekurangan guru mata pelajaran ataupun guru -guru sering keluar kerana urusan rasmi maka gbk akan menjadi orang yang penting dalam memenuhi waktu kelas ganti. Ada juga pihak pentadbir yang tidak sedar bahawa gbk tidak seharusnya diberi waktu tetap dalam jadual waktu mengajar.

Program awal tahun bermula dengan Hari Orientasi, minggu orientasi bagi pelajar tingkatan peralihan, satu dan empat. Mesyuarat Agung dan perjumpaan ahli persatuan, permainan dan unit badan beruniform,  Pengurusan Kad 001. Perjumpaan ahli-ahli PRS dan Kelab bimbingan kerjaya  Program Motivasi tingkatan 3 dan 5, Bengkel Teknik Belajar, Perlaksanaan Inventori Minat Kerjaya dan Inventori Personaliti bagi semua pelajar tingkatan 1 dan 3.

AJk kepada program sekolah, program Jabatan dan Kementerian. Hari dan Minggu Kerjaya, Pameran Kerjaya , ceramah dan lawatan kerjaya. Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jati Diri, Kem Kepimpinan Pengawas, Kem Kepimpinan Ketua Tingkatan. Setiausaha kepada Kursus Perkembangan Staf / Latihan Dalam Perkhidmatn bagi guru-guru. Majlis Restu Tingkatan 3 dan 5, Hari Graduasi Tingkatan 5, Aktiviti selepas PT3.

Program Minda Sihat, Semak Kendiri Murid, Program Warga Emas, Amalan Guru Penyayang yang perlu dilaksanakan dan dihantar laporan kepada pihak Jabatan dan Kementerian.  Program Peningkatan Sahsiah Diri Murid, Program Pencegahan Dadah dan sebagainya.

Sesi kaunseling individu perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 sesi seminggu manakala kaunseling kelompok perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain daripada itu, kaunseling fokus perlu dibuat bagi katogeri pelajar ponteng, pelajar merokok, pelajar lewat ke sekolah, pelajar galus dan pelajar bermasalah disiplin. Program terkini yang perlu dibuat ialah program Juara bagi pelajar cemerlang SPM.

Selain daripada itu, tugas pengurusan dan pentadbiran seperti menyediakan kertas kerja program, laporan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan, dokumentasi program dan aktiviti Unit BImbingan dan Kaunseling sepanjang tahun.

Gbk yang memegang nama jawatan guru bimbingan dan kaunseling sebenarnya seorang guru kelas ganti dan guru penyelaras program dan aktiviti. Memang ada dalam kalangan gbk yang suka menjalankan program dari membuat sesi dengan pelajar dan inilah guru yang akan mendapat prestasi cemerlang dan program yang dilaksanakan dapat dilihat oleh pihak pentadbir dan guru-guru. Bagi gbk yang lebih  rajin  membuat sesi kaunseling, membuat program dengan pelajar sewaktu kelas ganti dan kajian tindakan mungkin kurang mendapat perhatian pihak pentadbir dan guru-guru.

Apabila berlakunya kes pelajar bunuh diri di sekolah, maka semua pihak akan menyalahkan gbk yang dianggap tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik di sekolah.

Gbk diwujudkan untuk memberi bimbingan kepada pelajar dalam bidang kerjaya agar pelajar mempunyai halatuju selepas SPM. Pelajar yang bermasalah emosi perlu diberi perhatian sepenuhnya secara peribadi agar mereka dapat menguruskan emosi yang negatif dan mengatasi rintangan dan cabaran hidup dengan lebih tabah  Tindakan baru pelajar selepas sesi kaunseling dapat membantu pelajar membina semangat dan matlamat baru yang membolehkan mereka menuju kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Anak remaja di bangku sekolah merupakan golongan muda yang beremosi dan sensitif dan mereka perlu bimbingan dan kaunseling yang professional dan bukan hanya ‘touch and go’. Memandangkan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, Jabatan dan Kementerian perlu dilaksanakan dan diutamakan, maka ramai gbk tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan sesi kaunseling secara professional di sekolah. Sesi bimbingan dan kaunseling bukan sekali dua tetapi harus mengikut sehingga pelajar berubah ke arah yang positif dan sekiranya tiada perubahan pada pelajar tersebut perlu dirujuk kepada pihak lain yang dapat membantunya supaya pelajar dapat menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan Negara.

Guru-guru di sekolah memandang pelajar yang mengunjungi bilik kaunseling adalah pelajar yang bermasalah serious dan ada pula yang sibuk menyoal pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling. Sikap guru yang ingin tahu telah menyebabkan pelajar tidak berani berjumpa dengan gbk, tambahan pula dengan sikap ibu bapa yang tidak ingin anak mereka meluahkan masalah keluarga atau masalah peribadi kepada gbk di sekolah.

