KES MURUNG PELAJAR KOLEJ

Peristiwa yang dihadapi oleh pelajar

Pelajar sering menangis selama dua minggu, diteman oleh rakan kelas untuk berjumpa dengan kaunselor. Kemurungan pelajar disebabkan oleh tekanan tidak dapat menjawab soalan guru apabila ditanya. Pelajar tidak memahami apa yang diterangkan oleh guru mata pelajaran dan takut menghadapinya.

Latar belakang keluarga

Pelajar berasal dari keluarga yang kedua ibu bapa  tegas dan tiada kebebasan untuk bergaul dengan kawan lain. Pelajar pun tidak pernah meluahkan kepada orang lain atau guru bimbingan dan kaunseling semasa berada di aliran Perdana. Pelajar mengakui bahawa pernah memikirkan bunuh diri sebanyak tiga kali  pada waktu itu. Perasaan yang tidak baik telah dipendam dalam

Punca Masalah

Tekanan kawalan ketat ibu bapa dan sistem pendididkan yang menekankan peperiksaan. Pelajar tidak dapat meluahkan kesedihan kepada sesiapa pun dan hanya dapat diluahkan melalui lukisan. Salah satu hasil gambar yang dilukis ialah gambar yang menunjukkan seorang duduk dan mempunyai banyak tangan dan memeluk dirinya dengan kepala yang tunduk bawah, pelajar menerangkan bahawa lukisan tersebut bermaksud kesakitan dalam dirinya. Pelajar tidak mempunyai aktiviti yang lain selain daripada melukis. Pelajar tidak boleh berkomunikasi dengan kedua ibu bapa yang begitu tegas dengannya. Tekanan juga daripada ibu bapa yang bandingkan prestasi akademik dengan  kakak yang cemerlang dalam akademik.

Pelajar telah menjauhi aktiviti belia yang dianjurkan oleh pihak pusat agama kerana rasa ingin rasa bebas. Hati dan jiwa pelajar masih tidak tenang walaupun rakan-rakan telah berdoa untuk menghilangkan kemurungannya.

Tindakan yang perlu dibuat oleh pelajar

Pelajar digalakkan membuat aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan tekanan yang dihadapinya, pelajar perlu bertindak untuk  meminta bantuan daripada rakan dan guru dalam mata pelajaran yang kurang jelas agar dapat menjawab semasa guru menanya soalan di dalam kelas. Pelajar digalakkan melukis jurnal dan melukis apabila ada masa lapang. Pelajar akan dipantau oleh kaunselor.  Sokongan moral daripada ibu bapa, rakan dan guru adalah sangat penting dalam membantu pelajar menghadapi kemurungannya.

 

KES KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ

Pelajar A telah mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini kerana kerisauan tentang peperiksaan akhir tahun. Pelajar sering menangis dan memikirkan perkara yang negative terhadap rakan-rakannya. Pelajar A tidak dapat tidur dengan baik dan tidak ada selera makan, badan kurus dan emosi tidak stabil.

Punca kemurungan ialah pelajar tidak pernah meluahkan perasaan yang negative kepada orang lain sejak kecil lagi, perasaan negative telah disimpan dalam minda tidak sedar. Pelajar hanya memahami 10% tentang perkara yang berlaku pada dirinya kerana perkara tersebut berada dalam minda sedar. 90% yang tersimpan dalam minda tidak sedar menyebabkannya mengalami kemurungan, kesedihan dan kerisauan.

90% perkara yang tersimpan dalam minda tidak sedar ialah tidak menguruskan emosi negatif sejak kecil lagi, Anak bongsu yang kesunyian, hubungan yang kurang rapat dengan abang dan kakaknya kerana jarak umur yang besar , ibu bapa yang sibuk dengan kerja mereka. Emosi yang tidak baik atau sampah telah lama terpendam dalam diri pelajar sehingga hilang kawalan emosinya.

Luahan emosi yang tidak baik boleh dibuat dengan menulis jurnal atau membuat sesi dengan kaunselor.

Pelajar tidak mempunyai aktiviti fizikal atau melakukan senaman. Hobi Utama yang ada pada dirinya ialah mendengar muzik. Aktiviti fizikal boleh membantu menghilangkan tekanan, kemurungan atau kerisauan. Pelajar A boleh mendapatkan tenaga positif melalui aktiviti fizikal seperti berbasikal, berenang, bermain badminton dan sebagainya. Pergerakkan badan dapat mengurangkan kemurungan dan kerisauannya kerana pemikiran pada masa itu memberi tumpuan kepada pergerakan badan.

