TERIMA KASIH MALAYSIA

Terima kasih Malaysia, sebuah negara yang saya cinta sekali. Kaya dengan kebudayaan , agama dan bangsa yang berlainan hidup harmoni di bawah Prinsip Rukun Negara yang meletakkan Tuhan di tempat pertama.

Malaysia tidak seperti negara Indonesia yang terlalu ‘Melayu’ atau Singapore yang terlalu ‘Cina’. Malaysia adalah unik dan seimbang dari semua segi. Malaysia mempunyai pulau yang tenang seperti Pulau Pinang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor , Pulau Tioman dan  bukit yang indah seperti Cameron Highland, Genting Highland.  Malaysia seperti syurga yang membolehkan rakyat menikmati keindahan alam semula jadi. Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, sibuk perjalanan di high way pada musim cuti sekolah atau cuti awam.

Terima kasih Malaysia kerana hidup susah menjadikan kita tabah. Susah mendapat tempat di Universiti menjadikan kita lebih berusaha, lebih tekun dan lebih berazam untuk mencapai matlamat kita. Jika kita dimanjakan dengan segala bantuan saya percaya usaha dan keyakinan tidak mencapai maksimanya.

Terima kasih Malaysia kerana berpeluang mempelajari tiga Bahasa. Mampu berkomunikasi dengan orang berbilang bangsa, dapat membaca buku dari berbilang Bahasa dan dapat memahami apa yang berlaku di negara luar.

Segala yang baik adalah dari Tuhan, yang tidak baik adalah dari  manusia yang memisahkan , menceraikan , meruntuhkan dan merosakkan segala kebahagiaan yang diberikan oleh Tuhan. Manusia yang tiada keTuhanan menghancurkan segala yang ada demi kuasa dan kebendaan duniawi. Jika berpegang kepada ajaran agama yang suci, hati sentiasa tenang dan pemikiran positif, maka tingkah laku manusia menjadi baik.

Terima kasih Malaysia. Hidup susah mengajar kita berjimat cermat, berfikir sebelum bertindak, menghargai segala yang ada dan bersyukur kepada Tuhan.

Terima kasih Malaysia. Rakyat yang berbilang kaum sentiasa mendoakan keharmonian dan kebahagiaan Malaysia untuk selama-lamanya.