RADIO IFM

Tuhan memberikan manusia satu mulut dan dua telinga agar manusia menjadi pendengar yang baik. Saya merupakan pendengar yang baik bukan sahaja dari segi kaunseling tetapi kepada radio station. Saya akan mendengar radio IFM pada waktu pagi di dapur setiap hari semasa saya membuat persediaan sarapan pagi bagi keluarga. Bersyukur kerana dapat belajar pelbagai ilmu dari radio station yang merangkumi bidang kaunseling, kesihatan, perundangan, politik , berita penting, bidang muzik , bacaan artikel yang baik dan nilai moral dalam agama islam . Satu keisitimewaan radio kini ialah dapat berkomunikasi dengan pendengar melalui whasapp. Komunikasi dua hala menjadi radio station lebih menarik.

Saya sering menggalakkan pelajar saya mendengar radio terutama berita dunia agar mereka sedar apa yang berlaku di persekitaran dan dunia pada hari ini. Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang penting yang mana pelajar perlu mempunyai ilmu yang luas tentang negara dan dunia luar. Syarat khas dalam Program Undang-undang di Universiti Malaya ialah mata pelajaran Pengajian Am sekurang-kurangnya A-.

Bidang yang paling saya minati ialah bidang kaunseling dan kesihatan. Bidang tersebut dapat membantu saya mempertingkatkan kemahiran saya dalam bidang kaunseling dan penjagaan kesihatan yang baik. Alangkah baiknya semua orang dapat menggunakan masa dengan lebih berfaedah dengan mendengar radio station pada bila bila masa. Banduan yang berseorangan dan murung di penjara boleh program minda mereka ke arah yang positif dengan memberi peluang kepada mereka mendengar radio station. Bidang kaunseling dapat memberi kesedaran kepada mereka dan membantu mereka membuat perubahan yang positif dari segi mental dan fizikal.

Anak remaja kini yang ketagih dengan permainan internet dan hidup dalam dunia digital yang asing dari dunia luar jika dapat didedahkan dengan berita dulu sebelum bermain ‘games’ dapat membantu mereka menerap ilmu yang penting tetapi malangnya permainan komputer diterap nilai-nilai yang negatif dan mencemarkan minda anak remaja. oleh yang demikian, sistem pendidikan kita sangat penting perlu mendidik pelajar mendengar berita dari radio station dan mata pelajaran psikologi amat perlu diterapkan ke dalam jadual belajar harian agar pelajar dapat belajar mengurukan diri, menguruskan emosi, membina sahsiah diri , menguruskan stres dan sebagainya . Tokoh yang sangat dihormati oleh dunia iaitu Nelson Mandela masih boleh belajar dan menghasilkan sebuah buku ‘Long walk to freedom’ walaupun beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun. Pelajar kita patut mengambil iktibar dan teladan tokoh yang memberi impak kepada dunia, tokoh yang memberi inspirasi kepada dunia patut dicontohi.

Radio station memainkan peranan yang penting terutama di dalam tempoh covid 19 , lagu bukan sahaja dapat memberi hiburan kepada orang ramai, malah dapat memberi ilmu yang penting kepada orang awam. Jemputan tetamu IFM perlu profesional dan berkualiti. Harapan IFM dapat memilih lagu yang lebih bermakna dan sebab-sebab lagu tersebut dihasilkan dapat memberi makna kepada orang ramai. Salah satu contoh penulis lagu yang bermakna ialah Erik Moo. Lirik bermakna dan lagunya dapat menyentuh perasaan orang ramai. Anak jati Melayu Firdhaus Farmizi berumur 22 tahun dapat menyentuh hati orang ramai terutama di negara China dengan lagu ciptanya berjudul ‘Gulf of Alaska’ tular menerusi aplikasi Tik Tok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan. Kejayaan beliau patut dijadikan satu dorongan kepada anak muda kini. Wawasan, usaha dan sikap positif yang membawa kejayaan kepada anak jati Melayu ini.

Program yang dirancang dalam IFM menentukan betapa penting dalam membuka minda orang ramai kepada perkara yang positif dan menenangkan jiwa manusia yang cepat murung terutama dalam tempoh pandemik Covid 19 ini, oleh yang demikian, semoga radio station harus sentiasa mengemaskini maklumat penting dan perkara penting dalam kehidupan manusia yang boleh memberi rangsangan, semangat dan harapan kepada pendengarnya sepanjang masa.

PERSEDIAAN PENTING UNTUK PERMOHONAN UPU SELEPAS STPM

Pelajar tingkatan enam yang berada di tingkatan enam sebilangan besar masih tidak pasti tentang halatuju selepas STPM. Oleh yang demikian, kaunselor perlu memainkan peranan agar pelajar dapat mengenalpasti halatuju mereka selepas STPM.

