MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA-MEMBINA DISIPLIN DAN TANGGUNGJAWAB ANAK

Sering anak tidak mahu menyimpan permainan selepas main, malas membuat kerja rumah, tidak bertanggungjawab, malas membuat kerja sekolah atau tugasan yang diberikan.

3 Tips Membina Tanggungjawab dan Disiplin Anak

  1. Membenarkan anak membuat kerja atau tugasan di rumah. Anak perlu membina tanggungjawab dengan melakukan kerja di rumah, contoh anak yang berumur 3 tahun digalakkan mengambil beg atau air botol sendiri, menyiram pokok atau bunga di rumah. Anak yang berumur 4 tahun, menyediakan meja makan sebelum makan tengahari atau makan malam, menyusun kasut keluarga. Anak yang berumur 5 tahun diberi laci sendiri agar anak tahu menjaga barang sendiri , mengemas bilik tidur, mencuci pinggang mangkuk. Anak yang berumur 6 tahun mencuci seluar dalam sendiri, mencuci stokin, mengemaskan rumah, memberi peluang kepada anak menjalankan tanggungjawab mereka di rumah dan ini akan menjadikan mereka anak yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Jangan berikan wang kepada anak yang melakukan kerja di rumah kerana ini tidak membantu mereka dari segi tanggungjawab anak

2. Membenarkan Anak belajar dari kesilapan , ibu bapa sering memarahi anak apabila anak melakukan kesilapan. contoh anak mengotorkan lantai di bilik , ibu bapa perlu bertenang dan beritahu anak membersihkan tempat tersebut dengan kain atau penyapu kecil. Anak tidak akan mengulangi perbuatan lagi kerana tugas dan tanggungjawab yang diberikan bagi membersihkan tempat yang dikotorkan, membenarkan anak yang melakukan kerja bersih sendiri jika ibu bapa sering melakukan semua kerja bagi pihak anaknya , maka anak akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab.

3, Membenarkan anak melakukan kerja dengan usaha sendiri di rumah tanpa disuruh atau diarahkan

a. Jangan tegur anak dengan kata kata yang negatif seperti ‘apa pun tak tahu, tidak boleh buat,’ dengar cadangan anak , menggalakkan anak memikirkan cara menyelesaikan masalahnya.

b. Jangan hanya melihat kelemahan anak, memberi peluang kepada anak mengambil berat tentang ibu bapa contoh kata kepala sakit dan anak akan mengosok kepala ibu/ bapa dengan minyak angin, ini akan menyemai sikap penyayang anak kepada ibu bapa

c. kalau anak berusaha sendiri melakukan sesuatu, ibu bapa perlu memujinya, meluahkan perasaan yang menghargai usaha mereka, contoh anak membuat kerja sekolah , rehat dan sambung lagi kerja sekolah , ibu bapa patut memuji anak yang ada usaha sendiri bagi menyiapkan kerja sekolah. anak yang gembira kerana dipuji akan menjadi anak yang bertanggungjawab, jika anak sering dipaksa melakukan sesuatu tugasan maka anak tidak akan selesa melakukan tugasan atau kerja di rumah.

4 TINDAKAN YANG DILARANG DAN 4 LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENANGANI ANAK YANG BEREMOSI

BERSYUKUR BILA ANAK BEREMOSI KERANA ANAK MEMPUNYAI KESEJAHTERAAN MENTAL DAN EMOSI ANAK DAPAT DILUAHKAN. ANAK YANG BERMASALAH ADALAH ANAK YANG TIDAK DAPAT MELUAHKAN PERASAAN DAN TERTEKAN EMOSINYA

4 TINDAKAN YANG DILARANG

1.JANGAN CUBA MENDIDIK ANAK PADA WAKTU ITU KERANA ANAK YANG BEREMOSI TIDAK MAHU MENDENGAR CAKAP ORANG DEWASA PADA KETIKA ITU.

2. JANGAN CUBA DIAM SAHAJA KERANA ANAK AKAN MENJADI LEBIH SEDIH DAN LEBIH MARAH KERANA ANGGAPAN IBU BAPA TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN TIDAK MENYAYANGI MEREKA

3. JANGAN CUBA TOLERANSI DENGAN ANAK, MANJAKAN ANAK AKAN MENGHANCURKAN MASA DEPAN ANAK

4. JANGAN LEBIH BEREMOSI DARIPADA ANAK , KEMARAHAN ORANG DEWASA TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH ANAK , ANAK LEBIH BEREMOSI PADA WAKTU ALAM REMAJA.

