KES HISTERIA

Apabila adanya pelajar pengsan, mengamuk, menjerit  atau melawan seolah-olah ada kuasa di dalam diri pelajar yang menganggu sehingga pelajar tidak sedar atau hilang kawalan. Ramai orang yang percaya ini adalah kes histeria yang berpunca dari gangguan spirit atau kuasa sihir yang tidak baik. Pelajar akan berdoa untuk menenangkan mangsa hysteria dan pelajar lain yang menyaksikan keadaan tersebut berasa takut dan terpengaruh dengan kuasa tersebut dan hamper kehilangan kawalan diri.

Mangsa hysteria adalah kalangan orang yang suka menonton cerita hantu, membaca buku kait dengan pembunuhan misteri, mengalami tekanan dari ibu atau bapa yang agresif terutama ibu bapa yang berjawatan tentera. Ibu bapa yang berasal dari keluarga yang ada kes penganiayaan . Mangsa yang suka berseorangan, tidak suka bercakap, pendiam dan pasif.

Dari segi psikologi apa yang berlaku pada diri pelajar adalah reaksi psikologi yang dikenali sebagai  ‘fight, flight atau freeze’. Walter Canon , seorang ahli psikologi Amerika Syarikat telah memperkenalkan reaksi psikologi ini pada tahun 1920an. Apabila seseorang yang mengalami tekanan terlalu lama, tidak pernah meluahkan perasaan dan emosi negative ini, maka sampai tahap badan akan bertindak terhadap stres yang kritikal ini dalam tiga keadaan iaitu fight, flight atau freeze, contoh apabila berdepan dengan harimau, badan secara automatik akan bertindak ‘fight’ menangis atau menjerit , ‘flight’ melarikan diri, dan ‘freeze’ tidak bergerak atau tidak buat apa-apa.

Pelajar yang menghadapi tekanan yang terlalu lama dan menjadi kritikal sama ada dari ibu bapa yang agresitf, rakan-rakan yang suka membuli, atau pembelajaran yang susah difahami dan kerja projek yang perlu dihantar dalam tempoh singkat. pelajar akan ‘fight’  apabila tidak dapat mengawal dirinya lagi dengan menjerit, menangis atau mengamuk. Pelajar yang mengalami ‘flight’ tidak ingin berdepan dengan tekanan kerja yang perlu disiapkan , pelajar akan pergi karaoke, melepak dengan kawan atau tidur sahaja manakala pelajar yang mengalami keadaan ‘freeze’ tidak buat apa- apa. Minda ‘blank’.

Pelajar perlu memahami tindakbalas psikologi dalam badannya agar dapat menangani tekanan dengan baik. Sesi kaunseling individu adalah perlu untuk mangsa hysteria kerana mangsa mungkin tidak sedar tentang tekanan yang dihadapinya. Kaunselor membawa mangsa menerokai dunia dalaman untuk mencari di mana datangnya tekanan tersebut  yang meberi tekanan kritikal sehingga mangsa tidak dapat mengawal dirinya.

Terapi digunakan untuk membantu mangsa yang tidak boleh meluahkan perasaannya.  Expresive terapi, play terapi, music terapi , sandtray terapi , art terapi digunakan untuk membantu mangsa meluahkan perasaan yang terpendam dalam minda tidak sedar.

Kemahiran menangani tekanan ialah dengan menggunakan Teknik JERI dan SSEL. Teknik JERI ialah Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Jika berdoa dapat menenangkan jiwa mangsa hysteria adalah perlu mengamalkan agar mangsa dapat menguatkan semangat untuk melawan segala rintangan dan cabaran hidup. Apabila mangsa dapat menenangkan hati dan jiwa, maka emosi dapat dikawal, mangsa juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, berkomunikasi dengan orang lain. Membaca buku yang memberi motivasi atau memberi kesejahteraan kepada mental.

Teknik SSEL iaitu Sleep, Sing, Exercise dan Laugh ialah tidur yang cukup 8 jam, pelajar sering mengalami ganggu tidur, tidur 4 jam kerana menyiapkan projek. Hormon stress yang melampau akan menyebabkan mangsa hysteria tidak dapat tidur dengan baik, tidak boleh focus, tahap gula dan tekanan darah meningkat, immune system merosot dan senang dijangkiti kuman atau jatuh sakit. Menyanyi juga dapat membantu mangsa bernafas dengan lancar dan menenangkan jiwanya. Mangsa hysteria sering tidak dapat bernafas dengan baik kerana denyutan jantung cepat atau tidak lancar. Senaman dapat membantu mangsa hysteria meluahkan emosi yang tidak baik, melapangkan fikiran yang tertekan dan pergerakan badan dapat merawat jiwa yang tidak tenang. Akhirnya sekali perlu ketawa sebanyak 3 kali sehari. Bermain, berjenaka dengan rakan atau menonton tayangan gambar komedi dapat membuka minda yang tertekan dan melegakan badan yang tegang.

Dalam zaman Revolusi 4.0 pada abad ke- 21, adalah perlu bagi kaunselor meningkatkan ilmu psikologi dan profesionalime kaunseling agar dapat membantu mangsa hysteria dalam menangani masalah peribadi mereka dengan lebih baik dan berkesan