TERAPI PERGERAKAN / MUZIK PADA WAKTU RELIEF

Sebelum mula sesuatu aktiviti , Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh membuat pre-test dan pos- test dengan pelajar  ( mengenalpasti perasaan dan tahap motivasi pelajar  ), tanya soalan dan minta pelajar tulis jawapan ke dalam kertas sebelum dan selepas aktiviti.

  1. Apa perasaan anda pada hari ini ? sebelum aktiviti dan selepas aktiviti
  2. Tahap motivasi ada pada tahap 1-10 (skor skala 1-  paling rendah – 10 paling tinggi )? sebelum aktiviti dan selepas aktiviti
  3.  Apa yang anda telah belajar hari ini selepas aktiviti ? ( pelajar jawab selepas aktiviti)
  4.  Apa aktiviti yang paling menarik anda?( jawab selepas aktiviti)

Soalan yang dikemukakan boleh membantu guru memahami perasaan mereka dan mengenalpasti pelajar yang memerlukan sesi kaunseling individu. Komen yang diberikan ada yang positif dan ada yang negatif.

Aktiviti

  • Bahan yang diperlukan ialah wireless speaker yang ada Bluetooth dan internet / wifi. Guna smart phone untuk mencari lagu yang pelajar suka dengar, contoh Dance Monkey.
  • Pelajar dikehendaki membuat satu bulatan besar yang ada ruang untuk bergerak dengan selesa
  • Guru akan memilih orang pertama atau secara sukarela pelajar yang ingin mula boleh diberi peluang untuk menari atau menggerakkan badan
  • Pelajar A mula dengan menari mengikut kreativiti atau bakatnya dan orang lain semua mengikutnya.
  • Pelajar A akan memilih orang seterusnya untuk menari dan pelajar B akan sambung menari dengan pergerakan yang berlainan
  • Aktiviti berterusan sehingga semua pelajar berpeluang menari atau menggerakkan badan

Pemerhatian GBK

  1. Siapa pelajar yang malu, berbakat atau bersemangat?
  2.  Adakah pelajar menguasai Kemahiran Mendengar , kemahiran berkomunikasi tanpa lisan, kemahiran membuat keputusan?
  3. Adakah pelajar mengikuti aktiviti dengan sepenuh hati atau separuh hati?
  4. Siapa pelajar yang paling digemari oleh rakan-rakannya?
  5. Dapat mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar melalui aktiviti tersebut.

KESIMPULAN

Terapi  pergerakkan ini adalah satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan pelajar.  Apabila pelajar menari , badan pelajar akan menghasilkan satu bahan kimia iaitu hormon endorphins. Bahan kimia ini berinteraksi dengan reseptor di dalam minda dan menghasilkan perasaan positif dalam badan. Pelajar akan berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Aktiviti ini dapat membantu pelajar  mengatasi kebosanan mereka dan  meningkatkan semangat mereka dalam pembelajaran yang seterusnya.

 

 

TERAPI ART PADA WAKTU RELIEF

Seringkali Guru Bimbingan dan Kaunseling diberi waktu relief / ganti apabila ada guru mata pelajaran yang tidak hadir ke sekolah. Bagi GBK yang tidak bersedia, tidak ada pengalaman maka waktu relief adalah waktu menjaga murid atau sembang dengan pelajar.

Waktu ganti adalah peluang yang baik bagi GBK menjalankan aktiviti-aktiviti, salah satu aktiviti yang menarik ialah

Terapi Art

  1. Bahan yang diperlukan ialah kertas mahjung, marker pen tiga warna, pen/ pensil berwarna.
  2. Pelajar  dibahagikan kepada beberapa kumpulan , lebih kurang 5 atau 6 orang dalam satu kumpulan.
  3. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mahjung dan pen / marker pen , pelajar boleh guna pen berwarna sendiri.

