ANAK ORANG ASLI BOLEH BERBAHASA INGGERIS

Manusia boleh diajar dan dididik menjadi pandai jika disediakan persekitaran yang kondusif . Anak-anak orang Asli boleh berbahasa Inggeris apabila dijaga dan dididik dalam persekitaran yang berbahasa Inggeris. Mereka diajar mengira matematik dengan menghafal jadual kiraan darab seperti cara yang diamalkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina agar mereka cepat mendapat jawapan dan tidak perlu mengira dengan menggunakan jari atau kira satu demi satu dalam kertas.

Jika anak-anak orang Asli yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan kemudahan air dan elektrik, maka mereka akan ketinggalan dalam pendidikan kerana keperluan asas tidak dipenuhi. Oleh yang demikian, mereka perlu dibantu dan dididik agar mereka juga boleh mencapai kecemerlangan dalam akademik seperti pelajar lain di bandar. Anak-anak ini dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dan berdisplin, maka mereka akan menjadi anak bangsa yang berakhlak mulia dan bersahsiah unggul.

Kempen Membaca sering dilaksanakan di sekolah namun masih ada pelajar yang tidak tahu berbahasa Inggeris kerana sering menggunakan bahasa ibuada. Pelajar yang tidak fasih atau lemah dalam bahasa Inggeris tidak ada keyakinan dan memahami masalah apabila berdepan dengan orang lain yang berbahasa Inggeris dan juga kurang menguasai ilmu pengetahuan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Anak-anak orang Asli boleh membaca dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris sekiranya mereka diberi bimbingan lebih dan berlatih menulis jurnal harian dalam bahasa Inggeris yang mudah. Mereka memerlukan dorangan dan motivasi untuk maju diri dan membina matlamat yang ingin dicapai, maka mereka akan berjaya dan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga yang miskin.

Harapan dengan bimbingan dan didikan serta motivasi diberikan kepada anak-anak orang Asli dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris dan Matematik. Peningkatkan ini dapat memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh mencapai kejayaan pada masa hadapan serta memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat mereka khasnya dan negara amnya.

KESAN NEGATIF PEMBELAJARAN DALAM TALIAN AKIBAT COVID-19

Pelajar hilang motivasi belajar kerana mereka lebih suka belajar secara bersemuka di dalam kelas

Pelajar terperangkap dalam persekitaran yang tidak kondusif

Pelajar melepaskan peluang di IPTA kerana rasa sukar untuk memahami pembelajaran kuliah dalam talian

Pelajar tidak memahami pembelajaran secara dalam talian

Pelajar terutama lelaki terperangkap dalam permainan komputer semasa pembelajaran dalam talian

Pelajar tidak boleh fokus kepada pembelajaran secara online

Pelajar sakit mata kerana terpaksa menghadap komputer dalam masa yang lama

Hanya 10% sahaja pelajar yang berminat menyertai program motivasi secara dalam talian bagi pelajar PMR

Pelajar bosan dengan pembelajaran secara teknologi bagi tempoh yang lama

Keputusan peperiksaan atau ujian menunjukkan markah akademik pelajar semakin merosot

Generasi ‘Strawberry’ cepat hilang semangat dan putus asa

CADANGAN BAGI MEMPERBAIKI KEADAAN PEMBELAJARAN PELAJAR SECARA DALAM TALIAN

Menyediakan tempat yang kondusif seperti perpustakaan komuniti di persekitaran perumahan agar pelajar berpeluang belajar di tempat yang sesuai dan tenang

Menyediakan kelas secara bersemuka mengikut SOP dengan bilangan yang kecil sekali seminggu agar pelajar berpeluang bersemuka dengan pensyarah dan tutor untuk menyelesaikan masalah akademik mereka

Mengadakan kumpulan perbincangan secara bersemuka mengikut SOP atau dalam talian agar pelajar berpeluang menemu rakan rakan mereka dan memberi sokongan moral antara satu sama lain

Pendidikan secara talian perlu ada video motivasi seminggu sekali bagi meningkatkan semangat pelajar yang bosan dengan pembelajaran satu hala dalam talian

Pendidikan secara talian juga perlu memberikan video psikologi yang boleh membantu pelajar memahami keadaan diri dan orang lain dalam tempoh covid-19