4 LANGKAH MENANGANI MASALAH ANAK BEREMOSI

  1. TENANGKAN DIRI , WAKTU INI ADALAH WAKTU YANG BOLEH MENDIDIK ANAK DAN MEMAHAMI PERSONALITI ANAK DENGAN LEBIH MENDALAM
  2. MENERIMA EMOSI ANAK , BIAR ANAK MENANGIS ATAU BISING, ASALKAN TIDAK MENCEDERAKAN DIRI ATAU ORANG LAIN, BIAR ANAK LUAHKAN EMOSINYA, ANAK AKAN MENJADI TENANG SELEPAS LUAHAN.
  3. BERITAHU ANAK BAHAWA IBU BAPA MEMAHAMI PERASAANNYA, TANYA ANAK APA YANG BOLEH IBU BAPA LAKUKAN UNTUKNYA? KALAU ANAK PERLU PELUKAN , IBU BAPA MEMBERI PELUKAN KEPADA ANAK, KEIKHLASAN IBU BAPA DAPAT MELEMBUTKAN HATI ANAK.
  4. BILA ANAK TELAH TENANG, BINCANG APA YANG BOLEH DILAKUKAN AGAR ANAK DAPAT MENGAWAL EMOSINYA.

IBU BAPA YANG EQ TINGGI DAPAT MENGURUSKAN KEMARAHAN ANAK DENGAN TENANG DAN EMOSI IBU BAPA YANG STABIL ADALAH SANGAT PENTING BAGI MEMBINA KELUARGA YANG HARMONI DAN SEJAHTERA.

PERSEDIAAN PENTING BAGI SEORANG GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING PADA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Dua perkara yang penting dan perlu disediakan oleh seorang guru bimbingan dan kaunseling pada awal persekolahan ialah watikah lantikan dan OPPM ( one page project manager). Selalunya sebelum cuti akhir tahun pihak pengurusan dan pentadbiran akan bincang dan menetapkan jawatan guru dalam program sekolah dan takwim sekolah pada tahun yang akan datang. Apabila GBK telah mendapat takwim sekolah dan senaraikan jawatan yang dipegang dalam semua program sekolah dalam watikah lantikan, contoh berikut adalah watikah lantikan saya di kolej tingkatan enam

BIDANGJAWATANSASARAN KEBERHASILAN
Pengurusan & Pentadbiran1.Penyelaras Program Guru Penyayang
2.SU My Portfolie /MyPPB  
3.AJK Pengurusan Kewangan
4.AJK Seranta &Perhubungan  Luar
5.AJK Buku Pengurusan
6.AJK Pengurusan ICT    
1.Pencapaian penilaian kendiri Amalan Guru Penyayang mencapai 93%
2.Memastikan data kursus guru-guru (SPLKPM / MyPPB ) lengkap100% 3.Memastikan Anggaran Belanja Mengurus Kewangan dapat dicapai 96%
4.Mengenalpasti kerjasama IPTA/IPTS untuk program kolej daripada 15 ke 20
5.Mengenalpasti buku pengurusan 2022 dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan
6.Mengemaskini maklumat gambar melebihi 23 aktiviti di facebook dan Instagram KTEDM
KurikulumAJK Kurikulum AJK Kerja Kursus      1.Mendapat skor komposit std 3.1 sebanyak 97.57%
2.Memastikan skor komposit std 4.0 sebanyak 93.29%
3.Pencapaian CGPA STPM 3.23%
4.Peratus lulus STPM 100%
5.Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam STPM 37 orang
6.100% pelajar menyiapkan kerja kursus
Hal Ehwal Murid1.SU Bimbingan & Kaunseling
2.AJK Unit Disiplin        
3.SU Minggu Orientasi Ting.6  
4.AJK PPDa
5.AJK Bilik Kaunseling    
1.Membuat sesi individu sebanyak 75 sesi dan 20sesi kelompok dalam tempoh 6 bulan
2.Skor komposit std SPMg2 3.3 mencapai 95.18%  
2.1Peratus kehadiran pelajar mencapai 96.76%
2.2.Kemenjadian pelajar 91%
2.3Amalan Guru Penyayang mencapai 93% ke atas
3.Pelajar Sem 1 dapat mengenali kolej dan warga kolej 95%
4. 30 orang pelajar terpilih dapat menjalani ujian urin
5.Bilik Kaunseling mendapat anugerah sekurang-kurangnya empat bintang 98.63%
4.1Pengurusan bilik khas mendapat sijil 20%  
Kokurikulum1.Ketua Guru  Penasihat Kelab Bimbingan dan Kerjaya
2.Guru Penasihat Pembimbing Rakan Sebaya
3.Guru Penasihat Bola Keranjang
4.Guru Penasihat Pengakap Kelana  
1.Pencapaian kemenangan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan kokurikulum sebanyak 91%
2.Penyertaan pelajar dalam pertandingan sebanyak 100%
3.Kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum sebanyak 99.55%
4.Pencapaian cemerlang pelajar dalam kokurikulum sebanyak 99.0%  

Watikah lantikan adalah penting bagi GBK membuat persediaan dan jelas apa yang hendak dicapai pada akhir tahun dan ini akan membantu GBK bermatlamat dan sehala dengan kpi pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.

seterusnya ialah contoh OPPM

OPPM adalah penting bagi GBK melihat program yang penting dan perlu dilaksanakan dengan penggunaan peruntukan pcg Bimbingan dan kaunseling dengan cermat. perancangan awal sedemikian dapat membantu GBK menjalankan tugas degan baik dan berkesan .