Aktiviti Pertama

  1. pelajar melukis satu objek yang boleh mewakili diri di dalam kertas mahjung. masing-masing bentang mengapa objek tersebut dipilih. semua pelajar diberi peluang untuk bercakap.
  2. kemudian lantik seorang ketua untuk mengabungkan semua objek dalam kumpulan untuk menjadi sebuah cerita yang menarik. semua kumpulan diberi peluang untuk membuat pembentangan tersebut.

Pemerhatian GBK

  1. kemahiran mendengar ( adakah orang lain dengar bila kawan membuat pembentangan)
  2. kemahiran menolong ( adakah rakan membantu jika kawan tidak ada pen berwarna)
  3. kemahiran membuat keputusan ( siapa yang menjadi ketua kumpulan)
  4. kerjasama kumpulan ( ada kerja berpasukan atau tidak )
  5. sikap proaktif /pasif ahli kumpulan ( respon rakan terhadap aktiviti tersebut)
  6. kreativiti pelajar ( cerita kreatif atau tidak )
  7.  Kemahiran berkomunikasi ( berinteraksi atau tidak ahli kumpulan)

Aktiviti Kedua

  1. Pelajar diberikan kertas mahjung yang baru, setiap orang perlu melukis sebuah pulau impian masing-masing. setiap ahli boleh letak apa sahaja dalam pulau impiannya. Ada yang lukis di sudut ,ada yang lukis pulau bentuk Panjang, ada yang lukis di tengah-tengah kertas tersebut
  2. Apabila pelajar telah habis melukis pulau impiannya, semua perlu berdiri dan bergerak satu langkah ke kanan, maksudnya pelajar A akan berdiri di tempat pelajar B dan pelajar A perlu menambah objek atau apa yang kurang dalam pulau impian pelajar B. semua pelajar tidak boleh cakap dan hanya boleh bergerak dan melukis sahaja.
  3. Apabila pelajar A habis , semua orang akan bergerak lagi selangkah ke kanan, pelajar A akan singgah di tempat pelajar C dan teruskan aktiviti sehingga balik ke tempatnya sendiri.

Pemerhatian GBK

  • semua kemahiran yang tersebut di atas tadi

Pembentangan Pelajar 

  • Setiap pelajar diberi peluang membuat pembentangan dan mengapa menambah objek atau bangunan atau orang di dalam pulan rakannya
  • Contoh -ada pelajar menambah tempat hiburan di setiap pulau rakan-rakannya sebab rakan-rakannya hanya mementingkan pembelajaran sahaja tidak ada hiburan langsung, oleh yang demikian, tempat hiburan adalah penting untuk menghilangkan stress.

 Rumusan

Pelajar lebih mengenali kawannya, pelajar dapat menunjukkan kreativitinya, pelajar juga dapat merasai kasih sayang rakannya, pelajar lebih yakin, minda terbuka, pemikiran lebih kepada keperluan dan keutamaan dalam hidupnya. Dapat melihat IQ dan EQ pelajar melalui aktiviti tersebut. GBK dapat mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar.

PERSEDIAAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM

LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM.

1. Membuat semakan keputusan tawaran kemasukan kemasukan ke KOLEJ TINGKATAN ENAM di PORTAL KPM iaitu http://www.moe.gov.my

2. Mencetak SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM bersama  DOKUMEN yang diperlukan dan mendaftaran diri pada TARIKH yang diberikan dalam surat.

3. Membuat TINJAUAN dulu tentang KOLEJ TINGKATAN ENAM yang ditawarkan melalui facebook , lokasi, alamat kolej, pakej mata pelajaran, aktiviti , kampus kolej agar lebih bersedia untuk belajar di kolej tersebut.

4. Jika tidak dapat, Rayuan boleh dibuat secara online ;

›( http://www.moe.gov.my)

›Memuat turun borang rayuan (T6BRU) daripada portal KPM(http://www.moe.gov.my)

›Hantar ke PPD/JPN berserta dokumen yang lengkap sebelum tarikh tutup rayuan.

