PERSEDIAAN PENTING BAGI SEORANG GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PADA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Dua perkara yang penting dan perlu disediakan oleh seorang guru bimbingan dan kaunseling pada awal persekolahan ialah watikah lantikan dan OPPM ( one page project manager). Selalunya sebelum cuti akhir tahun pihak pengurusan dan pentadbiran akan bincang dan menetapkan jawatan guru dalam program sekolah dan takwim sekolah pada tahun yang akan datang. Apabila GBK telah mendapat takwim sekolah dan senaraikan jawatan yang dipegang dalam semua program sekolah dalam watikah lantikan, contoh berikut adalah watikah lantikan saya di kolej tingkatan enam

BIDANGJAWATANSASARAN KEBERHASILAN
Pengurusan & Pentadbiran1.Penyelaras Program Guru Penyayang
2.SU My Portfolie /MyPPB  
3.AJK Pengurusan Kewangan
4.AJK Seranta &Perhubungan  Luar
5.AJK Buku Pengurusan
6.AJK Pengurusan ICT    
1.Pencapaian penilaian kendiri Amalan Guru Penyayang mencapai 93%
2.Memastikan data kursus guru-guru (SPLKPM / MyPPB ) lengkap100% 3.Memastikan Anggaran Belanja Mengurus Kewangan dapat dicapai 96%
4.Mengenalpasti kerjasama IPTA/IPTS untuk program kolej daripada 15 ke 20
5.Mengenalpasti buku pengurusan 2022 dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan
6.Mengemaskini maklumat gambar melebihi 23 aktiviti di facebook dan Instagram KTEDM
KurikulumAJK Kurikulum AJK Kerja Kursus      1.Mendapat skor komposit std 3.1 sebanyak 97.57%
2.Memastikan skor komposit std 4.0 sebanyak 93.29%
3.Pencapaian CGPA STPM 3.23%
4.Peratus lulus STPM 100%
5.Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam STPM 37 orang
6.100% pelajar menyiapkan kerja kursus
Hal Ehwal Murid1.SU Bimbingan & Kaunseling
2.AJK Unit Disiplin        
3.SU Minggu Orientasi Ting.6  
4.AJK PPDa
5.AJK Bilik Kaunseling    
1.Membuat sesi individu sebanyak 75 sesi dan 20sesi kelompok dalam tempoh 6 bulan
2.Skor komposit std SPMg2 3.3 mencapai 95.18%  
2.1Peratus kehadiran pelajar mencapai 96.76%
2.2.Kemenjadian pelajar 91%
2.3Amalan Guru Penyayang mencapai 93% ke atas
3.Pelajar Sem 1 dapat mengenali kolej dan warga kolej 95%
4. 30 orang pelajar terpilih dapat menjalani ujian urin
5.Bilik Kaunseling mendapat anugerah sekurang-kurangnya empat bintang 98.63%
4.1Pengurusan bilik khas mendapat sijil 20%  
Kokurikulum1.Ketua Guru  Penasihat Kelab Bimbingan dan Kerjaya
2.Guru Penasihat Pembimbing Rakan Sebaya
3.Guru Penasihat Bola Keranjang
4.Guru Penasihat Pengakap Kelana  
1.Pencapaian kemenangan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan kokurikulum sebanyak 91%
2.Penyertaan pelajar dalam pertandingan sebanyak 100%
3.Kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum sebanyak 99.55%
4.Pencapaian cemerlang pelajar dalam kokurikulum sebanyak 99.0%  

Watikah lantikan adalah penting bagi GBK membuat persediaan dan jelas apa yang hendak dicapai pada akhir tahun dan ini akan membantu GBK bermatlamat dan sehala dengan kpi pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.

seterusnya ialah contoh OPPM

OPPM adalah penting bagi GBK melihat program yang penting dan perlu dilaksanakan dengan penggunaan peruntukan pcg Bimbingan dan kaunseling dengan cermat. perancangan awal sedemikian dapat membantu GBK menjalankan tugas degan baik dan berkesan .