从对电脑游戏的痴迷到骑自行车的爱好

小民是一位中等身材和戴一副眼镜的男生由于网络游戏成瘾开始接受咨询服务。小民是独生子,性格文静。父母是专业人士,父亲经常在国外工作。小民与母亲的关系很差,因为母亲经常阻止他玩电脑游戏。当母亲没收他的电脑时小民开始对学习失去兴趣。母子关系变得更糟 因为母亲对小民要求很高因此对待小民非常严格。小民开始不想做功课,经常逃课。从国外归国的父亲经常独自面对电脑机,很少与小民沟通。
网络电脑游戏成瘾对小民有负面影响,形成他的志向要成为一名“黑客”,因为他可以赚很多钱。小民从五年级就开始成瘾网络电脑游戏,还偷了母亲的信用卡购买了网络游戏设备,最终被母亲发现。小民成瘾电脑游戏加剧甚至玩到深夜,对其他活动不感兴趣,并且懒得出门。1哥林多前书 6:12 ‘凡事我都可行,但不都有益处。凡事我都可行,但无论哪一件事,我总不受它的辖制‘。小民被网络电脑游戏困绑,不能自拔,母亲经常会见辅导员,并谈起小民的问题。

在中二时,小民的母亲决定与家人一起移民到外国,主要目的是因为她想为儿子提供更好的教育。母亲和小民在国外住了一年,过后母亲和小民回到马来西亚。小民返回学校在同一所学校读书继续中四。

辅导员鼓励小民参加KDU私立大学“游戏设计” 工作坊。小民获得了有关制作网络电脑游戏的经验,并且也明白制作游戏过程不简单。

辅导员还邀请小民参与Dataran Merdeka,FRIM Kepong和慈善自行车等多项活动。起初小民不愿参加此活动,但经过几次劝说,他终于参加了与其他协会成员一起进行的自行车活动。

小民与协会成员一起参加了由社区组织的慈善骑行,穿着校服和拖鞋的从学校骑脚车到Pusat Kepong居住区,并进行了社区中心清洁活动。小民的性格不那么健谈,但从事慈善工作的朋友互动时充满了愉悦的心情,并在活动结束时一起合照

周末,辅导员与家人陪小民与协会成员在FRIM Kepong进行了活动,小民欣赏朋友的勇气将自行车踩到高处,并进行了具有挑战性的活动。小民不敢这样做,因为他的自行车是普通自行车,所以无法将其踩到山上。但是,小民对他的朋友的所作所为感到惊讶,并开始对自行车产生兴趣。
当小民参加Dataran Merdeka的自行车运动时,小民开始有大改变,不再穿学服和拖鞋,而是穿着自行车服。据他的母亲说,孩子经常花时间在互联网上搜索有关自行车的信息。一家人齐聚一堂,通过参与广场活动来支持儿子,父亲在广场附近的美丽建筑拍照,母亲穿着运动服在该地区散步。随着此类活动的出现,家庭联系变得越来越紧密。辅导员的家人参与自行车运动也鼓励了来小民家人庭参与这项活动。
小民的态度已经从懒惰变为勤奋,负责和纪律。小民开始完成他的学校工作,而不再缺席。最终,小民获得优秀的SPM成绩后继续在外国读书。据他的母亲说,小民在学期休假期间没有返回马来西亚,因为小民更喜欢在那里进行自行车活动。
 中国谚语说:“学好需要三年,学坏只需要三天。”从负面的态度和性格转向积极的态度需要五年时间。母亲感谢辅导员,很高兴看到儿子的叛逆态度转变为积极态度的少年。小民成功地在外国的一所大学读建筑学课程。
小民之前对任何活动都没有兴趣。骑自行车是一项具有挑战性的活动,也称为“冒险疗法”,这一挑战提高了小民的自尊心,并给小民带来了热情和信心,使小民相信自己可以做到并克服心中的挑战或障碍。从消极思想转变为积极思想,注意力从网络游戏成瘾到自行车爱好。冒险疗法让小民生命里有能量和动力从逃学变成了自律。挑战就是能够战胜自己的弱点迈向积极的思维。家庭的关系变得更加亲密,小民能够开心的在外国深造,因为思想,情感和行为的改变都朝着积极的方向。

PENCEGAHAN KEMURUNGAN AKIBAT COVID -19

KETENANGAN BIG 5

AGAMA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN BOLEH MENGURANGKAN KEMURUNGAN AKIBAT COVID-19. AJARAN AGAMA MEMBERI KETENANGAN KEPADA KITA KERANA ILMU ATAU AJARAN AGAMA ADALAH AJARAN YANG POSITIF ATAU KATA-KATA YANG BAIK DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA KITA DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP. COVID-19 MEMBERI AJARAN KEPADA MANUSIA BAHAWA TUHAN YANG BERKUASA MENGHENTIKAN AKTIVITI MANUSIA DAN BALIK SEMULA KEPADA HUBUNGAN KELUARGA DAN BERORIENTASIKAN TUHAN. INILAH MASA MANUSIA SEMUA PERLU MENGHAYATI SEMULA AJARAN TUHAN DAN MEMPRAKTIKAN ILMU DAN AJARAN YANG DISAMPAIKAN AGAR TUHAN AKAN MENGEMBALIKAN HIDUP KITA YANG NORMAL SEPERTI DULU.

