HILANG MOTIVASI SELEPAS PANDEMIK COVID 19

Ramai kalangan pelajar universiti yang belajar secara talian hilang motivasi untuk belajar apabila mereka menghadapi kesukaran dalam memahami pembelajaran yang diajar oleh pensyarah universiti. Kesan tersebut juga menyebabkan pelajar mengambil keputusan berhenti belajar. Begitu juga dengan pelajar di sekolah yang kabur dengan matlamat masa hadapan dan tiada hala tuju akan tercicir dengan keadaan pembelajaran secara talian. Pendidikan keluarga yang kurang kasih sayang, kurang didikan agama dan kurang tegas juga akan menyebabkan anak-anak yang tidak minat belajar hilang dari sistem pendidikan yang selama ini agak membosankan mereka.

Pelajar yang masih berazam, berwawasan dan berusaha bagi mencapai matlamatnya akan terus belajar atas talian. Displin diri amat penting dan perlu bagi seseorang pelajar dalam tempoh pandemik agar masa dapat diuruskan dengan baik dan kerja sekolah dapat disiapkan. Motivasi guru dan ibu bapa adalah penting bagi menggalakkan pelajar terus belajar dan tidak putus asa dalam tempoh pandemik.

Ramai ibu bapa yang kehilangan kerja dan pendapatan akibat pandemik turut mengalami kemurungan dan konflik keluarga, manakala anak-anak ketagih dengan permainan komputer akibat banyak pendedahan komputer atau telefon bimbit atas talian.

Ada juga yang masih boleh menjalankan aktiviti yang sihat seperti berbasikal dalam kawasan perumahan dan kawasan taman yang berdekatan. Ada juga yang boleh mengikuti ilmu atas talian yang memberi semangat dan motivasi kepada dirinya. Manusia ada pilihan, pilih yang baik dan positif tapi manusia terperangkap dalam keadaan persekitaran yang negatif dan perkara yang tidak baik.

Nelson Mandela boleh menghasilkan buku yang bertajuk ‘ Long Walk to Freedom’ semasa beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun, tempoh pandemik ini hanya berlangsung selama setahun lebih boleh menghapuskan semangat pelajar kerana anak murid sekarang kurang minat ilmu tetapi ketagih media massa yang canggih dan menarik.

Peranan guru, guru bimbingan dan kaunseling , kaunselor sekolah amat penting dalam mengembalikan semangat pelajar dan hala tuju pelajar kepada matlamat utamanya , memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dan pendidikan boleh mengubah hidupnya di masa hadapan.

Tinggalkan komen