Pelajar memerlukan rehat dan tidur yang cukup dengan mendapatkan vitamin dari kedai farmasi atau berjumpa dengan doktor. Rehat dan tidur yang cukup adalah penting bagi melahirkan  mental yang sihat dan cergas.

Pelajar  yang menghadapi tekanan pembelajaran dalam pembentangan kerja kursus boleh diatasi dengan bantuan rakan-rakan dan membina keyakinan dengan melakukan latihan pembentangan yang lebih di depan cermin.

Memberi input positif kepada dirinya melalui bacaan bahan positif atau melakukan perkara yang relax bagi meningkatkan semangat hidup dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup.

Tidur dan rehat yang cukup , input positif pada pemikirannya melalui bacaan, pengurusan emosi dengan baik, aktiviti yang sihat dan sesi kaunseling dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan dan kerisauan yang dialami dalam hidup.

KES ‘AH GUA’

Kes murid dirotan oleh guru kerana memanggil guru ‘Ah Gua’. Tingkah laku murid tersebut menunjukkan bahawa nilai hormat tidak ada pada murid tersebut.

Guru juga seorang manusia yang mempunyai perasaan. Guru yang mempunyai tekanan kerja atau peribadi tidak dapat mengawal dirinya dalam keadaan sedemikian. Maka berlakulah tingkah laku yang tidak dapat dikawal dan memikir secara rasional pada ketika itu.

Kes tersebut menunjukkan kemerosotan sahsiah dalam kalangan murid. Murid yang tidak menghormati guru tidak diambilberat oleh pihak pentadbiran. Pihak Pentadbiran sering menekankan kecemerlangan akademik dan memberi anugerah kepada guru yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid di sekolah.

Semua guru di sekolah seharusnya mendidik anak murid dalam bidang sahsiah, malah apa yang berlaku di sekolah pada zaman sekarang ialah guru yang sibuk mengajar untuk menghabiskan sukatan tidak mempunyai masa untuk mendidik anak muridnya. Guru yang tertekan dengan kerja mengajar dan menjalankan program sekolah, program Jabatan dan program kementerian. Walau bagaimanapun masih ada sebilangan kecil guru yang ikhlas, penyayang dan berhati mulia sanggup mengorbankan masa bagi mendidik dan menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Empat fokus Utama Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)ialah dalam bidang sahsiah, disiplin , halatuju kerjaya dan kesejahteraan mental.

Jepun merupakan contoh yang terbaik dalam bidang sahsiah. Rakyat Jepun terkenal dengan budaya yang bersih, bersopan dan selamat. Ahli politik Jepun yang melakukan kesilapan sanggup meminta maaf dari khalayak ramai dan meletak jawatan.  Syarat kemasukan ke Harvard Universiti bukan hanya mementingkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, tetapi sahsiah yang mulia termasuk nilai intergriti, kematangan, kestabilan emosi dan kerja amal yang ada pada diri individu itu. Murid perlu tahu nilai murni ini adalah penting bagi masa depan dan penentu Utama dalam pemohonan biasiswa dan program di universiti. GBK perlu mendidik dan memberi kesedaran kepada anak murid bahawa sahsiah tidak boleh diabaikan.

Peranan GBK di sekolah seharusnya memberi tumpuan dan fokus kepada Pendidikan, program atau aktiviti yang boleh meningkatkan sahsiah murid. Guru memberi penghargaan kepada anak murid yang menunjukkan sahsiah yang baik pada waktu perhimpunan pagi. Guru mengisi amalan baik murid dalam SSDM. Murid bercakap tentang nilai murni melalui  ‘Speaker Corner’ sewaktu rehat atau perhimpunan pagi. Aktiviti kerohanian menekankan dan menerapkan nilai murni dalam kalangan anak murid. Pertandingan poster, esei atau video tentang nilai murni murid. Lakonan, bahas dan lagu boleh dibuat dengan mengaitkan nilai murni dan akhlak mulia murid.

Pendidikan enam tahun di sekolah rendah di negara Jepun hanya menekankan amalan nilai murni dalam kalangan anak murid. Kesannya semua lapisan rakyat Jepun adalah bersopan dan mempunyai akhlak yang mulia. Rakyat yang bersahsiah tinggi adalah penting bagi mewujudkan keharmonian dan kemakmuran negara.