SENAMAN

SENAMAN BOLEH MEMBANTU KITA MENGATASI KEMURUNGAN, OTAK AKAN MENGHASILKAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MENJADIKAN KITA RASA RELAX DAN GEMBIRA. SENAMAN JUGA MEMBANTU KITA DAPAT TIDUR DENGAN BAIK PADA WAKTU MALAM. PERGERAKAN BADAN BOLEH MENGAKTIFKAN SARAF BADAN DAN MINDA JADI CERGAS. SENAMAN BOLEH MEMBANTU BAHAN RACUN DARI BADAN DAPAT DIKELUARKAN MELALUI PELUH BADAN. MINDA KITA DAPAT FOKUS KEPADA PERKARA YANG POSITIF.

SENI

SENI SEPERTI MELUKIS, MENARI, MENYANYI , MENULIS BUKU DAN SEGALA AKTIVITI BOLEH MEMBANTU KITA MENGHAYATI PERKARA YANG POSITIF. BELAJAR MASAK, MENANAM POKOK BUNGA, MELUKIS DAN SEBAGAINYA. KITA BOLEH MENENANGKAN PEMIKIRAN KITA DENGAN AKTIVITI TERSEBUT

RAKAN

RAKAN – MELUAHKAN KEPADA RAKAN ATAU AHLI KELUARGA YANG BOLEH MEMBERI SOKONGAN KEPADA KITA APABILA KITA JADI MURUNG. LUAHAN TERSEBUT DAPAT MERINGANKAN BEBAN KITA DAN MENGALIHKAN PEMIKIRAN KITA KE ARAH YANG POSITIF. LUAHAN JADI KITA LEBIH LEGA DAN RASA LEBIH BAIK SELEPAS KITA LUAHKAN KEPADA ORANG LAIN.

MEMBINA VISI BARU

UBAH PEMIKIRAN KITA KE ARAH YANG BAIK, VISI KITA GAGAL KERANA COVID -19, JADI KITA MEMBINA VISI BARU . MINDA BOLEH JADI KITA SENGSARA ATAU GEMBIRA. JIKA KITA FOKUS KEPADA PERKARA YANG NEGATIF, HIDUP KITA JADI SENGSARA DAN HIDUP DALAM NERAKA, JIKA KITA MEMBERI FOKUS KEPADA PERKARA YANG POSITIF KITA AKAN HIDUP SEPERTI DI SYURGA. MENGUBAH PEMIKIRAN KITA KE ARAH YANG BAIK DAPAT MEMBANTU KITA MEMBINA MATLAMAT DAN VISI BARU.

DARI KETAGIHAN PERMAINAN KOMPUTER KE HOBI BERBASIKAL

Amin ialah seorang murid lelaki yang size badan sederhana dan bercermin mata dari kelas tingkatan satu mula menerima perkhidmatan kaunseling kerana bermasalah ketagihan permainan internet.  Amin merupakan anak tunggal yang mana ibu seorang Akauntan dan bapa merupakan seorang Jurutera yang sering bekerja di luar negara. Perhubungan Amin dengan ibu kurang baik kerana ibu sering menghalangnya bermain permainan komputer. Perhubungan menjadi lebih teruk lagi apabila ibu merampas komputernya sehingga Amin hilang minat untuk belajar. Amin tidak mahu membuat kerja sekolah dan sering tidak hadir ke sekolah. Bapa yang balik dari luar negara sering berdepan dengan komputer sahaja dan jarang berkomunikasi dengannya.

Ketagihan komputer memberi impak yang negatif kepada Amin yang menyebabkan Amin ingin menjadi seorang  ‘hacker’ sebab boleh mendapat wang yang banyak. Ketagihan Amin bertambah teruk apabila Amin bermain sehingga waktu malam. Amin bermula bermain sejak di darjah lima dan pernah mencuri kad kredit ibunya membeli peralatan permainan komputer secara rahsia dan akhirnya diketahui oleh ibunya. Amin tidak berminat dengan aktiviti lain dan malas hendak keluar dari rumah. Amin seorang yang pendiam dan pasif personalitinya.  Ibu sering berjumpa dengan kaunselor dan meluahkan masalah anaknya kepada kaunselor.

Semasa di tingkatan dua, Ibu membuat keputusan berhijrah ke Australia bersama keluarganya, tujuan utama ialah kerana ingin memberi pendidikan yang lebih baik kepada anaknya. Ibu bersama klien duduk di Australia selama setahun kemudian mereka balik semula ke Malaysia . mereka daftar semula di sekolah yang sama kerana alamatnya berdekatan dengan sekolah. Amin tidak menduduki peperiksaan kerana berada di luar negara. Amin  menyambung pelajaran  semula di tingkatan empat.

Kaunselor menggalakkan Amin menyertai bengkel ‘Game Design’ yang dianjurkan oleh university swasta KDU. Amin mendapat pengalaman tentang bagaimana proses menghasilkan permainan komputer dan Amin mendapati bahawa bukan senang hendak menghasilkan suatu permainan komputer.