Pengambilan pelajar ke universiti tidak lagi hanya melihat kecemerlangan akademik tetapi melihat sikap, sahsiah dan emosi pelajar. Harvard Universiti, USA yang merupakan universiti Utama dan terkenal di dunia mengambil pelajar yang berintegriti, matang, emosi yang stabil dan kerja amal yang dilakukannya. Pelajar yang membuat permohonan ke Universiti di Singapore juga perlu menulis esei sebanyak 350 patah perkataan tentang apa yang dilakukan oleh individu tersebut dan memberi impak kepada orang lain.

Pelajar yang mendapat pngk 4.0 tidak mendapat tawaran program pergigian di USM sedangkan pelajar yang mendapat pngk 3.75 telah berjaya mendapat tawaran bagi program tersebut. Temuduga yang menentukan calon mana yang layak mendapat program yang ditawarkan. Pelajar seharusnya mengambil berat tentang pembentukan sahsiah unggul dan sikap yang positif selain dari pencapaian akademik yang cemerlang.

Pelajar perlu tahu tentang syarat am dan syarat khas apabila membuat permohonan program UPU. Pelajar dari aliran Sains atau Sastera yang ingin memohon program Undang-undang di UM perlu mendapat sekurang-kurangnya pngk 3.0 , mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam Pengajian Am, Gred B+ dalam BM dan Gred A- dalam BI, Muet band 4. Manakala program Undang-undang di UUM perlu mendapat pngk sekurang-kurangnya 2.75, Gred B dalam mata pelajaran Sejarah, Gred C dalam BM dan BI dalam SPM. Muet band 4 atau Muet band 3 dan BI A- dalam SPM.

Ramai pelajar yang membuat permohonan UPU dan meletakkan 12 pilihan program tidak membuat semakan syarat khas bagi program tersebut. Malah ada yang malas hendak mengisi 12 pilihan program hanya mengisi 5 pilihan sahaja. akibat daripada sikap ‘tidak apa’ dan tidak membuat semakan , tidak berbincang dengan kaunselor maka ini akan menyebabkan mereka tidak berjaya mendapat tawaran di Universiti.

Ada juga pelajar yang telah membuat 12 pilihan program tetapi tidak berminat hendak melanjutkan pelajaran ke Universiti awam apabila mereka ditawarkan program pilihan mereka. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak sanggup meninggalkan keluarga mereka dan pergi ke tempat yang jauh untuk belajar.

Ada yang tidak membuat permohonan UPU kerana mempunyai masalah kewangan atau masalah keluarga. Pelajar dinasihatkan membuat permohoan UPU dan membuat tangguhan satu semester dengan memberikan surat kepada pihak universiti sekiranya mereka tidak dapat meneruskan pelajaran pada ketika itu.

Ada yang kerja selepas STPM sehingga lupa membuat permohonan UPU dan pelajar ini tidak dapat membuat rayuan kerana tidak membuat permohonan UPU. Universiti awam akan memberi peluang kepada pelajar yang gagal dalam permohonan UPU fasa 1 dan 2 untuk membuat permohonan tersebut. Walau bagaimanapun, pilihan program yang ditawarkan oleh universiti adalah terhad

Pelajar sering lupa kata laluan selepas pendaftaran pertama dalam permohonan UPU dan ada yang tidak mengisi maklumat dengan lengkap seperti ibu bapa yang hanya memiliki kad pengenalan merah atau ibu bapa bukan warganegara Malaysia. Begitu juga dengan pelajar yang mempunyai sijil kelahiran yang mana tidak ada maklumat bapa kandungan, pelajar masih boleh mengisi maklumat tersebut dengan menggunakan no kad pengenalan pakcik atau saudara untuk membuat pendaftaran tersebut.

Pelajar harus menyemak Tarikh penting permohonan UPU atau Tarikh Pembelian No Pin di BSN dengan menurun muat UPU App di dalam telefon bimbit agar semakan senang dibuat pada bila-bila masa.

Pelajar tingkatan enam perlu merujuk kaunselor atau guru kelas atau guru mata pelajaran sekiranya menghadapi masalah dalam permohonan UPU. Pelajar juga boleh mendapat maklumat dari pihak UPU melalui emel UPU.

