ANAK ORANG ASLI BOLEH BERBAHASA INGGERIS

Manusia boleh diajar dan dididik menjadi pandai jika disediakan persekitaran yang kondusif . Anak-anak orang Asli boleh berbahasa Inggeris apabila dijaga dan dididik dalam persekitaran yang berbahasa Inggeris. Mereka diajar mengira matematik dengan menghafal jadual kiraan darab seperti cara yang diamalkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina agar mereka cepat mendapat jawapan dan tidak perlu mengira dengan menggunakan jari atau kira satu demi satu dalam kertas.

Jika anak-anak orang Asli yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan kemudahan air dan elektrik, maka mereka akan ketinggalan dalam pendidikan kerana keperluan asas tidak dipenuhi. Oleh yang demikian, mereka perlu dibantu dan dididik agar mereka juga boleh mencapai kecemerlangan dalam akademik seperti pelajar lain di bandar. Anak-anak ini dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dan berdisplin, maka mereka akan menjadi anak bangsa yang berakhlak mulia dan bersahsiah unggul.

Kempen Membaca sering dilaksanakan di sekolah namun masih ada pelajar yang tidak tahu berbahasa Inggeris kerana sering menggunakan bahasa ibuada. Pelajar yang tidak fasih atau lemah dalam bahasa Inggeris tidak ada keyakinan dan memahami masalah apabila berdepan dengan orang lain yang berbahasa Inggeris dan juga kurang menguasai ilmu pengetahuan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Anak-anak orang Asli boleh membaca dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris sekiranya mereka diberi bimbingan lebih dan berlatih menulis jurnal harian dalam bahasa Inggeris yang mudah. Mereka memerlukan dorangan dan motivasi untuk maju diri dan membina matlamat yang ingin dicapai, maka mereka akan berjaya dan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga yang miskin.

Harapan dengan bimbingan dan didikan serta motivasi diberikan kepada anak-anak orang Asli dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris dan Matematik. Peningkatkan ini dapat memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh mencapai kejayaan pada masa hadapan serta memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat mereka khasnya dan negara amnya.

Tinggalkan komen