GBK VS GURU GANTI

GBK yang lebih dikenali sebagai guru bimbingan dan kaunseling manakala guru ganti adalah guru yang ganti kelas bagi guru yang tidak hadir di sekolah.

GBK sering diberi kelas ganti apabila terdapat guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah atau guru tidak hadir ke sekolah. Ada GBK yang mendapat mendapat waktu lebih dari dua waktu atau mendapat kelas yang lebih dari dua kelas bergantung kepada keadaan sekolah. Keadaan ini berlaku kerana GBK tidak ada kelas mengajar. Kelas ganti yang diberikan adalah kelas yang sama atau kelas yang anak murid bermasalah disiplin.

GBK yang berada di sekolah rendah adalah guru yang sentiasa sibuk jadi guru ganti ,malah juga terlibat dalam tugas pentadbiran. Begitu juga dengan GBK di sekolah menengah yang sibuk jadi guru ganti dan juga menjalankan psikometrik dengan pelajar serta masuk data secara online.

GBK yang rajin menjalankan program di sekolah akan mendapat prestasi yang cemerlang kerana berjaya mendapat perhatian di PPD atau KPM. GBK yang sibuk dengan penglibatan program di PPD atau KPM juga akan mendapat prestasi atau kenaikan pangkat yang cepat.

GBK tidak dapat meningkatkan kemahiran bimbingan dan kaunseling di sekolah sekiranya pihak pentadbir masih memberi tugas lain seperti setiausaha, penyelaras program dan ahli jawatan kuasa pengurusan. GBK yang perlu menghadiri setiap mesyuarat dan taklimat di sekolah tidak dapat menjalankan tugas dengan baik bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di sekolah.

Pelajar yang sering menjalankan ujian trait personality dan ujian minat kerjaya di sekolah menengah masih tidak ada halatuju dan masih tidak mengenali diri selepas tamat pengajian tingkatan lima. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menentukan halatuju selepas SPM. Pelajar keliru sama ada hendak masuk tingkatan enam, pre university, foundation, matrikulasi dan sebagainya

Data ITP dan IMK lengkap diisi secara online dan dihantar kepada PPD dan KPM setiap tahun. Pelajar yang sibuk menjawab soalan ujian trait personality dan ujian minat kerjaya masih tidak mengenali diri sekira

GBK tidak dapat meningkatkan kemahiran bimbingan dan kaunseling di sekolah sekiranya pihak pentadbir masih memberi tugas lain seperti setiausaha, penyelaras program dan ahli jawatan kuasa pengurusan. GBK yang perlu menghadiri setiap mesyuarat dan taklimat di sekolah tidak dapat menjalankan tugas dengan baik bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di sekolah.

Pelajar yang sering menjalankan ujian trait personality dan ujian minat kerjaya di sekolah menengah masih tidak ada halatuju dan masih tidak mengenali diri selepas tamat pengajian tingkatan lima. Ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menentukan halatuju selepas SPM. Pelajar keliru sama ada

nya tidak ada perbincangan secara individu atau kelompok selepas ujian.

GBK yang sibuk dengan program sekolah, program PPD atau program KPM sudah tentu tidak ada masa berjumpa dengan pelajar yang sangat memerlukan bantuan bagi mengenali diri, memahami diri dan mencari kekuatan diri bagi menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup mereka.

Bimbingan dan kaunseling adalah satu tugas yang sangat penting bagi setiap pelajar di sekolah, pelajar yang mendapat kasih sayang dari keluarga dan mempunyai sokongan moral yang kuat dapat menangani cabaran hidup dengan baik, manakala pelajar yang disebaliknya akan membawa masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan di sekolah bukan setakat menghasilkan anak murid yang cemerlang dari segi akademik tetapi melahirkan seorang insan yang berakhlak mulia dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

GBK yang menjalankan tugas secara ikhlas bagi membantu anak murid di sekolah dari segi kesejahteraan mental, sahsiah dan kerjaya akan berjaya melahirkan anak murid yang dapat memikir secara globalisasi  dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

GBK perlu mengambil tahu keperluan anak murid, membantu anak murid yang bermasalah peribadi kerana anak murid yang dapat menguruskan diri baru boleh menguruskan pembelajaran dengan baik. kesejahteraan mental diberi keutamaan , kesedaran diri dengan penerokaan kekuatan diri maka anak murid dapat membuat perancangan kerjaya yang baik di masa hadapan.

