Pencemaran Minda Remaja Akibat Terdedah Bahan Lucah

Golongan remaja adalah golongan yang sedang menghadapi transisi dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Perubahan berlaku dari segi mental, emosi dan fizikalnya dalam tempoh tersebut. Pemikiran mental yang ingin tahu, berani memberontak, dan senang terpengaruh dengan rakan sebaya mengakibatkan golongan remaja begitu senang terdedah dengan bahan lucah. Remaja kini tidak seperti orang zaman dahulu yang minda begitu suci dan bersih tetapi senang terpengaruh dengan bahan lucah sama ada melalui TV, bahan bacaan, internet atau telefon bimbit. Remaja yang kurang bersosial dapat memenuhi masanya dengan melayani telefon bimbit sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ibu bapa yang sibuk mengejar dunia kebendaan telah mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengenalpasti minda anak remaja mereka tidak tercemar dengan bahan lucah. Hubungan sex dalam kalangan remaja telah menjadi perkara biasa dalam hidup mereka.

Anak remaja kini dapat melihat video lucah melalui telefon bimbit di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Pencemaran minda telah menyebabkan emosi mereka terangsang dan tingkah laku yang seterusnya melakukan aktiviti sex dengan pasangan yang sudi atau cara paksa. Mangsa hubungan sex bukan lagi anak perempuan sahaja malah anak lelaki juga boleh dijadikan pasangannya dalam melakukan hubungan sex di sekolah, taman atau panggung wayang.

Papan iklan di sekitar bandar yang memaparkan ‘adult’s toy’ juga akan mempengaruhi anak remaja kini yang mempunyai pemikiran ingin tahu dan berani cuba. Gambar-gambar lucah boleh dilihat dalam buku-buku kartun di kedai buku.

Ibu bapa atau penjaga perlu berusaha membimbing anak remaja mereka ke arah pemikiran yang sihat dan positif. Didikan agama adalah penting bagi menyemai benih positif dalam pemikiran mereka agar mereka tidak melakukan perkara yang berdosa dalam hidup mereka.

Aktiviti dan kegiatan sihat harus dijadikan gaya hidup anak remaja seperti terlibat dalam permainan Badminton, persatuan atau badan beruniform seperti Pengakap atau Kadet Polis. Aktiviti sihat dapat mengalihkan fokus mereka ke arah yang positif dan berdisiplin.

Pengurusan emosi harus dtitikberatkan sebab emosi yang negatif adalah sampah yang perlu dikeluarkan agar tidak terkumpul dalam hati dan minda anak remaja. Pengurusan emosi yang negatif dengan baik dapat mengalihkan tumpuan anak remaja dari perbuatan yang tidak sihat.

Ben Carson seorang anak berkulit hitam Amerika sering digelar sibodoh oleh rakan-rakannya kerana tidak pandai dalam pembelajarannya. Ibu yang memaksanya membaca dua buah buku  yang dipinjam dari perpustakaan  pada setiap minggu dan melaporkan kepada ibu apa yang dibacanya. Ben akhirnya telah berjaya menjadi seorang doktor pakar pembedah otak yang terkenal di dunia. Ilmu adalah penting bagi memenuhi pemikiran anak remaja ke arah kejayaan pada masa hadapan. Malangnya  anak remaja Malaysia tidak suka membaca. Oleh yang demikian, ibu bapa memalinkan peranan dan tanggungjawab yang penting terlibat bersama anak remaja dalam membina sikap suka membaca, mengamalkan aktiviti yang sihat, pengurusan emosi dengan baik dan didikan ajaran agama yang baik. Dengan langkah-langkah tersebut dapat memberi input positif kepada pemikiran anak remaja , berakhlak mulia, berdisiplin dan bertingkah laku positif dan seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

.

Tinggalkan komen