›Semua di atas adalah tertakluk pada perubahan KPM jika berlaku perlanjutan PKP atau yang berkaitan

›Semak syarat sebelum membuat rayuan;

›a)Lulus SPM(BM- kepujian) b) Umur 17-20 tahun pada 1/1/2020.

SISTEM SEMESTER STPM

›SEM 1 – MEI – NOV ( STPM SEM 1 )TAHUN2020

›SEM 2 – JAN – MEI ( STPM SEM 2 )TAHUN 2021

›SEM 3 – JUN – NOV ( STPM SEM 3 )TAHUN 2021

›STPM SEM 1 + SEM 2 + SEM 3 + KERJA KURSUS =MARKAH KESELURUHAN

›PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN SELEPAS PKP

›ALIRAN SAINS

›PENGAJIAN AM, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS/BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS/ICT

ALIRAN SAINS SOSIAL

›PA, MUET, EKO, PERAKAUNAN, MATHS M/ PENGAJIAN PERNIAGAAN (PP)

›PA, MUET, MATHS M, PERAKAUNAN, ICT/ PP

›PA, MUET, PERAKAUNAN, PP, EKO

›PA, MUET, SEJ, PP, EKO

›PA, MUET, SEJ, BM, PP/EKO

›PA, MUET, SEJ, BM, PP

›PA, MUET, BM,PP,EKO/ SEJ

›PA, MUET, BM, PP, SENI VISUAL

›ALIRAN AGAMA

›PA, MUET, SEJ, SYARIAH, BAHASA ARAB

 

MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM DAN MUET ADALAH WAJIB UNTUK SEMUA PELAJAR ( SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM -PA MESTI LULUS) DAN MUET ( MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST – BAND 1 paling rendah – BAND 6 paling tinggi / cemerlang)

KERJA KURSUS ( 20-40%) + PEPERIKSAAN ( 80-60%) = 90% + 10% KOKURIKULUM

 

KEJAYAAN DI TINGKATAN ENAM

›PERLU BERUSAHA DAN RAJIN SEBAB CARA BELAJAR DI TINGKATAN 6 TIDAK SAMA DENGAN TINGKATAN 5

›PENGURUSAN DIRI –HADIR KE KOLEJ SEBELUM 7.20 ATAU LEBIH AWAL UNTUK KELAS TAMBAHAN

›PENGURUSAN MASA – BAHAGIKAN MASA DENGAN BAIK,   KERJA KURSUS, VIVA DAN ULANGKAJI MATA PELAJARAN

›TETAPKAN MATLAMAT UTAMA – MASUK UNIVERSITI

›PROAKTIF DAN RAJIN BERTANYA KAWAN ATAU GURU JIKA TIDAK FAHAM PELAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU

KEGAGALAN DI TINGKATAN ENAM

›DIPAKSA OLEH IBU BAPA UNTUK BELAJAR DI TING. 6 DAN BUKAN PILIHAN SENDIRI

›KETAGIH TELEFON BIMBIT DAN VIDEO GAMES

›PASIF DAN TIDAK MAHU TANYA APABILA TIDAK FAHAM APA YANG DIPELAJARI

›TIDAK SIAP KERJA KURSUS DAN TIDAK BUAT ULANGKAJI MATA PELAJARAN

›LEWAT DAN TIDAK HADIR KE KOLEJ

The Therapeutic Effect of Pets

20140325_085739WHEN STRESSED AND TIRED AFTER A LONG DAY AT WORK, HE ALWAYS WELCOMES US HOME WITH HIS WAGGING TAIL AND HIS NON-STOP LICKS AND HUGS. WE HAD HAPPY MOMENTS WITH HIM FOR SEVERAL YEARS THAT CONSISTED OF MANY ACTIVITIES SUCH AS PLAYING WITH HIM, CARRYING HIM THROUGH THE JUNGLE, TAKING HIM FOR WALKS, GIVING HIM BATHS, DRYING HIS FUR, GOING CAMPING TOGETHER AND TAKING HIM OUT FOR A WALK.