Pada keseluruhnanya, pelajar harus bertanggungjawab untuk membuat semakan syarat khas bagi 12 pilihan program dengan teliti dan sebarang program yang perlu temuduga pelajar perlu menunjukkan bakat, keyakinan dan persediaan yang cukup sebelum temuduga dijalankan. Pelajar yang gagal dalam permohonan UPU pertama jangan putus asa, membuat pilihan 4 program dengan teliti dan masih tidak dapat tawaran selepas fasa 2, pelajar perlu rajin menyemak pengiklanan tawaran program ‘second intake’ di laman rasmi universiti .

AMALAN ‘HIGH THINKING HIGH DOING ‘ ADALAH PERLU BAGI PELAJAR KOLEJ TINGKATAN ENAM DALAM ABAD KE-21

Pelajar kolej tingkatan enam yang malas berfikir ( Low Thinking) dan malas membuat kerja kursus atau latihan (Low Doing) yang diberikan oleh guru mata pelajarannya adalah pelajar yang pasif, tidak boleh mengikuti mata pelajaran yang disampaikan oleh guru di tingkatan enam. Pelajar sedemikian sering tidak menyiapkan tugasannya kerana tidak memahami mata pelajaran yang diajar oleh guru mata pelajaran, ponteng dan tidak hadir ke sekolah serta gagal dalam peperiksaan STPM. Ada yang berhenti belajar apabila mereka tidak sanggup menghadapi tekanan yang dihadapi di tingkatan enam.

Manakala Pelajar yang berfikir secara mendalam (High thinking bu) tetapi malas membuat kerja kursus atau latihan( Low Doing) yang disampaikan oleh guru adalah pelajar yang bijak menganalisis tetapi malas menyiapkan tugasannya. Pelajar sedemikian sering menyiapkan tugasan pada saat akhir atau terpaksa dipanggil oleh pengetua atau gurunya. Ada juga pelajar terpaksa dibimbing secara peribadi oleh guru mata pelajaranya agar kerja kursusnya dapat disiapkan.

Pelajar yang rajin menyiapkan tugasan (High Thinking) yang diberikan oleh gurunya tetapi malas berfikir (Low Thinking). Pelajar sedemikian sering membuat kesilapan dalam tugasan atau mencapai markah yang sederhana dalam tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar sedemikian rajin membuat pembetulan dan akhirnya dapat juga menyiapkan tugasannya.

Pelajar yang berfikir secara mendalam (High Thinking) dan rajin menyiapkan tugasan yang diberikan (High Doing), rajin membaca, menonton video pendidikan globalisasi adalah pelajar yang dinamik iaitu pelajar yang penuh bertenaga dan idea baru serta bersikap positif dalam personalitinya. Pelajar yang mengamalkan ‘High Thinking and High Doing’ mampu dan berupaya menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang berlaku di dunia hari ini. Pelajar sedemikian bukan cemerlang dari segi akademik sahaja tetapi juga dalam sahsiah dirinya.

Pelajar juga bijak menyoal kerana perasaan ingin tahu atau dahagakan ilmu yang ingin dipelajari, pelajar mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.Pelajar yang rajin membaca, mencari informasi baru dari dunia luar, dapat menjana idea baru.Pelajar berani mencuba idea baru dan sanggup mengambil risiko dengan cabaran dunia hari ini yang diserang Covid-19.

Pelajar perlu fleksibel dengan situasi dan keadaan pandemik hari ini dengan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara talian serta melakukan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara talian .

Pelajar yang mengamalkan ‘High Thinking and High Doing’ adalah lebih tabah dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.

Pelajar juga perlu banyak mendengar dan membuat refleksi, kemudian berfikir secara kritis dalam pengajaran dan pembelajarannya membolehkan pelajar mampu bekerja dengan orang lain dalam menjana idea baru dan membuat perubahan baru.

Dalam menyediakan generasi yang akan datang berdepan dengan era industri 4.0, pelajar kolej tingkatan enam perlu berintegriti, berkeperibadian tinggi, berinisiatif dan ‘High Thinking and High Doing’ dalam segala hal agar dapat menghadapi cabaran dan keadaan yang tidak pasti dalam persaingan globalisasi dan menemu solusi di masa hadapan.

RASUAH VS INTEGRITI

Rasuah masih berleluasa sehingga hari ini walau pun negara kita telah lama mengamalkan prinsip rukun negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Hanya orang yang tidak percaya kepada Tuhan boleh melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong tetapi masih berlakunya rasuah di kalangan mereka yang mengangkat sumpah jawatan.

Kursus E- Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) yang bertajuk Integriti penjawat awam namun masih berlakunya rasuah. Seolah-olah ia telah menjadi budaya kita ‘its ok to do that’.

kalau dalam unit keluarga, anak-anak kita yang makan rasuah, kita sebagai ibu bapa perlu memberi teguran yang tegas dan didikan agar anak-anak tidak menjadi penjenayah di masa hadapan.