GBK yang bukan peranan sebagai guru ganti sahaja tetapi memainkan peranan bagi meningkatkan kesejahteraan mental guru dan anak murid sekolah, dengan adanya keharmonian dalam kalangan anak murid dan guru, maka tercapailah  visi dan misi sekolah.

Kejayaan anak murid di sekolah bukan hanya kecemerlangan akademik tetapi pengurusan emosi yang baik. GBK yang menjalankan tugas dengan baik dapat meningkatkan kecemerlangan anak murid di sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada semua pihak , pemimpin yang berminda positif, guru mata pelajaran yang rajin mencari ilmu, rajin mendidik anak murid dan GBK yang sentiasa meningkatkan kesejahteraan mental guru dan anak murid di sekolah.

 

 

SAMPAH CERMIN SIKAP RAKYAT

Alam semula jadi begitu penting bagi mendapatkan Udara yang bersih dan ketenangan jiwa. Namun masih terdapat sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab dan membuang sampah di merata-rata tempat.

Rakyat Malaysia yang akan menuju wawasan 2020 masih bersikap tidak apa dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan sampah. Sampah boleh dijumpai di tepi jalan kawasan Gombak arah ke Genting Sempah. Ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan perkampungan yang diduduki oleh pendatang asing.

Dasar Pandang Ke Timur yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita  agar kita dapat mencontohi Negara Jepun yang terkenal dengan negara nilai murni sopan, bersih dan selamat. Namun masih terdapat sebilangan besar rakyat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Tabiat yang tidak baik boleh dilihat di tempat pasar malam yang mana tempat tersebut tidak dibekalkan tong sampah dan orang ramai boleh membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan tersebut. Kawasan tersebut akan dibersihkan oleh pekerja kebersihan pada waktu pagi pada keesokan hari. Tabiat ini akan menyebabkan anak murid di sekolah akan mengamalkan sikap tidak apa dan membuang sampah di merata-rata tempat kawasan sekolah.

Kita perlu mengubah sikap yang tidak bertanggungjawab melalui Pendidikan dan amalan baik. Amalan yang baik dapat menjadikan satu kebiasaan bagi rakyat mengamalkan kebersihan dalam hidup mereka.

Anak murid di sekolah telah digalakkan mengitar semula bahan-bahan buangan . Ceramah dan pameran tentang kitar semula dapat membantu anak murid memahami kepentingan alam semula jadi dan mengurangkan sampah dengan mengitar semula bahan-bahan buangan.

Membekalkan tong sampah di tempat pasar malam. Mengajar orang ramai membuang sampah di tempat yang betul dan menjaga kebersihan di tempat pasar malam yang menjadi tarikan pelancong dari luar negara.

Persatuan Komuniti perlu memberi kesedaran kepada penduduk  di kawasan masing-masing untuk menjaga kebersihan taman . Penanaman semula pokok-pokok juga dapat menceriakan kawasan semula dan memberi semangat kepada penduduk di persekitaran kawasan perumahan. Mengadakan aktiviti gotong royong sebulan sekali bagi membersihkan kawasan tamannya. Mengadakan pertandingan taman yang ceria dan cantik. Ketua kampung atau penghulu perlu mengambil tindakan yang positif terhadap kebersihan kawasan persekitaran mereka.

kempen Menjaga kebersihan juga boleh dilakukan melalui media sosial . Rakyat perlu sentiasa diberi ingatan dan kesedaran bahawa kita boleh menjadi negara yang bersih, sopan dan selamat dengan mengubah sikap kita yang tidak bertanggungjawab kepada sikap yang mementingkan kebersihan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

 

Keselamatan Diri vs Sahsiah Diri

Sering melihat penunggang motosikal di kawasan Segambut Kepong membawa anak dua tiga orang tanpa memakai topi keledar di jalan raya. Anak remaja juga boleh dilihat menunggang motosikal tanpa topi keledar dan melanggar lampu isyarat. Perkara ini telah menjadi suatu kebiasaan bagi rakyat Malaysia yang kurang mematuhi peraturan di jalan raya. Kemalangan sering berlaku dengan sikap rakyat yang tidak perduli tentang keselamatan diri dan orang lain.