Pendidikan kesihatan mental secara animation juga perlu diberi kepada pelajar dalam talian semasa pembelajaran agar pelajar berminat untuk terus belajar dan tidak tertekan dengan pembelajaran secara ilmiah

Nasional Geografi , juga boleh diberikan kepada pelajar secara dalam talian agar pelajar mempunyai pengetahuan lain selain daripada akademik

Video komedi juga boleh memberi hiburan kepada pelajar yang terlalu bosan dengan pembelajaran di sekolah

Aktiviti menari , menyanyi atau senaman boleh mengurangkan tekanan pelajar yang terperangkap dalam tempoh covid 19

Mengurangkan peperiksaan bertulis kepada 60% dan menambah tugasan yang berbentuk projek atau kajian tindakan 40%

4Q VS JERI

Hidup kita perlu ada keseimbangan dari segi 4 Q iaitu Intelligence Quotient ( IQ) , Emotional Quotient ( EQ), Health Quotient (HQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Kita ingin berjaya dalam hidup bukan sahaja dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah, kesihatan dan kerohanian. Hidup kita bukan satu garisan yang cantik tetapi garisan yang kusut penuh dengan cabaran dan rintangan.

Intelligent Quotient ( Darjah kecerdasan )

IQ merangkumi ilmu pengetahuan, seni, melancong, menguruskan kewangan dengan bijak, kemahiran berfikir yang membolehkan darjah kecerdasan kognitif meningkat dan berkembang ke arah yang positif dan pantas.

Pada tahun 2019, Data dari Forbes.com telah menunjukkan 25 buah negara yang mempunyai IQ tinggi dan enam buah negara Asia yang tertinggi IQ iaitu Singapore (107.1), China (105.8), Hong Kong(105.7), Korea Selatan (104.6), Taiwan dan Jepun. Singapore menawarkan biasiswa kepada pelajar yang bijak dari negara Asia dan China untuk belajar di Singapore. Oleh yang demikian, negara yang saiz sekecil sebiji kacang tanah mampu menjadi sebuah negara yang maju dan dikenali dunia kerana Singpapore berjaya mengumpulkan orang yang mempunyai IQ tinggi bagi mentadbir negaranya dengan penuh berintegriti dan cekap.

Kata Nelson Mandela: ‘Pendidikan ialah satu senjata yang berkuasa yang boleh digunakan bagi mengubah dunia’ . Nelson Mandela mampu menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘Long Walk To Freedom’ semasa beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun kerana beliau rajin membaca. IQ Nelson Mandela tinggi kerana beliau seorang yang ‘High Thinking and High Doing’. Beliau berjaya mempengaruhi dunia dengan kebijaksanaan pemikirannya yang berpandangan positif.

Orang Amerika suka membaca kerana perpustakaan dibina merata-rata dan berdekatan kawasan perumahan yang membolehkan rakyat senang mengunjung ke perpustakaan dan menanam minat membaca buku. Rajin membaca dapat meningkatkan darjah kecerdasan kognitif seseorang. Orang Barat suka melancong dan mereka sanggup mengambil cuti setahun untuk melancong dan menulis jurnal tentang pengembaraan mereka ke negara lain.

Orang Yahudi dikenali bangsa yang bijak kerana pendidikan mereka diberi kebebasan untuk bercakap dan berfikir. Anak muda akan menjalani latihan Khidmat Negara selama tiga tahun selepas tamat sekolah menengah, mereka akan menggunakan wang yang dibayar oleh kerajaan mereka selepas tamat perkhidmatan mereka untuk melancong dan melihat dunia luar. Mereka akan masuk ke Universiti selepas balik dari perlancongan, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari pelancongan dapat membantu mereka membuat perancangan kerjaya yang lebih baik serta meningkatkan darjah kecerdasan kognitif mereka.

Emotional Quotient ( EQ)

EQ merangkumi kebolehan menguruskan emosi, berkomunikasi, kemahiran bersosial, menguruskan konflik, berdisiplin. Orang yang mempunyai IQ tinggi boleh berfungsi dengan baik tetapi orang yang mempunyai EQ yang tinggi dapat berfungsi dengan baik sehingga berjaya dalam hidup mereka. MInda yang positif akan melahirkan emosi yang sihat dan seterusnya dapat melakukan perkara yang baik.

EQ yang tinggi juga dapat membuat pemerhatian yang teliti dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Kita perlu menjaga dan menguruskan emosi kita dengan baik agar tidak menjadi murung sehingga ke tahap mental Disorder.