Amalan rasuah masih berlaku kerana faktor pertama ialah kelemahan diri yang tamak , ingin menikmati kekayaan tanpa usaha, hidup mewah dan anggap wang itu adalah Tuhannya. Sebab itu ramai yang merebut-rebut jawatan dalam kabinet, merebut menjadi Menteri kerana jawatan tersebut membolehkan mereka menjadi kaya dan hidup mewah dengan jalan yang cepat dan senang.

Faktor kedua ialah tidak percaya kepada Tuhan sebab itu mereka percaya kuasa bomoh adalah lebih hebat daripada Tuhan. Negara kita mempunyai tempat ibadat yang banyak, semua rakyat beragama tetapi tidak semua orang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Orang yang percaya kepada Tuhan ‘ Will Do Good and Do Right things’. Malangnya rasuah masih berleluasa sehingga ke abad ke 21, adakah kegagalan peranan ahli agama dalam menanamkan nilai integriti dalam setiap penganut agamanya? Adakah Pendidikan moral atau agama gagal menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap orang yang beragama atau berpendidikan?

Faktor ketiga, setiap kesalahan perlu ada didikan agar kesalahan tersebut tidak diulangi. Malangnya orang yang melakukan kesalahan rasuah boleh terlepas dari hukumannya. Keadaan ini berlaku telah memberi Pendidikan kepada generasi muda dan orang ramai bahawa ‘its ok to do that’

Faktor keempat, orang yang telah bersumpah jawatan dan telah melakukan kesalahan masih boleh memegang jawatan tinggi dan masih mendapat sokongan orang ramai seolah-olah semua penyokongnya tidak dapat menilai yang mana salah dan yang mana betul, yang mana hitam dan yang mana putih. Malangnya orang yang ada integriti dan berkuasa hanya memerhati sahaja dan tidak membuat apa-apa untuk mengatasi perbuatan yang serius ini dan golongan yang melakukan sesuatu tidak mendapat sokongan dari orang ramai.

Tindakan tegas seharusnya diambil terhadap orang yang melakukan kesalahan agar tidak memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan. Tindakan tersebut dapat mendidik rakyat bahawa kita perlu berintegriti dan bertanggungjawab dalam memegang jawatan kabinet. Ini juga dapat memberi peluang kepada orang yang ada integriti, jujur, amanah untuk mentadbir negara dan seterusnya membawa kemakmuran dan keharmonian negara.

Rasuah adalah musuh Utama negara dan negara akan musnah sekiranya majoriti rakyat masih menganggap ‘its ok to do that’. Negara kita telah mengamalkan Prinsip Rukun Negara selama 63 tahun dan Pendidikan kita telah masuk ke alaf ke-21, perbuatan rasuah seharusnya ditangani dengan seriusnya agar generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran dan kehidupan yang bahagia.

PERKONGSIAN KEJAYAAN PELAJAR DI KOLEJ T6

Pelajar A adalah pelajar yang mempunyai saiz badan besar dan kehilangan bapanya pada umur dua belas tahun. Pelajar A berasa sedih kerana kehilangan seorang kawan rapat yang belajar di kolej swasta dan telah bunuh diri kerana tidak dapat menangani rintangan hidup yang mencabar. Air mata mengalir setiap kali sebut tentang bapanya. Perasaan yang sedih ini telah lama terpendam dalam hatinya. Pelajar A sering mengalami konflik dengan ibu yang kurang memberi sokongan kepadanya untuk terus belajar di kolej tingkatan enam. Pada satu ketika menghantar mesej ingin berhenti belajar. Walau bagaimanapun dengan keazaman dan kerajinan serta sokongan kaunselor , akhirnya pelajar ini dapat tawaran di UUM dengan pngk 3.5. Pelajar telah menyimpan wang hasil dari kerja selepas tamat pengajian tingkatan enam. Beliau juga mendapatkan pinjaman wang kerajaan untuk menanggung pengajian di universiti. Ibu yang sering risau tentang masalah kewangan untuk pengajiannya di universiti berasa lega dan akhirnya memberi sokongan moral kepada beliau untuk terus belajar. Beliau berasa bangga dengan kejayaannya. ketenangan jiwa dan kegembiraannya belajar di UUM dan beliau bercita-cita hendak menyambung pengajiannya ke peringkat Master dan Phd. Kejayaan beliau ialah usaha, tidak putus asa, keazaman tinggi dan bermatlamat.