Gbk yang professional memang tidak akan mendapat kepuasan kerja di sekolah kerana terlalu sibuk dengan program dan aktiviti sekolah. Kepuasan Kerja hanya dapat jika bekerja di pusat kaunseling sama ada swasta atau NGO yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang kaunseling. Kemahiran dan ilmu kaunseling akan merosot sekiranya gbk tidak mempertingkatkan profesionalisme bidang kaunseling dalam tempoh perkhidmatannya di sekolah.

Harapan seorang gbk yang professional ialah mengkaji masalah pelajar, merancang program dan menjalankan kajian tindakan bagi membantu pelajar mengubah sikap ke arah yang positif, membina azam baru dan menuju kejayaan. Gbk tidak harus dibebankan dengan tugasan lain dan pelbagai program sehingga ramai dalam kalangan gbk hampir putus asa atau lemah semangat dalam bidang yang diceburinya. Mentor Mentee adalah perlu bagi semua gbk agar mendapat sokongan moral untuk terus berjuang dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah.

To think only of the best, to work only for the best and expect only the best!

Pencemaran Minda Remaja Akibat Terdedah Bahan Lucah

Golongan remaja adalah golongan yang sedang menghadapi transisi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Perubahan berlaku dari segi mental, emosi dan fizikalnya dalam tempoh tersebut. Pemikiran mental yang ingin tahu, berani memberontak, dan senang terpengaruh dengan rakan sebaya mengakibatkan golongan remaja begitu senang terdedah dengan bahan lucah. Remaja kini tidak seperti orang zaman dahulu yang minda begitu suci dan bersih tetapi senang terpengaruh dengan bahan lucah sama ada melalui TV, bahan bacaan, internet atau telefon bimbit. Remaja yang kurang bersosial dapat memenuhi masanya dengan melayani telefon bimbit sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ibu bapa yang sibuk mengejar dunia kebendaan telah mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengenalpasti minda anak remaja mereka tidak tercemar dengan bahan lucah. Hubungan sex dalam kalangan remaja telah menjadi perkara biasa dalam hidup mereka.

Anak remaja kini dapat melihat video lucah melalui telefon bimbit di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pencemaran minda telah menyebabkan emosi mereka terangsang dan tingkah laku yang seterusnya melakukan aktiviti sex dengan pasangan yang sudi atau cara paksa. Mangsa hubungan sex bukan lagi anak perempuan sahaja malah anak lelaki juga boleh dijadikan pasangannya dalam melakukan hubungan sex di sekolah, taman atau panggung wayang.

Papan iklan di sekitar bandar yang memaparkan ‘adult’s toy’ juga akan mempengaruhi anak remaja kini yang mempunyai pemikiran ingin tahu dan berani cuba. Gambar-gambar lucah boleh dilihat dalam buku-buku kartun di kedai buku.

Ibu bapa atau penjaga perlu berusaha membimbing anak remaja mereka ke arah pemikiran yang sihat dan positif. Didikan agama adalah penting bagi menyemai benih positif dalam pemikiran mereka agar mereka tidak melakukan perkara yang berdosa dalam hidup mereka.

Aktiviti dan kegiatan sihat harus dijadikan gaya hidup anak remaja seperti terlibat dalam permainan Badminton, persatuan atau badan beruniform seperti Pengakap atau Kadet Polis. Aktiviti sihat dapat mengalihkan fokus mereka ke arah yang positif dan berdisiplin.

Pengurusan emosi harus dtitikberatkan sebab emosi yang negatif adalah sampah yang perlu dikeluarkan agar tidak terkumpul dalam hati dan minda anak remaja. Pengurusan emosi yang negatif dengan baik dapat mengalihkan tumpuan anak remaja dari perbuatan yang tidak sihat.

Ben Carson seorang anak berkulit hitam Amerika sering digelar sibodoh oleh rakan-rakannya kerana tidak pandai dalam pembelajarannya. Ibu yang memaksanya membaca dua buah buku  yang dipinjam dari perpustakaan  pada setiap minggu dan melaporkan kepada ibu apa yang dibacanya. Ben akhirnya telah berjaya menjadi seorang doktor pakar pembedah otak yang terkenal di dunia. Ilmu adalah penting bagi memenuhi pemikiran anak remaja ke arah kejayaan pada masa hadapan. Malangnya  anak remaja Malaysia tidak suka membaca. Oleh yang demikian, ibu bapa memalinkan peranan dan tanggungjawab yang penting terlibat bersama anak remaja dalam membina sikap suka membaca, mengamalkan aktiviti yang sihat, pengurusan emosi dengan baik dan didikan ajaran agama yang baik. Dengan langkah-langkah tersebut dapat memberi input positif kepada pemikiran anak remaja , berakhlak mulia, berdisiplin dan bertingkah laku positif dan seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

.