LIFE IS NOT JUST ABOUT WORK, THERE IS MORE TO LIFE THAN THAT. REMEMBER TO TAKE BREAKS TO OBSERVE YOUR SURROUNDINGS, TO LOVE AND TO PLAY WITH YOUR PETS (IF YOU HAVE ONE).

I REMEMBER VISITING MY MOTHER IN-LAW WHO WAS AT BOSTON HOSPITAL SEVERAL YEARS AGO. THE NURSES BROUGHT ALL TYPES OF DOGS INTO THE WARDS TO VISIT THE PATIENTS. BEING ABLE TO INTERACT WITH THESE ANIMALS REALLY BRINGS JOY AND HAPPINESS TO PATIENTS AS IT IS INCREDIBLY THERAPEUTIC AND SOOTHING.

LIFE ENERGY

BIKEHASHGOMBAKLIFE IS NOT JUST ABOUT WORKING, KEEPING YOURSELF BUSY, AND BEING ON THE MOVE ALL THE TIME. INSTEAD, REMEMBER TO TAKE BREAKS AND ENJOY NATURE’S BEAUTY.

I LOVE CYCLING AS IT ENERGIZES ME, FILLING ME WITH JOY AND GIVING ME A SENSE OF PEACE. CYCLING IS ONE OF THE ACTIVITIES THAT GIVES ME THE INNER STRENGTH TO GO THROUGH MY DAILY LIFE.

LIFE IS FULLS OF UPS AND DOWNS. I NEED LIFE ENERGY TO KEEP MOVING FORWARD, THINK POSITIVELY, DO MORE GOOD WORKS AND RIGHT THINGS, AND TO HELP THE NEEDY AND POOR.

THE SUNSHINE FROM THE SKY RECHARGES MY ENERGY AS IT RENEWS MY MIND, HEART AND SOUL. ALTHOUGH OUR STRENGTH AS HUMANS IS LIMITED, WITH GOD, EVERYTHING WILL BE OK.

COUNSELLING REQUIRES FOCUS, PATIENCE, INNER STRENGTH, A KIND HEART AS WELL AS GOOD LISTENING SKILLS. AS COUNSELLORS, WE NEED TO RECHARGE OUR BATTERIES CONSTANTLY.

SO REMEMBER TO ENJOY EVERY MOMENT, APPRECIATE NATURE, ANIMALS, PAINTING, COOKING, DANCING TO GET OUR ENERGY, TO HAVE HOBBIES, IN ORDER TO PRODUCE GOOD HORMONES AND STRENGTHEN OUR IMMUNE SYSTEM. BY FIRST TAKE GOOD CARE OF OURSELVES, WE WILL THEN BE ABLE TO HELP OTHERS.

TUGASAN KAUNSELOR DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, walaupun kaunselor bukan guru mata pelajaran namun masih boleh melakukan tugasan penting bagi membantu anak murid yang berada di rumah.

Kaunselor boleh menyediakan soal selidik melalui google form bagi mengetahui keadaan pelajar dalam tempoh tersebut. Soalan  tentang aktiviti yang dilakukan, Pembelajaran dan pengajaran secara talian, masalah dan cabaran yang dihadapi agar pihak kolej dapat membantu mereka. Meneliti komen yang diberikan oleh pelajar agar dapat mengesan kes kemurungan dalam kalangan pelajar dan terus menghubungi pelajar tersebut melalui WhatsApp. Menjalani sesi dengan pelajar melalui tele-kaunseling.