Pelajar B yang mempunyai perasaan takut dan anxieti tinggi apabila berdepan dengan masalah pembelajaran. Beliau terus berjumpa dengan kaunselor untuk meluahkan perasaanya pada awal bulan semester satu kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru mata pelajarannya. Kawan memuji keberaniannya kerana terus berjumpa dengan kaunselor apabila menghadapi masalah. Beliau sering meluahkan perasaannya kepada kaunselor. Pelajar dapat menangani perasaan takut dan kerisauan dengan baik dan mendapat tiga A dan satu B dalam peperiksaan setiap semester. Pelajar B bukan sahaja perlu bertanggungjawab menjaga keluarga malah juga bekerja sambilan di pusat tuisyen. Kejayaan beliau ialah disiplin diri, pengurusan masa dengan baik, rajin membuat nota kecil selepas sekolah dan bertanggungjawab terhadap keluarganya kerana bapa bekerja di luar negara. Yang penting ialah menguruskan emosinya negatif yang menjadi rintangan dan halangan kepadanya.

Pelajar C terus berjumpa dengan kaunselor semasa berada di semester satu dan beritahu kaunselor bahawa keazaman untuk mendapat pngk 4.0. Beliau berasal dari keluarga yang kedua ibu bapa telah bercerai. Pelajar ini rajin dan sering mengajar rakan-rakannya di kolej. Mempunyai disiplin diri yang tinggi dengan menutup akaun telefon selama tiga bulan kerana ingin membuat tumpuan dalam pembelajarannya. Akhirnya beliau Berjaya mendapat pngk 4.0 dan telah membuat keputusan belajar di luar negara. Kejayaan beliau ialah rajin, berkongsi ilmu dengan rakanyna, bertanggungjawab , berazam, bermatlamat dan bersikap positif.

Pada kesimpulannya, pelajar perlu berusaha, bermatlamat dan besikap positif untuk menghadapi cabaran di tingkatan enam. Menghadapi peperiksaan STPM pada setiap semester, menyiapkan kerja kursus dengan baik dengan bimbingan guru mata pelajaran. Pelajar perlu memahami , membuat refleksi , membuat soalan STPM tahun lepas dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakannya. Teknik belajar tidak seperti di tingkatan lima yang hafal dan belajar pada saat akhir sebelum minggu peperiksaan. Jangan putus asa, fikirkan hidup sebagai siswazah di universiti. Perasaan bangga dan gembira untuk dirinya dan kedua-dua ibu bapanya yang merupakan hadiah istimewa kepada mereka. Kata Nelson Mandala’ Education is the most powerful weapon which you can use to change the whole world’

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

‘PROBLEM IS NOT A PROBLEM, HOW YOU SOLVE YOUR PROBLEM IS A PROBLEM’
ADALAH PENTING UNTUK MENGETAHUI BEBERAPA KAEDAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH

KAEDAH INKUIRI
1. MENYOAL -apakah masalah yang dihadapi?
2. MENYELIDIK-kumpul dan cari sumber maklumat , rancang dan reka bentuk eksperimen , cerap dan temubual
3. MEREKA CIPTA- gabung dan bentuk perkaitan antara semua maklumat yang diperolehi
4. MEMBINCANGKAN- kongsi maklumat dengan individu / ahli kumpulan , bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman
5. MEMBUAT REFLEKSI-lihat semula persoalan yang ditanya, langkah-langkah yang digunakan dan kesimpulan yang diambil kira, gariskan perkara yang perlu dibaiki dan diambil kira di masa hadapan
KAEDAH OSBORN PARNES
1. Penerokaan / Pencarian Masalah ( Mess Finding)
2. Pencarian Data( Data Finding )
3. Pencarian Masalah ( Problem Finding )
4. Pencarian Idea ( Idea Finding )
5. Pencarian Penyelesaian ( Solution Finding )
6. Pencarian Penerimaan ( Acceptance Finding )
KAEDAH ENAM LANGKAH
1. Mengenalpasti masalah
2. Penstrukturan masalah
3. Mengenalpasti kaedah penyelesaian
4. Membuat keputusan
5. Pelaksanaan
6. Penilaian / Maklum balas

Adalah penting untuk mengajar pelajar tentang kaedah -kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara yang positif.

TERAPI PERGERAKAN / TARIAN

Pelajar tingkatan enam sering merasa tertekan dengan pembelajaran, kerja kursus, viva dan peperiksaan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengadakan aktiviti terapi pergerakan  atau tarian bagi melepaskan perasaan negatif dan melegakan badan mereka yang tegang.