Kaunselor juga mengajak Amin menyertai kelab kayuhan dan menyertai beberapa aktiviti di Dataran Merdeka, FRIM Kepong dan kayuhan Amal. Pada permulaannya Amin agak keberatan ingin menyertai aktiviti tersebut tetapi selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya dia bersetuju untuk mengikuti aktiviti kelab kayuhan yang dijalankan bersama rakan-rakan ahli kelab.

Amin bersama semua ahli kelab menyertai Kayuhan Amal yang dianjurkan oleh komuniti di Pusat Kepong. Penyelia petang merupakan komuniti di kawasan tersebut telah menganjurkan aktiviti gotong royong membersihkan pusat komuniti di kawasan tersebut kerana mereka ingin menghapuskan Nyamuk Aedes . Amin dengan pakaian sekolah dan selipar mengayuh basikal bersama ahli-ahli kelab dari sekolah ke kawasan perumahan Pusat Kepong dan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan tersebut . Amin jarang bercakap dengan rakan-rakan yang lain tetapi Amin berasa gembira kerana dapat berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain melakukan Kerja Amal. Mereka mengambil gambar pada akhir sesi gotong royong.

Kaunselor sekeluarga bersama ahli kelab kayuhan menjalankan aktiviti di FRIM Kepong pada hujung minggu, Amin hadir bersama dan memerhatikan rakan-rakan yang lain mengayuh basikal ke kawasan yang tinggi dan dapat melakukan aktiviiti yang mencabar. Amin tidak berani melakukannya dan tidak mampu mengayuh basikal menaiki bukit tersebut kerana basikalnya adalah basikal biasa. Walau bagaimanapun, Amin kagum melihat apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya dan mula berminat tentang basikal.

Perubahan yang ketara berlaku pada Amin apabila Amin menyertai aktiviti kayuhan di Dataran Merdeka, pakaian tidak lagi kemeja sekolah dan selipar tetapi pakaian seragam kayuhan yang lengkap dengan kasutnya. Menurut ibunya anak sering meluangkan masa untuk mencari maklumat tentang basikal dalam internet.  keluarga hadir bersama-sama memberi sokongan kepada anaknya dengan menyertai aktiviti di Dataran, bapa mengambil gambar bangunan yang cantik  di persekitaran kawasan Dataran dan ibu yang berpakaian sukan berjalan-jalan di kawasan tersebut. Hubungan keluarga menjadi rapat  dengan adanya aktiviti tersebut. Penglibatan sekeluarga kaunselor dalam kayuhan tersebut juga telah menggalakkan penglibatkan keluarga Amin dalam aktiviti tersebut.

Sikap Amin telah berubah dari malas menjadi rajin, bertanggungjawab dan berdisiplin. Amin  dapat menghabiskan kerja sekolahnya  dan tidak ponteng sekolah lagi. Akhirnya Amin dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Australia setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Menurut ibunya, Amin tidak balik ke Malaysia semasa cuti semester kerana Amin lebih suka melakukan aktiviti berbasikal di sana.

Peribahasa China yang mengatakan ‘hendak membuat baik mengambil masa tiga tahun , hendak menjadi jahat hanya mengambil masa tiga hari sahaja.’ Transformasi Amin dari segi sikap dan personalitinya ke arah yang positif mengambil masa lima tahun.  Ibu mengucapkan terima kasih kepada kaunselor dan merasa gembira melihat perubahan sikap anaknya yang suka memberontak menjadi seorang remaja yang mematuhi nasihat ibubapa. Amin berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkitek di  university  Australia.

Perubahan sedemikian bermula dari pendedahan Amin dalam bidang kayuhan. Aktiviti berbasikal adalah suatu aktiviti yang mencabar  atau dikenali sebagai ‘Adventure Therapy’ dan cabaran tersebut telah merawat psikologi Amin dengan meningkatkan penghargaan kendiri pelajar dan memberi semangat dan keyakinan  kepada Amin bahawa Amin boleh melakukannya dan mengatasi kelemahan diri. Transformasi berlaku dari pemikiran Amin yang negatif ke positif, fokus dari permainan komputer ke hobi berbasikal. Perasaan menjadi seronok, yakin diri dan tingkah laku berubah dari ponteng sekolah ke disiplin diri. Hubungan keluarga bertambah mesra dan Amin dapat belajar dengan baik kerana pemikiran, perasaan dan tingkah laku telah berubah ke arah yang positif.  

ANAK ORANG ASLI BOLEH BERBAHASA INGGERIS

Manusia boleh diajar dan dididik menjadi pandai jika disediakan persekitaran yang kondusif . Anak-anak orang Asli boleh berbahasa Inggeris apabila dijaga dan dididik dalam persekitaran yang berbahasa Inggeris. Mereka diajar mengira matematik dengan menghafal jadual kiraan darab seperti cara yang diamalkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina agar mereka cepat mendapat jawapan dan tidak perlu mengira dengan menggunakan jari atau kira satu demi satu dalam kertas.