Orang yang mempunyai EQ yang rendah sering berkonflik dengan orang lain dan akhirnya hidup berseorangan dan jadi murung. Penyelidikan Harvard Universiti menunjukkan bahawa orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi diri dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Emosi yang negatif seperti sampah jika disimpan dalam hati dan minda kita akan tenggelam dan hancur. Oleh yang demikian, luahan hati adalah penting bagi seseorang agar emosi negatif (sampah) dapat dikeluarkan.

Health Quotient (HQ)

HQ ialah kebolehan kita menjaga kesihatan dari segi mental dan fizikal . Sikap yang positif dan gaya hidup yang sihat. Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat sering mengalami kemurungan kerana tidak bersenam, tidak mahu bergerak dan minda terperangkap dalam kesedihan yang mengakibatkan bahan kimia dalam otak menghasilkan stres hormon , akibat daripada itu, badan senang jatuh sakit, tidur terganggu dan tidak boleh memberi tumpuan kepada kehidupan harian serta tidak boleh berfungsi dengan baik. Senaman membolehkan kita berpeluh, mengeluarkan bahan racun dari badan kita, melepaskan stres, minda menghasilkan hormon keseronokan dan perasaan yang gembira, menguatkan sistem imun dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Mempunyai tidur yang cukup dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan darjah kesihatan mental dan fizikal.

Spiritual Quotient (SQ)

SQ merangkumi kerohanian, perhubungan dengan Tuhan. Prinsip Rukun Negara kita yang meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat pertama. Orang yang mempunyai SQ tinggi akan melakukan perkara yang baik dan betul ( Do good and Do Right). Orang sedemikian menyayangi dirinya dan mengambil berat tentang orang lain, menyayangi haiwan, tumbuhan dan bumi. Manusia yang mengikut ajaran Tuhan adalah manusia yang harmoni, memahami perasaan orang , empati dan simpati dengan kesusahan orang lain. Falsafah hidup yang positif dan harmoni, hidup tenang dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Walau bagaimanapun ramai ahli politik yang mengutamakan kuasa dan status mempunyai SQ yang rendah. Melakukan perbuatan rasuah dan tidak ada integriti dalam menjalankan tugas mentadbir negara. Mereka yang berani melakukan perbuatan yang tidak baik kerana tidak percaya adanya kuasa Tuhan, kes bunuh dan kes culik tiada ada penyelesaian walaupun negara kita telah merdeka 63 tahun.

Untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai SQ tinggi, masjid gereja, kuil harus memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keharmonian masyarakat yang tinggal berhampiran dan menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan nilai -nilai murni dan menjalani aktiviti kebajikan agar masyarakat setempat menjadi manusia yang berakhlak mulia dan bersahsiah unggul.

Manusia yang membangkitkan kemarahan orang lain adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhan tetapi menggunakan nama Tuhan untuk menghancurkan keharmonian masyarakat. Orang yang tenang dan sayang kepada orang lain tidak kira bangsa apa adalah orang mempunyai SQ yang tinggi.

Kesimpulan

Permohonan biasiswa atau program di Universiti sering memberi tekanan dalam pemilihan pelajar ialah melihat 4Q seseorang individu. Harvard Universiti memilih pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik (IQ), integriti (SQ), kematangan(EQ) , pengurusan EQ, dan kerja kebajikan (SQ) dan aktif dalam kokurikulum (HQ). Oleh yang demikian, 4Q adalah syarat penting bagi kemasukan ke universiti.

Negara kita telah menggubal Falsafah Pendidikan Negara sejak tahun 1988 bagi melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani (HQ), Emosi (EQ), Rohani (SQ) dan Intelek (IQ), adakah potensi individu berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan? adakah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara?

Pada abad ke 21, ahli politik merebut kuasa dan status, mengejar hidup mewah dengan cara yang haram. Rakyat beremosi, berpecah-belah dan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana pengaruh pemimpin yang tidak ada 4Q atau JERI , Anak muda terikut-ikut dengan contoh pemimpin yang kurang 4Q . Rakyat yang telah melalui proses pendidikan negara tetapi tidak memahami 4Q telah menjejaskan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara perlu diterangkan, diaplikasi dan disemaikan dalam jiwa rakyat agar kita semua dapat hidup damai dan makmur dalam bumi yang bertuah ini, Malaysia.