Pelajar Aliran Sains kurang pergerakannya jika dibandingkan dengan pelajar Aliran Sastera yang lebih aktif dan kreatif dalam pergerakan mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan pada waktu kelas ganti.  Kaunselor boleh memainkan lagu pilihan pelajar dengan menggunakan telefon bimbit pintar dan pembesar suara tanpa wayar.

Pelajar berdiri dalam bentuk bulatan. Aktiviti bermula dengan pelajar yang sukarela menjadi orang pertama untuk mula pergerakan atau tariannya, lebih kurang 30 saat , pelajar tersebut akan menyebut nama rakannya dan aktiviti ini akan disambung oleh rakan yang merupakan orang kedua dalam aktiviti pergerakan, setiap orang mempunyai pergerakan yang berlainaan sehingga semua pelajar berpeluang melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti ini diteruskan sehingga lagunya tamat.

Pelajar mengamalkan mindfulness dengan memberi fokus kepada orang yang melakukan pergerakan atau menari mengikut rentak muzik. Pelajar teruja dengan rakan yang kreatif dan pandai menari. Pelajar akan ketawa dengan pergerakan yang kelakar. Pelajar merasa seronok dan gembira dengan aktiviti tersebut.

Kaunselor boleh membuat pemerhatian semasa pelajar melakukan aktiviti tersebut. Pelajar yang pasif dan tidak boleh berfokus boleh digalakkan atau belajar dari rakan yang lain dengan melakukan aktiviti tersebut.

Terapi Pergerakkan / Tarian mengandungi tiga elemen iaitu sosial, fizikal dan kognitif. Elemen sosial kerana dapat berpeluang melakukan aktiviti tersebut bersama rakan-rakannya. Elemen fizikal kerana pergerakkan tersebut boleh meningkatkan denyutan jantung dan elemen kognitif kerana pelajar perlu menggunakan kognitif untuk ingat dan ikut pergerakkan yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Aktiviti Pergerakkan tersebut juga membolehkan otak menghasilkan endorphin iaitu hormon yang baik dan gembira.

Pada kesimpulannya, aktiviti terapi pergerakkan atau tarian ini dapat membantu pelajar membina keyakinan diri, perubahan tingkah laku dari pasif ke aktif, minda cergas berfikir dan mengamalkan mindfulness dengan memberi tumpuan kepada pergerakkan rakan-rakannya, perasaan berubah dari tertekan kepada relaksasi dan secara keseluruhanya dapat membantu pelajar dari segi minda, perasaan dan tingkah laku ke arah yang positif. Ini akan dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik mereka.

TERAPI PERGERAKAN / MUZIK PADA WAKTU RELIEF

Sebelum mula sesuatu aktiviti , Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh membuat pre-test dan pos- test dengan pelajar  ( mengenalpasti perasaan dan tahap motivasi pelajar  ), tanya soalan dan minta pelajar tulis jawapan ke dalam kertas sebelum dan selepas aktiviti.

  1. Apa perasaan anda pada hari ini ? sebelum aktiviti dan selepas aktiviti
  2. Tahap motivasi ada pada tahap 1-10 (skor skala 1-  paling rendah – 10 paling tinggi )? sebelum aktiviti dan selepas aktiviti
  3.  Apa yang anda telah belajar hari ini selepas aktiviti ? ( pelajar jawab selepas aktiviti)
  4.  Apa aktiviti yang paling menarik anda?( jawab selepas aktiviti)

Soalan yang dikemukakan boleh membantu guru memahami perasaan mereka dan mengenalpasti pelajar yang memerlukan sesi kaunseling individu. Komen yang diberikan ada yang positif dan ada yang negatif.

Aktiviti

  • Bahan yang diperlukan ialah wireless speaker yang ada Bluetooth dan internet / wifi. Guna smart phone untuk mencari lagu yang pelajar suka dengar, contoh Dance Monkey.
  • Pelajar dikehendaki membuat satu bulatan besar yang ada ruang untuk bergerak dengan selesa
  • Guru akan memilih orang pertama atau secara sukarela pelajar yang ingin mula boleh diberi peluang untuk menari atau menggerakkan badan
  • Pelajar A mula dengan menari mengikut kreativiti atau bakatnya dan orang lain semua mengikutnya.
  • Pelajar A akan memilih orang seterusnya untuk menari dan pelajar B akan sambung menari dengan pergerakan yang berlainan
  • Aktiviti berterusan sehingga semua pelajar berpeluang menari atau menggerakkan badan

Pemerhatian GBK

  1. Siapa pelajar yang malu, berbakat atau bersemangat?
  2.  Adakah pelajar menguasai Kemahiran Mendengar , kemahiran berkomunikasi tanpa lisan, kemahiran membuat keputusan?
  3. Adakah pelajar mengikuti aktiviti dengan sepenuh hati atau separuh hati?
  4. Siapa pelajar yang paling digemari oleh rakan-rakannya?
  5. Dapat mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar melalui aktiviti tersebut.