Jika anak-anak orang Asli yang masih hidup dalam keadaan serba kekurangan kemudahan air dan elektrik, maka mereka akan ketinggalan dalam pendidikan kerana keperluan asas tidak dipenuhi. Oleh yang demikian, mereka perlu dibantu dan dididik agar mereka juga boleh mencapai kecemerlangan dalam akademik seperti pelajar lain di bandar. Anak-anak ini dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dan berdisplin, maka mereka akan menjadi anak bangsa yang berakhlak mulia dan bersahsiah unggul.

Kempen Membaca sering dilaksanakan di sekolah namun masih ada pelajar yang tidak tahu berbahasa Inggeris kerana sering menggunakan bahasa ibuada. Pelajar yang tidak fasih atau lemah dalam bahasa Inggeris tidak ada keyakinan dan memahami masalah apabila berdepan dengan orang lain yang berbahasa Inggeris dan juga kurang menguasai ilmu pengetahuan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Anak-anak orang Asli boleh membaca dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris sekiranya mereka diberi bimbingan lebih dan berlatih menulis jurnal harian dalam bahasa Inggeris yang mudah. Mereka memerlukan dorangan dan motivasi untuk maju diri dan membina matlamat yang ingin dicapai, maka mereka akan berjaya dan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga yang miskin.

Harapan dengan bimbingan dan didikan serta motivasi diberikan kepada anak-anak orang Asli dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris dan Matematik. Peningkatkan ini dapat memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh mencapai kejayaan pada masa hadapan serta memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat mereka khasnya dan negara amnya.

KESAN NEGATIF PEMBELAJARAN DALAM TALIAN AKIBAT COVID-19

Pelajar hilang motivasi belajar kerana mereka lebih suka belajar secara bersemuka di dalam kelas

Pelajar terperangkap dalam persekitaran yang tidak kondusif

Pelajar melepaskan peluang di IPTA kerana rasa sukar untuk memahami pembelajaran kuliah dalam talian

Pelajar tidak memahami pembelajaran secara dalam talian

Pelajar terutama lelaki terperangkap dalam permainan komputer semasa pembelajaran dalam talian

Pelajar tidak boleh fokus kepada pembelajaran secara online

Pelajar sakit mata kerana terpaksa menghadap komputer dalam masa yang lama

Hanya 10% sahaja pelajar yang berminat menyertai program motivasi secara dalam talian bagi pelajar PMR

Pelajar bosan dengan pembelajaran secara teknologi bagi tempoh yang lama

Keputusan peperiksaan atau ujian menunjukkan markah akademik pelajar semakin merosot

Generasi ‘Strawberry’ cepat hilang semangat dan putus asa

CADANGAN BAGI MEMPERBAIKI KEADAAN PEMBELAJARAN PELAJAR SECARA DALAM TALIAN

Menyediakan tempat yang kondusif seperti perpustakaan komuniti di persekitaran perumahan agar pelajar berpeluang belajar di tempat yang sesuai dan tenang

Menyediakan kelas secara bersemuka mengikut SOP dengan bilangan yang kecil sekali seminggu agar pelajar berpeluang bersemuka dengan pensyarah dan tutor untuk menyelesaikan masalah akademik mereka

Mengadakan kumpulan perbincangan secara bersemuka mengikut SOP atau dalam talian agar pelajar berpeluang menemu rakan rakan mereka dan memberi sokongan moral antara satu sama lain

Pendidikan secara talian perlu ada video motivasi seminggu sekali bagi meningkatkan semangat pelajar yang bosan dengan pembelajaran satu hala dalam talian

Pendidikan secara talian juga perlu memberikan video psikologi yang boleh membantu pelajar memahami keadaan diri dan orang lain dalam tempoh covid-19

Pendidikan kesihatan mental secara animation juga perlu diberi kepada pelajar dalam talian semasa pembelajaran agar pelajar berminat untuk terus belajar dan tidak tertekan dengan pembelajaran secara ilmiah

Nasional Geografi , juga boleh diberikan kepada pelajar secara dalam talian agar pelajar mempunyai pengetahuan lain selain daripada akademik

Video komedi juga boleh memberi hiburan kepada pelajar yang terlalu bosan dengan pembelajaran di sekolah

Aktiviti menari , menyanyi atau senaman boleh mengurangkan tekanan pelajar yang terperangkap dalam tempoh covid 19

Mengurangkan peperiksaan bertulis kepada 60% dan menambah tugasan yang berbentuk projek atau kajian tindakan 40%

4Q VS JERI

Hidup kita perlu ada keseimbangan dari segi 4 Q iaitu Intelligence Quotient ( IQ) , Emotional Quotient ( EQ), Health Quotient (HQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Kita ingin berjaya dalam hidup bukan sahaja dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah, kesihatan dan kerohanian. Hidup kita bukan satu garisan yang cantik tetapi garisan yang kusut penuh dengan cabaran dan rintangan.