Menyampaikan maklumat penting dari segi bantuan bakul makanan kepada pelajar yang memerlukan bantuan. Menyalurkan maklumat webinar Pendidikan dan motivasi kepada pelajar  agar mereka dapat menggunakan masa dengan baik dalam tempoh tersebut.

kaunselor masih boleh memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar yang membuat pemohonan UPU melalui whatsApp, membimbing pelajar membuat pilihan yang tepat dengan mengenalpasti kekuatan diri dan kelemahan diri. Kaunselor juga boleh membimbing pelajar yang akan menjalani ujian Medsi dan  temuduga agar mereka lebih bersedia dan yakin untuk menghadapinya.

Kaunselor boleh meningkatkan ilmu pengetahuan diri dengan mengikuti webinar anjuran Jabatan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaunselor boleh menambah mata kredit dalam SPLKPM dan meningkatkan profesionalime  dengan mengikuti kursus E-pembelajaran Sektor Awam (EPSA) yang disediakan dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Dasar Kerajaan, Kepimpinan , Komunikasi, ICT, Sosial, Pembangunan diri, Kesih, Etika  dan lain-lain.

Melibatkan diri dalam aktiviti NGO seperti Talian Kasih. Mendapatkan pengalaman dalam Tele-kaunseling. Berkongsi ilmu dan kepakaran bersama kaunselor yang lain.

Menderma darah kepada Pusat Darah Negara yang amat kekurangan darah dalam tempoh PKP. Menggalakkan orang ramai untuk Bersama-sama memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Memainkan peranan yang penting dalam NGO dengan melaksanakan  tugas sebagai ahli jawatankuasa dengan mengadakan webinar secara talian dalam bidang psikologi dan kaunseling melalui facebook atau zoom. Memberi kesedaran dan Teknik kemahiran kepada orang ramai dalam menangani masalah dan cabaran dalam tempoh PKP.

 

 

COVID-19-IMPAK POSITIF

Selama ini kita mengejar masa, mengejar kebendaan di dunia, mengejar kejayaan, mengejar kuasa sehingga kita hidup dalam keadaan yang stress, murung dan abaikan ketuhanan dan alam sekitar.

Negara China yang begitu maju dan berkuasa, telah mencapai kemuncak perkembangan pesat teknologi 5G dilanda Covid-19 pada awal tahun 2020, rakyat diserang oleh virus yang begitu agresif dan hebat sehingga segala pergerakan rakyat Wuhan terpaksa diarahkan berkurung di dalam rumah. Perintah Kawalan pergerakan Negara China yang tegas dapat mengawal penularan wabak covid-19. namun begitu wabak tersebut telah merebak ke seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat.

Covid-19 telah berlaku di seluruh dunia terutamanya di negara Eropah seperti Itali, Iran, US, Singapore, Malaysia, Indonesia dan Australia.

Manusia yang terpaksa berkurung di dalam rumah bersama keluarga di dalam rumah. Impak negative convid-19 ialah peningkatan keganasan rumah tangga, peningkatan ketagihan anak muda atau orang dewasa dalam permainan computer, video lucah dan sebagainya. Ramai orang yang hilang kerja, hilang pendapatan dan seterusnya menghadapi masalah kewangan. Gejala sosial  turut meningkat

Impak positif covid-19 kepada manusia ialah kita mula berfikir, mula berdoa untuk diri dan orang lain, mula berjaga-jaga, mula mengutamakan barang keperluan, mula menguruskan kewangan dengan bijak, mula memikirkan kerjaya yang selama ini memberikan keuntungan dan kini akan menghadapi bangkrap, memikirkan gaji,sewa dan segala hutang yang tidak lagi mampu bayar. Mula merancang norma baru bagi menghadapi masa depan selepas covid-19.

kita sedar bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk masyarakat dan negara, kita mula menyumbangkan perkhidmatan seperti tele-kaunseling, menderma darah kepada Pusat Darah Negara, menderma makanan dan minuman kepada pegawai perubatan dan orang miskin. Pembelajaran dan Pengajaran secara talian, peningkatan ceramah, bengkel  dan seminar melalui webinar, youtube, facebook atau zoom.