Anak di sekolah dididik mengikut undang-undang negara dan mematuhi peraturan jalan raya namun demikian , masih ramai yang tidak mengambil berat tentang keselamatan diri dan orang lain. Jika berlaku kemalangan, pemandu kereta yang akan disalahkan kerana telah melanggar mereka yang membawa motosikal. Di mana pihak berkuasa yang menjalankan tugas di jalan raya dan mengenalpasti rakyat mengikut peraturan dan undang-undang negara?

Sikap ‘tidak apa’ akan menyebabkan kemalangan semakin meningkat di jalan raya. Apabila kehilangan orang yang tersayang baru mendapat kesedaran tentang kepentingan keselamatan di jalan raya. Pihak berkuasa yang sepatutnya menegakkan perundangan negara perlu menjalankan tugas dengan amanah. Ramai penunggang motosikal yang meninggal dunia di jalan raya kerana tidak memakai topi keledar dengan betul dan mengabaikan topi keledar yang boleh mengelakkan kecederaan di bahagian kepala.

Pemandu kereta di Amerika Syarikat akan menghentikan kereta mereka pada jarak yang jauh apabila ada orang berlalu lintas di jalan raya. Budaya yang baik ini kita patut amalkan di negara kita kerana ini menunjukkan kita bersopan, sabar dan menghormati orang lain.

Didikan ibu bapa adalah penting bagi mematuhi peraturan di jalan raya dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Memberi nasihat kepada anak-anak remaja yang suka merempit motosikal di jalan raya.

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menjalankan tugas mereka dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang di jalan raya. Mereka yang berani melanggar peraturan di jalan raya kerana tidak pernah disaman oleh polis trafik atau mereka bersikap tidak apa dengan bayaran saman yang mampu dibayar.

Kempen Keselamatan di jalan raya juga sering diadakan semasa musim perayaan bagi mengingatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan di jalan raya.

Sosial media juga boleh memainkan peranan penting dalam mengingatkan orang ramai tentang keselamatan diri dan orang lain. Kecanggihan teknologi dan internet dalam menyampaikan pesanan kepada orang ramai dalam bentuk multimedia atau bentuk kartun.

Adakah Pendidikan kita gagal dalam melahirkan anak murid yang bersahsiah tinggi? Pendidikan agama dan Pendidikan moral diajar di sekolah, namun masih terdapat ramai dalam kalangan rakyat yang tidak mahu mematuhi undang-undang di jalan raya. Nilai sabar, hormat dan bersopan di jalan raya perlu diamalkan dan diterapkan dalam hati dan minda anak murid agar mereka sentiasa menjaga keselamatan diri dan orang lain, sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya.

 

 

KEBAIKAN BELAJAR BAHASA ASING

Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana berpeluang mempelajari lebih dari satu Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin. Persekitaran di Malaysia membolehkan kita berpeluang berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa.

Mendapat Pendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah kebangsaan dan kemudian Han Chiang High School. Bahasa Inggeris menjadi begitu penting di peringkat Universiti kerana kebanyakkan buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

kebaikan mempelajari lebih dari satu Bahasa kerana kita dapat membaca bahan atau mendapat maklumat dari Bahasa lain. contoh kaunselor dari negara Taiwan atau Hong Kong mendapatkan Pendidikan kaunseling dari Amerika Syarikat dan menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain dalam Bahasa Mandarin.

Dengan adanya Bahasa asas dalam Bahasa German, Perancis, Jepun atau Korea, kita mampu berkomunikasi atau memberi salam kepada orang lain. kita juga dapat menggunakan Bahasa tersebut apabila kita bercuti di luar negara seperti negara Eropah , negara Jepun atau Korea. Komunikasi asas ini dapat membolehkan hubungan kita dengan orang lain menjadi lebih mesra dan mudah.

Kita juga dapat memahami budaya orang lain sekiranya kita dapat memahami Bahasa lain.  Kita boleh rapatkan hubungan kita dengan orang lain dan juga persefahaman ini membolehkan kita hidup dengan lebih harmoni.

Kita juga dapat belajar kekuatan orang lain dan membetulkan kelemahan kita, maka hidup kita akan menjadi lebih maju dan makmur. Setiap Bahasa mempunyai keindahan, kekuatan kata-kata hikmat atau kata-kata motivasi.

Oleh yang demikian, kita perlu mengambil peluang yang ada di negara Malaysia, bumi bertuah untuk memajukan diri, hidup harmoni dan bertolak ansur antara satu sama lain demi kesejahteraan diri, bangsa dan negara.