Intelligent Quotient ( Darjah kecerdasan )

IQ merangkumi ilmu pengetahuan, seni, melancong, menguruskan kewangan dengan bijak, kemahiran berfikir yang membolehkan darjah kecerdasan kognitif meningkat dan berkembang ke arah yang positif dan pantas.

Pada tahun 2019, Data dari Forbes.com telah menunjukkan 25 buah negara yang mempunyai IQ tinggi dan enam buah negara Asia yang tertinggi IQ iaitu Singapore (107.1), China (105.8), Hong Kong(105.7), Korea Selatan (104.6), Taiwan dan Jepun. Singapore menawarkan biasiswa kepada pelajar yang bijak dari negara Asia dan China untuk belajar di Singapore. Oleh yang demikian, negara yang saiz sekecil sebiji kacang tanah mampu menjadi sebuah negara yang maju dan dikenali dunia kerana Singpapore berjaya mengumpulkan orang yang mempunyai IQ tinggi bagi mentadbir negaranya dengan penuh berintegriti dan cekap.

Kata Nelson Mandela: ‘Pendidikan ialah satu senjata yang berkuasa yang boleh digunakan bagi mengubah dunia’ . Nelson Mandela mampu menghasilkan sebuah buku bertajuk ‘Long Walk To Freedom’ semasa beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun kerana beliau rajin membaca. IQ Nelson Mandela tinggi kerana beliau seorang yang ‘High Thinking and High Doing’. Beliau berjaya mempengaruhi dunia dengan kebijaksanaan pemikirannya yang berpandangan positif.

Orang Amerika suka membaca kerana perpustakaan dibina merata-rata dan berdekatan kawasan perumahan yang membolehkan rakyat senang mengunjung ke perpustakaan dan menanam minat membaca buku. Rajin membaca dapat meningkatkan darjah kecerdasan kognitif seseorang. Orang Barat suka melancong dan mereka sanggup mengambil cuti setahun untuk melancong dan menulis jurnal tentang pengembaraan mereka ke negara lain.

Orang Yahudi dikenali bangsa yang bijak kerana pendidikan mereka diberi kebebasan untuk bercakap dan berfikir. Anak muda akan menjalani latihan Khidmat Negara selama tiga tahun selepas tamat sekolah menengah, mereka akan menggunakan wang yang dibayar oleh kerajaan mereka selepas tamat perkhidmatan mereka untuk melancong dan melihat dunia luar. Mereka akan masuk ke Universiti selepas balik dari perlancongan, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari pelancongan dapat membantu mereka membuat perancangan kerjaya yang lebih baik serta meningkatkan darjah kecerdasan kognitif mereka.

Emotional Quotient ( EQ)

EQ merangkumi kebolehan menguruskan emosi, berkomunikasi, kemahiran bersosial, menguruskan konflik, berdisiplin. Orang yang mempunyai IQ tinggi boleh berfungsi dengan baik tetapi orang yang mempunyai EQ yang tinggi dapat berfungsi dengan baik sehingga berjaya dalam hidup mereka. MInda yang positif akan melahirkan emosi yang sihat dan seterusnya dapat melakukan perkara yang baik.

EQ yang tinggi juga dapat membuat pemerhatian yang teliti dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Kita perlu menjaga dan menguruskan emosi kita dengan baik agar tidak menjadi murung sehingga ke tahap mental Disorder.

Orang yang mempunyai EQ yang rendah sering berkonflik dengan orang lain dan akhirnya hidup berseorangan dan jadi murung. Penyelidikan Harvard Universiti menunjukkan bahawa orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi diri dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Emosi yang negatif seperti sampah jika disimpan dalam hati dan minda kita akan tenggelam dan hancur. Oleh yang demikian, luahan hati adalah penting bagi seseorang agar emosi negatif (sampah) dapat dikeluarkan.

Health Quotient (HQ)

HQ ialah kebolehan kita menjaga kesihatan dari segi mental dan fizikal . Sikap yang positif dan gaya hidup yang sihat. Orang yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat sering mengalami kemurungan kerana tidak bersenam, tidak mahu bergerak dan minda terperangkap dalam kesedihan yang mengakibatkan bahan kimia dalam otak menghasilkan stres hormon , akibat daripada itu, badan senang jatuh sakit, tidur terganggu dan tidak boleh memberi tumpuan kepada kehidupan harian serta tidak boleh berfungsi dengan baik. Senaman membolehkan kita berpeluh, mengeluarkan bahan racun dari badan kita, melepaskan stres, minda menghasilkan hormon keseronokan dan perasaan yang gembira, menguatkan sistem imun dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Mempunyai tidur yang cukup dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan darjah kesihatan mental dan fizikal.