KESIMPULAN

Terapi  pergerakkan ini adalah satu aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan pelajar.  Apabila pelajar menari , badan pelajar akan menghasilkan satu bahan kimia iaitu hormon endorphins. Bahan kimia ini berinteraksi dengan reseptor di dalam minda dan menghasilkan perasaan positif dalam badan. Pelajar akan berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Aktiviti ini dapat membantu pelajar  mengatasi kebosanan mereka dan  meningkatkan semangat mereka dalam pembelajaran yang seterusnya.

 

 

TERAPI ART PADA WAKTU RELIEF

Seringkali Guru Bimbingan dan Kaunseling diberi waktu relief / ganti apabila ada guru mata pelajaran yang tidak hadir ke sekolah. Bagi GBK yang tidak bersedia, tidak ada pengalaman maka waktu relief adalah waktu menjaga murid atau sembang dengan pelajar.

Waktu ganti adalah peluang yang baik bagi GBK menjalankan aktiviti-aktiviti, salah satu aktiviti yang menarik ialah

Terapi Art

  1. Bahan yang diperlukan ialah kertas mahjung, marker pen tiga warna, pen/ pensil berwarna.
  2. Pelajar  dibahagikan kepada beberapa kumpulan , lebih kurang 5 atau 6 orang dalam satu kumpulan.
  3. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mahjung dan pen / marker pen , pelajar boleh guna pen berwarna sendiri.

Aktiviti Pertama

  1. pelajar melukis satu objek yang boleh mewakili diri di dalam kertas mahjung. masing-masing bentang mengapa objek tersebut dipilih. semua pelajar diberi peluang untuk bercakap.
  2. kemudian lantik seorang ketua untuk mengabungkan semua objek dalam kumpulan untuk menjadi sebuah cerita yang menarik. semua kumpulan diberi peluang untuk membuat pembentangan tersebut.

Pemerhatian GBK

  1. kemahiran mendengar ( adakah orang lain dengar bila kawan membuat pembentangan)
  2. kemahiran menolong ( adakah rakan membantu jika kawan tidak ada pen berwarna)
  3. kemahiran membuat keputusan ( siapa yang menjadi ketua kumpulan)
  4. kerjasama kumpulan ( ada kerja berpasukan atau tidak )
  5. sikap proaktif /pasif ahli kumpulan ( respon rakan terhadap aktiviti tersebut)
  6. kreativiti pelajar ( cerita kreatif atau tidak )
  7.  Kemahiran berkomunikasi ( berinteraksi atau tidak ahli kumpulan)

Aktiviti Kedua

  1. Pelajar diberikan kertas mahjung yang baru, setiap orang perlu melukis sebuah pulau impian masing-masing. setiap ahli boleh letak apa sahaja dalam pulau impiannya. Ada yang lukis di sudut ,ada yang lukis pulau bentuk Panjang, ada yang lukis di tengah-tengah kertas tersebut
  2. Apabila pelajar telah habis melukis pulau impiannya, semua perlu berdiri dan bergerak satu langkah ke kanan, maksudnya pelajar A akan berdiri di tempat pelajar B dan pelajar A perlu menambah objek atau apa yang kurang dalam pulau impian pelajar B. semua pelajar tidak boleh cakap dan hanya boleh bergerak dan melukis sahaja.
  3. Apabila pelajar A habis , semua orang akan bergerak lagi selangkah ke kanan, pelajar A akan singgah di tempat pelajar C dan teruskan aktiviti sehingga balik ke tempatnya sendiri.

Pemerhatian GBK

  • semua kemahiran yang tersebut di atas tadi

Pembentangan Pelajar 

  • Setiap pelajar diberi peluang membuat pembentangan dan mengapa menambah objek atau bangunan atau orang di dalam pulan rakannya
  • Contoh -ada pelajar menambah tempat hiburan di setiap pulau rakan-rakannya sebab rakan-rakannya hanya mementingkan pembelajaran sahaja tidak ada hiburan langsung, oleh yang demikian, tempat hiburan adalah penting untuk menghilangkan stress.

 Rumusan

Pelajar lebih mengenali kawannya, pelajar dapat menunjukkan kreativitinya, pelajar juga dapat merasai kasih sayang rakannya, pelajar lebih yakin, minda terbuka, pemikiran lebih kepada keperluan dan keutamaan dalam hidupnya. Dapat melihat IQ dan EQ pelajar melalui aktiviti tersebut. GBK dapat mengenali kekuatan dan kelemahan pelajar.

PERSEDIAAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM

LANGKAH-LANGKAH  UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM.

1. Membuat semakan keputusan tawaran kemasukan kemasukan ke KOLEJ TINGKATAN ENAM di PORTAL KPM iaitu http://www.moe.gov.my

2. Mencetak SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ TINGKATAN ENAM bersama  DOKUMEN yang diperlukan dan mendaftaran diri pada TARIKH yang diberikan dalam surat.

3. Membuat TINJAUAN dulu tentang KOLEJ TINGKATAN ENAM yang ditawarkan melalui facebook , lokasi, alamat kolej, pakej mata pelajaran, aktiviti , kampus kolej agar lebih bersedia untuk belajar di kolej tersebut.

4. Jika tidak dapat, Rayuan boleh dibuat secara online ;

›( http://www.moe.gov.my)

›Memuat turun borang rayuan (T6BRU) daripada portal KPM(http://www.moe.gov.my)

›Hantar ke PPD/JPN berserta dokumen yang lengkap sebelum tarikh tutup rayuan.

›Semua di atas adalah tertakluk pada perubahan KPM jika berlaku perlanjutan PKP atau yang berkaitan

›Semak syarat sebelum membuat rayuan;

›a)Lulus SPM(BM- kepujian) b) Umur 17-20 tahun pada 1/1/2020.

SISTEM SEMESTER STPM

›SEM 1 – MEI – NOV ( STPM SEM 1 )TAHUN2020

›SEM 2 – JAN – MEI ( STPM SEM 2 )TAHUN 2021

›SEM 3 – JUN – NOV ( STPM SEM 3 )TAHUN 2021

›STPM SEM 1 + SEM 2 + SEM 3 + KERJA KURSUS =MARKAH KESELURUHAN

›PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN SELEPAS PKP

›ALIRAN SAINS

›PENGAJIAN AM, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS/BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, BIO

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS

›PA, MUET, CHEMISTRY, MATHS T, PHYSICS/ICT

ALIRAN SAINS SOSIAL

›PA, MUET, EKO, PERAKAUNAN, MATHS M/ PENGAJIAN PERNIAGAAN (PP)

›PA, MUET, MATHS M, PERAKAUNAN, ICT/ PP

›PA, MUET, PERAKAUNAN, PP, EKO

›PA, MUET, SEJ, PP, EKO

›PA, MUET, SEJ, BM, PP/EKO

›PA, MUET, SEJ, BM, PP

›PA, MUET, BM,PP,EKO/ SEJ

›PA, MUET, BM, PP, SENI VISUAL

›ALIRAN AGAMA

›PA, MUET, SEJ, SYARIAH, BAHASA ARAB

 

MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM DAN MUET ADALAH WAJIB UNTUK SEMUA PELAJAR ( SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM -PA MESTI LULUS) DAN MUET ( MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST – BAND 1 paling rendah – BAND 6 paling tinggi / cemerlang)

KERJA KURSUS ( 20-40%) + PEPERIKSAAN ( 80-60%) = 90% + 10% KOKURIKULUM

 

KEJAYAAN DI TINGKATAN ENAM

›PERLU BERUSAHA DAN RAJIN SEBAB CARA BELAJAR DI TINGKATAN 6 TIDAK SAMA DENGAN TINGKATAN 5

›PENGURUSAN DIRI –HADIR KE KOLEJ SEBELUM 7.20 ATAU LEBIH AWAL UNTUK KELAS TAMBAHAN

›PENGURUSAN MASA – BAHAGIKAN MASA DENGAN BAIK,   KERJA KURSUS, VIVA DAN ULANGKAJI MATA PELAJARAN

›TETAPKAN MATLAMAT UTAMA – MASUK UNIVERSITI

›PROAKTIF DAN RAJIN BERTANYA KAWAN ATAU GURU JIKA TIDAK FAHAM PELAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU

KEGAGALAN DI TINGKATAN ENAM

›DIPAKSA OLEH IBU BAPA UNTUK BELAJAR DI TING. 6 DAN BUKAN PILIHAN SENDIRI

›KETAGIH TELEFON BIMBIT DAN VIDEO GAMES

›PASIF DAN TIDAK MAHU TANYA APABILA TIDAK FAHAM APA YANG DIPELAJARI

›TIDAK SIAP KERJA KURSUS DAN TIDAK BUAT ULANGKAJI MATA PELAJARAN

›LEWAT DAN TIDAK HADIR KE KOLEJ