Spiritual Quotient (SQ)

SQ merangkumi kerohanian, perhubungan dengan Tuhan. Prinsip Rukun Negara kita yang meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat pertama. Orang yang mempunyai SQ tinggi akan melakukan perkara yang baik dan betul ( Do good and Do Right). Orang sedemikian menyayangi dirinya dan mengambil berat tentang orang lain, menyayangi haiwan, tumbuhan dan bumi. Manusia yang mengikut ajaran Tuhan adalah manusia yang harmoni, memahami perasaan orang , empati dan simpati dengan kesusahan orang lain. Falsafah hidup yang positif dan harmoni, hidup tenang dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Walau bagaimanapun ramai ahli politik yang mengutamakan kuasa dan status mempunyai SQ yang rendah. Melakukan perbuatan rasuah dan tidak ada integriti dalam menjalankan tugas mentadbir negara. Mereka yang berani melakukan perbuatan yang tidak baik kerana tidak percaya adanya kuasa Tuhan, kes bunuh dan kes culik tiada ada penyelesaian walaupun negara kita telah merdeka 63 tahun.

Untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai SQ tinggi, masjid gereja, kuil harus memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keharmonian masyarakat yang tinggal berhampiran dan menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan nilai -nilai murni dan menjalani aktiviti kebajikan agar masyarakat setempat menjadi manusia yang berakhlak mulia dan bersahsiah unggul.

Manusia yang membangkitkan kemarahan orang lain adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhan tetapi menggunakan nama Tuhan untuk menghancurkan keharmonian masyarakat. Orang yang tenang dan sayang kepada orang lain tidak kira bangsa apa adalah orang mempunyai SQ yang tinggi.

Kesimpulan

Permohonan biasiswa atau program di Universiti sering memberi tekanan dalam pemilihan pelajar ialah melihat 4Q seseorang individu. Harvard Universiti memilih pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik (IQ), integriti (SQ), kematangan(EQ) , pengurusan EQ, dan kerja kebajikan (SQ) dan aktif dalam kokurikulum (HQ). Oleh yang demikian, 4Q adalah syarat penting bagi kemasukan ke universiti.

Negara kita telah menggubal Falsafah Pendidikan Negara sejak tahun 1988 bagi melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani (HQ), Emosi (EQ), Rohani (SQ) dan Intelek (IQ), adakah potensi individu berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan? adakah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara?

Pada abad ke 21, ahli politik merebut kuasa dan status, mengejar hidup mewah dengan cara yang haram. Rakyat beremosi, berpecah-belah dan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana pengaruh pemimpin yang tidak ada 4Q atau JERI , Anak muda terikut-ikut dengan contoh pemimpin yang kurang 4Q . Rakyat yang telah melalui proses pendidikan negara tetapi tidak memahami 4Q telah menjejaskan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara perlu diterangkan, diaplikasi dan disemaikan dalam jiwa rakyat agar kita semua dapat hidup damai dan makmur dalam bumi yang bertuah ini, Malaysia.

HILANG MOTIVASI SELEPAS PANDEMIK COVID 19

Ramai kalangan pelajar universiti yang belajar secara talian hilang motivasi untuk belajar apabila mereka menghadapi kesukaran dalam memahami pembelajaran yang diajar oleh pensyarah universiti. Kesan tersebut juga menyebabkan pelajar mengambil keputusan berhenti belajar. Begitu juga dengan pelajar di sekolah yang kabur dengan matlamat masa hadapan dan tiada hala tuju akan tercicir dengan keadaan pembelajaran secara talian. Pendidikan keluarga yang kurang kasih sayang, kurang didikan agama dan kurang tegas juga akan menyebabkan anak-anak yang tidak minat belajar hilang dari sistem pendidikan yang selama ini agak membosankan mereka.

Pelajar yang masih berazam, berwawasan dan berusaha bagi mencapai matlamatnya akan terus belajar atas talian. Displin diri amat penting dan perlu bagi seseorang pelajar dalam tempoh pandemik agar masa dapat diuruskan dengan baik dan kerja sekolah dapat disiapkan. Motivasi guru dan ibu bapa adalah penting bagi menggalakkan pelajar terus belajar dan tidak putus asa dalam tempoh pandemik.

Ramai ibu bapa yang kehilangan kerja dan pendapatan akibat pandemik turut mengalami kemurungan dan konflik keluarga, manakala anak-anak ketagih dengan permainan komputer akibat banyak pendedahan komputer atau telefon bimbit atas talian.

Ada juga yang masih boleh menjalankan aktiviti yang sihat seperti berbasikal dalam kawasan perumahan dan kawasan taman yang berdekatan. Ada juga yang boleh mengikuti ilmu atas talian yang memberi semangat dan motivasi kepada dirinya. Manusia ada pilihan, pilih yang baik dan positif tapi manusia terperangkap dalam keadaan persekitaran yang negatif dan perkara yang tidak baik.

Nelson Mandela boleh menghasilkan buku yang bertajuk ‘ Long Walk to Freedom’ semasa beliau berada di dalam penjara selama 27 tahun, tempoh pandemik ini hanya berlangsung selama setahun lebih boleh menghapuskan semangat pelajar kerana anak murid sekarang kurang minat ilmu tetapi ketagih media massa yang canggih dan menarik.

Peranan guru, guru bimbingan dan kaunseling , kaunselor sekolah amat penting dalam mengembalikan semangat pelajar dan hala tuju pelajar kepada matlamat utamanya , memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dan pendidikan boleh mengubah hidupnya di masa hadapan.